Jumaat, 13 Januari 2012
KHUTBAH JUMAAT 19 SAFAR 1433
Masjid Taman Intan - Khutbah Jumaat 16 Safar 2012 telah disempurnakan oleh khatib jemputan Ustaz Zulkipli Ahmad dengan tajuk orang-orang abrar (baik) dan orang-orang fujjar (jahat). Khatib telah menugupas ayat 13-14, surah al-Infithaar :
إن الأبرار لفى نعيم وإن الفجار لفى جحيم
"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan) tetap berada dalam syurga yang penuh dengan ni'mat."
"Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang."
Ada dua golongan yang Allah memberi pilih kepada hamba-hambanya, samada mahu menjadi golongan al-abrar atau al-fujjar.
* Al-Abrar: Orang-orang ini sentiasa melaksanakan amal ibadah kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t.. Mereka ini cintakan Islam, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan, menunaikan haji, bersifat benar (as-siddiq), amanah, tabligh dan fathonah sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
* Al-Fujjar: Orang-orang yang banyak melakukan dosa, tidak solat, tidak amanah, banyak melakukan dosa sesama manusia, suka buat fitnah, menzalimi sesama manusia. Golongan al-abrar ini tidak layak menjadi pemimpin, tidak layak menjadi menteri, tidak layak menjadi ketua sesebuah organisasi dan agensi kerajaan.
Khatib juga telah mengupas ayat 117 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:
"Bukanlah
perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat,
dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya
seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan
anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam
perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan
hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan
zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka
membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan,
dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang
Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang
benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang
Yang bertaqwa."
لَّيْسَ
الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى
حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ
السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى
الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ
فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِينَ
صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
Orang yang abrar ini bersyarat, mestilah beriman kepada Allah, kerana kebajikan itu bukan sahaja memaling muka ke arah timur, barat. selatan dan utara. Golongan abrar terdiri daripada orang-orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan rasul-rasul, menyayangi anak-anak yatim, membantu orang miskin, menginfaqkan hartanya ke jalan Allah, mengeluarkan zakat, tidak mungkir janji, bersabar segala musibah yang menimpa dan lain-lain.
Orang abrar juga sentiasa menegakkan hukum Allah. Sebab hukum hudud bukan milik kerajaan negeri kedah, negeri kelantan atau lain-lain negeri termasuk kerajaan persekutuan. Hukum hudud milik Allah s.w.t. Wajib dengar dan taat segala perintahNya. Hukum Allah tidak boleh dipinda atau dipindahkan kelain tempat seperti rukun mengerjakan sa'i di bukit sofa dan marwah. Juga golongan abrar tidak akan meninggalkan solat dan lain-lain perintah wajib dilaksanakan. Walaupun mereka berpangkat, berjawatan tinggi, menjadi menteri dan pegawai tinggi kerajaan, mereka ini bukan orang yang baik dan mereka ini dinamakan golongan al-fujjar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan