LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Sabtu, 26 November 2011

MASJID AN-NUR KAMPUNGTOK KELING


Syeikh Mohd Zainul Asri Romli, Mudir Darul Hadis yang baru sahaja selesai menyampaikan khutbahnya di Masjid An-Nur, Kg Tok Keling, Mukim Derga, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Syeikh Mohd Zainul Asri Romli sedang menyampaikan khutbah Jumaat

MASJID AN-NUR TOK KELING - Jumaat 29 Zulhijjah 1432, khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Syeikh Mohd Zainul Asri Romli, Mudir Darul Hadis Kampung Tok Keling Mukim Derga Alor Setar Kedah Darul Aman.

Khatib telah mengupas isu-isu sosial dan beberapa peringatan Allah dalam Surah Al-A'raf dan Surah At-Tariim sepertimana tertera di atas. Segala bentuk maksiat dan mungkarat yang dilakukan oleh manusia, nescaya akan mengundang bala musibah dari Allah, sepertimana telah berlaku thunami di Aceh, tragedi ribut greg di Sabah dan di lain-lain tempat.

Pengajaran ini harus diambil perhatian menjelang bulan Disember, setiap tahun mereka mengadakan acara maksiat besar-besaran sempena sambutan hari Chritsmas. Begitu juga kita diperingatkan dengan banjir yang akan melanda negeri kedah dan sedang melanda negeri-negeri yang lain. Ada manusia-manusia yang angkuh seolah-olah sudah bersedia dan mampu mengatasi masalah banjir.

Pihak berkuasa bertindak dan berfikiran seolah-olah berkuasa mampu menghadapi banjir yang akan melanda kita. Sepatutnya menasihati rakyat supaya mengelak daripada mengundang bala Allah dengan aktiviti maksiat dan mungkarat yang dilakukan oleh penduduk negara ini khususnya negeri kedah ini. Para ulama dan pemimpin negeri menasihati rakyat supaya mencegah daripada melakukan pelbagai maksiat dan mungkarat yang bakal menimpa ummat.

Ayat 96-99 dalam surah Al-A'raf jelas memberikan peringatan kepada manusia supaya dapat mengekalkan penduduk negara dengan komitmen beriman dan bertaqwa kepada Allah. Segala bentuk sumber keberkatan dari langit dan bumi akan berlimpah ruah di dalam sesebuah negara yang penduduknya sentiasa beriman dan bertaqwa. Berlaku disebaliknya, bala musibah menimpa ummat lantaran mendustakan ayat-ayat Allah. Akibahnya, Allah seksa mereka di dunia lagi segala bentuk kedurhakaan yang mereka lakukan.

Peringatan khatib juga, tidak ada gunanya pihak berkuasa mengadakan kempen itu dan ini sebagai contoh kempen keselamatan jalanraya. Jika tidak mengajak rakyat kembali kepada cara hidup Islam, tidak akan berhasil segala kempen keselamat dijalankan. Pihak pemerintah dan ulama perlu berganding bahu mengajak rakyat kembali mengamalkan cara hidup Islam dan menghapus segala bentuk acara hiburan yang berbentuk maksiat dan mungkarat.

Kenapa harus kita takut dengan kemarahan segelintir rakyat apabila kita menghapuskan segala bentuk aktiviti maksiat. Kemarahan Allah lebih besar musibah dan balaNya sehingga dapat menggoncang sesebuah negeri dan negara bahkan dunia sepertimana berlakunya thunami. Jangan nanti apabila sudah Allah datangkan balaNya baru kita mengajak manusia kembali ke Masjid dan beribadah kepadaNya. Apabila terantuk baru kita nak ternadah, semuanya ini sudah terlambat.

Sepertimana arahan Allah dalam surah At-Tahriim, memerintahkan supaya kita memelihara diri-diri kita dan keluarga kita daripada neraka Allah yang maha dahsyat itu.

Kita juga sedang berada dipenghujung bulan zulhijjah dan bakal menyambut tahun baru hijrah. Sepatutnya kita dapat bermuhasabah sepanjang tahun ini. Seandainya orang Islam mengamalkan cara hidup Islam, orang-orang kafir akan lebih hormat kita daripada orang Islam yang sentiasa melakukan maksiat.







murid-murid Syeikh Mohd Zainul Asri Romli daripada Darul Hadis Kg Tok Keling Mukim Derga. Bergambar beramai-ramai di rumah Mudir Darul Hadis.


0 ulasan:

 

Pengikut