Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang
Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai
pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
Hangat
diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom
membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi
terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan
ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama
baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah
yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak
Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A,
kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham,
United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
Masih
kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang
rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya
menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
|
0 ulasan:
Catat Ulasan