LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 November 2011

JUMAAT 11-11-11 MASIHI / 11 ZULHIJJAH 1432

Masjid Taman Intan

Ustaz Mohamad Nor Zakaria (Khatib) sedang menyampaikan
khutbah di Masjid Taman Intan pada 11/11/11 Masihi bersamaan
11 Zulhijjah 1432 bertajuk "Perkasakan Amar Makruf Nahi Mungkar

الحمد لله الذى أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولوكره المشركون أشهد أن لاإله إلاالله وأشهدأن محمداعبده ورسوله
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أمابعد .... فياعباد الله !!! اتقوا الله ... حق تقاته ولاتموتن إلا وأنتم مسلمون

ًWahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kepada Allah dengan sebenara-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjahui segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.

Firman Allah SWT dalam ayat 110 Surah Ali Imran:

Maksudnya: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah SWT dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman nescaya itulah lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Manusia diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan dan memikul amanah yang begitu besar iaitu sebagai khalifah yang menjaga kesucian agama serta menguruskan urusan dunia berdasarkan wahyu yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk yang lain termasuk langit. bumi dan gunung-ganang. Manusia selepas itu berpecah menjadi beberapa golongan di mana ada yang beriman dan tunduk kepada Allah dan ramai pula di kalangan manusia yang kufur dan engkar kepada Allah. Golongan yang beriman dijadikan sebagai sebaik-baik umat dengan syarat kita mesti menjalankan tiga kewajipan yang besar iaitu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran serta yang melengkapkan tugas tadi dengan keimanan kepada Allah. Setelah menunaikan ketiga-tiga tugas yang besar ini barulah kita diiktiraf sebagai sebaik-baik umat.

Kita jangan mengulangi jenayah besar yang telah ditunjukkan oleh golongan Yahudi yang menganggap bahawa sebagai keturunan Bani Israel meletakkan mereka sebagai anak dan kekasih Allah yang bebas melakukan apa sahaja termasuk menderhakai Allah SWT kerana bagi pegangan mereka bahawa jika dimasukkan ke dalam neraka sekalipun maka siksaan itu tidak lama kerana akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga juga.

Sikap dan pemikiran sesetengah umat Islam yang berfikiran sebagaimana Yahudi itu yang menganggap bahawa cukup sekadar mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku telah Islam maka membolehkan mereka menjadi umat pilihan dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah SWT dengan begitu mudah tanpa perlu tunduk dan patuh serta menjalankan kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah SWT telah merosakkan diri sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Sebagai umat akhir zaman yang sedang diserang oleh musuh Islam daripada pelbagai sudut dan cara maka kita terlebih wajib dalam menggerakkan tugas-tugas dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dari segi teori dan pengalaman sehingga segala dakyah musuh dapat disekat dengan lebih berkesan.

Ketika kita menyusuri perjalanan sejarah bermula dengan kerjayaan nabi Muhammad s.a.w. ketika mendirikan Daulah Islamiah di Madinah al-Munauwarah seterusnya perjuangan baginda diteruskan oleh para khalifah selepasnya maka antara tugas yang telah banyak membantu kejayaan itu ialah amar makruf nahi mungkar.

Bergeraknya tugas amar makruf nahi mungkar telah membolehkan dakwah Islam semakin meluas manakala serangan musuh dapat dikurangkan terutama apabila dakwah Islam mula disebarkan kepada pemimpin dan raja disekeliling Daulah Islamiah.

Kegagalan dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar pula merupakan antara punca kepada runtuhnya beberapa kerajaan Islam apabila merebaknya kerosakan aqidah dan akhlak di kalangan umat Islam disamping serangan musuh semakin kuat tanpa usaha yang bersungguh dalam menyekatnya.

Menyedari tentang betapa pentingnya tugas amar makruf nahi mungkar dalam membentuk sebuah negara yang aman maka usaha ke arah itu mesti dilipat gandakan bukannya ditentang dengan pelbagai alasan di mana hanya orang yang rosak akhlak sahaja yang takut dan marah apabila suburnya budaya amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat.

Biasanya orang salah dan orang yang bersamanya yang takut pada hukuman dan tindakan. Kita mesti ingat amaran Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Huzaifah :

لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أوليوشكن الله أن يبعث عليكم
عقابا منه ثم تدعونه فلا يستجاب لكم

Maksudnya: "Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau jika tidak nescaya siksaan Allah boleh jadi akan menimpa kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar siksaan itu dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah SWT,

Cuba perhatikan tentang perancangan musuh dalam menghancurkan Islam dan umatnya di mana antara perancangan jahat itu yang telah dilaksanakan termasuk oleh pemimpin negara umat Islam iaitu mengawal dan menghadkan peranan masjid di mana masjid dikawal begitu ketat lebih daripada kelab malam.

Malah apa yang lebih malang adanya surau dan masjid yang dirobohkan tanpa ada rasa bersalah demi menjaga kepentingan peribadi (sedangkan berbelas-belas ribu kuil yang dibina tanpa kebenaran tidak diroboh .. tambahan penulis blog).

Seterusnya cadangan musuh Islam agar ditutup pusat pengajian agama maka usaha jahat ini telah pun berlaku termasuk di negara kita. Masalah ini bertambah gawat apabila Perdana Menteri Singapura turut menyatakan kebimbangan tentang pengajian Islam di sekolah-sekolah sehingga rungutan ini dipanjangkan oleh seorang menteri bukan Islam di negara ini yang meminta agar pengajian Islam perlu dibuang daripada sekolah kebangsaan di mana agama hanya perlu belajar di rumah dan tempat ibadat sahaja.

Orang bukan Islam hanya berani dan lantang mencaci umat Islam sendiri ada yang sanggup menghina Islam dan tidak lagi berasa betapa pentingnya agama.

Kita turut berdepan dengan perancangan musuh yang seterusnya iaitu menyeru ke arah penubuhan lebih banyak persatuan atas nama Islam tetapi menyeru kepada Islam Liberal di mana di negara kita telah pun ada kumpulan itu antaranya Sisters In Islam. Kita dapat melihat bagaimana gerakan kepada serangan pemikiran Islam Liberal begitu cergas dalam melahirkan umat Islam yang tidak mementingkan lagi ikatan dan kawalan agama sebaliknya mereka pula yang bertindak mengawal agama mengikut kehendak nafsu dengan mengenepikan wahyu.

Golongan ini dalam sedar atau pun tidak telah menghidupkan budaya telah haram semuanya serupa, dosa pahala boleh belaka, Islam jahiliah sama sahaja, iman kufur tiada beza sehingga masyarakat Islam yang telah rosak semakin hilang pedoman. Firman Allah dalam ayat 28-29 Surah Ibrahim:

Maksudnya: "Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebiasaan?. (Iaitu) neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita mesti menyuburkan budaya amar makruf nahi mungkar terutama di zaman masyarakat menghadapi keruntuhan akhlak yang begitu teruk. Banyak racun yang diberi kepada rakyat berbanding usaha pencegahan daripada merebaknya penyakit sosial seperti usaha setiap rangkaian tv mengadakan pertandingan dalam melahirkan seramai mungkin artis begitu subur sedangkan pusat pengajian agama dibiarkan berkubur.

Program maksiat bukan sahaja diberikan kebebasan malah dianjurkan sendiri oleh pihak kerajaan sedangkan program dalam memberi faham tentang Islam dikawal rapi sehingga masyarakat lebih suka ke tempat maksiat bertanding berada di masjid untuk menambah ilmu dan beribadat. Bagaimana kita mahu lahir sebagai sebuah masyarakat yang diredhai Allah apabila umat Islam sendiri bergelomang dengan dosa sebagaimana kuffar.

Akhirnya umat Islam tidak maju dari segi kebendaan dan hancur dari segi akhlaknya berbanding musuh Islam yang maju dari segi kebendaan walau pun hancur dari segi moral. Oleh itu sebelum keadaan lebih parah maka setiap diri kita wajib memperkasakan gerakan amar makruf nahi mungkar di zaman golongan yang menganjurkan maksiat begitu berani dan lantang. Jangan biarkan yang rosak gagal diselamatkan dan yang baik terus dirosakkan sehingga kehancuran negara semakin hampir.

Jamaah sedang kyusuk mendengar khutbah Jumaat pada 111111 yang
disampaikan oleh Ustaz Mohamad Nor (Khatib)

atas jamaah baru sahaja selesai solat Jumaat dan di bawa
para jamaah sedang keluar dari masjid Taman Intan Sg Petani

0 ulasan:

 

Pengikut