Selasa, 10 Januari 2012
مدرسة الصالحية
Mufti Kedah – ‘Lebih
Senang Saya Bercakap Dengan Orang Cerdik Di Mahkamah’
Harga
semasa RM800 ribu tapi pampasan diberi RM1.48 juta
Alor Setar – Mufti Kedah
Dato’ Syeikh Baderudin Haji Ahmad memberitahu, beliau lebih senang untuk
mengemukakan hujah yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung isu
cadangan istibdal tanah wakaf Madrasah Salihiah di mahkamah.
“Lebih senang saya bercakap
dengan orang cerdik di mahkamah dengan membawa segala hujah dan bukti,”
katanya.
Bercakap kepada wakil Wakil Warta
Darul Aman di pejabatnya, beliau berkata apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa
adalah berdasarkan apa yang diminta oleh pihak jawatankuasa Madrasah Salihiah.
Malah, katanya, apa yang diberi lebih besar dari apa yang diminta.
“Nilaian semasa tanah wakaf itu
cuma RM800 ribu tetapi pihak terbabit setuju bayar RM1.48 juta. Begitu juga
surau ganti dibuat dengan lebih besar di tingkat bawah bagi memudahkan jemaah
memasukinya,” terang Dato’ Syeikh Baderudin.
Sebelum ini Mufti Kedah itu telah
mempelawa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) untuk bertemunya
bagi menjelaskan perkara sebenar tetapi BBSMS enggan sebaliknya mengemukakan tuntutan
di mahkamah.
Berhubung pemakluman fatwa
terhadap SPB Yang DiPertuan Agong, beliau menjelaskan bahawa secara rasmi
pihaknya belum berbuat demikian dan akan menghantar empat orang wakil Majlis
Fatwa Negeri untuk bertemu baginda bagi memperjelaskan keputusan fatwa secara
terperinci.
“Tetapi secara tidak rasminya
saya telah menjelaskan kepada Tuanku dan baginda bersetuju terhadap fatwa
tersebut,” ujarnya.
Sumber : Warta Kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan