LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Disember 2009

TORA (GAM) DATANG LAGI DI BANDAR SUNGAI PETANI


Remaja lelaki dan perempuan sedang hidu gam (tora)

Remaja lelaki dan perempuan melayu sedang hidu gam beramai-ramai

Remaja melayu lelaki dan perempuan sedang hidu gam

Sekumpulan remaja melayu lelaki dan perempuan sedang hidu gam

Remaja melayu lelaki dan perempuan sedang hidu gam

TORA (GAM) DATANG LAGI

SUNGAI PETANI – 30 November 2009: Tinjauan pada petang 30 November 2009 di lokasi bersebelahan Kedai Beras Merbok, Wisma Bandaran, Sungai Petani, didapati ramai remaja lelaki dan perempuan sedang asyik khayal menghidu gam atau bahasa muda-mudi kini ‘tora.’ Saya sempat mengambil gambar mereka yang sedang lalok dan khayal serta bekelakuan tidak sopan di khalayak ramai. Tiba-tiba saya terfikir – sesuatu telah hilang di sekitar lokasi remaja tersebut melepak;

Kemana perginya para da’i dan sang murabbi?

Sudah bertahun-tahun lamanya dakwah melalui ceramah dilaksanakan di zon selesa seperti di masjid, surau, dewan seminar, ceramah perdana, forum perdana, dewan kuliah dll., malah dakwah ini berlangsung setiap hari, namun persoalan utama yang bermain di fikiran saya ialah komitmen umat terhadap masa depan Islam tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dari semasa ke semasa. Malah, ada yang berpendapat bahawa umat Islam semakin jauh dari agamanya. Berada di lokasi mungkarat yang tidak dikunjungi oleh para da’i dan murabbi menyebabkan jiwa saya semakin merekah, hati saya semakin meretak. Hal ini patut menjadi renungan kita bersama – apa yang menjadi kemandulan para da’i untuk membiak di lapangan realiti masyarakat yang dikerumuni oleh mungkar?

Apakah tindakan positif kerajaan negeri, ahli exco kerajaan, wakil rakyat, ahli majlis mesyuarat, ketua kampung (MKK), Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP)? Juga ke mana perginya jabatan agama, pejabat agama, pegawai masjid, jawatankuasa kariah, pejabat daerah, majlis perbandaran, pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan, AADK, polis, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, polis dan pelbagai jabatan kerajaan yang ada? Juga badan-badan dakwah, NGO-NGO Islam? Yang lebih malangnya para da’i, murabbi dan tok-tok guru hanya sanggup menyampaikan mesej dakwah di zon selesa di masjid, surau, dewan seminar, dewan kuliah dll. Mereka giat berdakwah dalam dunia fantasi yang terlalu fana, sedangkan syaitan-syaitan berwajah manusia rakus berdakyah dalam dunia realiti yang terlalu hampir dengan kita!

Penyelaras

UNGGAS & LANDAS


0 ulasan:

 

Pengikut