LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Khamis, 24 November 2011

KEBAKARAN RUMAH TERES DI TAMAN NILAM

inilah wajah 2 beradik yang sedang menagis
dan menunggu ayah dan ibu balik kerja mencari rezeki

SUNGAI PETANI
- Sebuah rumah teres di Taman Nilam hangus terbakar di sebelah dalam bersebelahan selang lima buah dari rumah saya. Ketika saya sedang mengadap komputer, tiba-tiba saya dipanggil oleh isteri saya bahawa rumah jiran saya terbakar. Ketika itu saya ternampak asap mula masuk melalui bumbung rumah saya di sebelah atas. Saya bingkas keluar dan menghubungi bomba. Dengan bantuan jiran-jiran dan dua buah kereta bomba bergegas datang untuk memadamkan api supaya tidak merebak ke rumah lain termasuk rumah saya. Alhamdulillah segalanya dapat diselamatkan kecuali rumah jiran saya.

Kebakaran ini berpunca dari kelalaian anak jiran yang memasak air dan tinggal kerana keluar pergi memancing ikan. Anak jiran ini berusia 13 tahun dan adiknya berusia 9 tahun. Ibu mereka kerja kilang dan ayah turun ke laut menangkap ikan. Sememangnya mereka 2 beradik sering ditinggalkan oleh ayah dan ibu untuk mencari rezeki sehingga lewat malam baru pulang. Bahaya ibu bapa yang sebok bekerja mencari rezeki dengan meninggalkan anak bersendirian di rumah.











0 ulasan:

 

Pengikut