LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 13 November 2009

Bengkel Pengurusan MKK dan Kariah



TANJUNG DAWAI – Bengkel kemahiran yang diperlukan dalam organisai masyarakat dan sosial MKK dan pegawai masjid. Turut hadir ialah 2 orang pegawai masjid Tanjung Dawai Haji Kassim (imam), En Zakaria (siak), Puan Jamaiyah Ismail (MKK Kg Nelayan, Kg Keda, Kg Rumah Panjang), Haji Naina Mohamad Ghani (MKK Kepala Tanjong, Kg Masjid, Kg Bagan Belat) dan En Md Saad Mohd Noor (MKK Perumahan Awam). Bengkel tersebut dikendalikan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim dari UNGGAS & LANDAS dan dibantu oleh En Aziz Man, Presiden Pertubuhan Warga Desa Negeri Kedah.



Bengkel ini juga melatih peserta mempunyai kemahiran membuat profail kampung dan kariah masjid. Memahami bidang tugas sebagai MKK dan pegawai masjid. Mengambail tahu penghurusan pentadbiran diperingakat kampung, mukim, pentadbiran daerah dan kerajaan tempatan serta pentadbiran di peringkat kerajaan negeri. Mendapatkan maklumat bidang kuasa dan bidang tungas pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan. Juga memahami bidang kuasa kariah masjid, pejabat agama, jabatan agama dan majlis agama.


Maklumat peringkat kampung diperlukan secara lengkap berkaitan masalah sosial, kemiskinan, pendidikan, perumahan, ekonomi, pengetahuan agama, undang-undang yang sedia ada diperingkat pentadbiran jabatan agama dan kerajaan tempatan. Semuanya ini memerlukan data maklumat disimpan di peringkat MKK dan pentadbiran kariah masjid tanjung dawai khususnya.


Organisasi kampung dan kariah perlukan kemahiran bergerak dengan idealisme merupakan obor kejayaan. Beroperasi dengan kegigihan dan komitmen adalah teras aktivisme. Berkorban merupakan roh perjuangan. Namun, kemahiran berorganisasi adalah penjana keberkesanan. Ketrampilan bekerja adalah pemangkin dan pemantap kewibawaan organisasi peringkat kampung dan kariah.


Tanpa kemahiran organisasi akan menjadi lumpuh, lemah kemahiran menyebabkan organisasi menjadi tidak bermaya, hilang daya saing, tempang kemahiran meletakkan organisasi di ambang kematian, gejala diperalat, dipinggir dan diperleceh akibat tidak mementingkan kemahiran.


Kemahiran melibatkan ketelitian, kekemasan, keterperincian, ketekunan,kerapian dan kecemerlangan. Kemahiran juga berasaskan keilmuan, informasi terkini, teknologi berkesan, pertimbangan dan perhitungan yang teliti. Kemahiran pelbagai jenis diperlukan untuk mengendalikan majlisn formal, mengatur siding media, mengendalikan badan bertindak, pengendali maklumat, membina kontak, kerja-kerja dokumentasi, fasa gerakerja, potensi diri, perlaksanaan aktiviti.


Semua pengurusan aktiviti di peringkat kampung dan kariah ada kaitan dengan sahsiah kepimpinan. Iaitu kualiti kepimpinan yang tinggi akan turut meningkiatkan nilai sahsiah peribadi dan akhirnya membudayakan dalam masyarakat dan Negara. Pemimpin yang baik juga mampu membentuk ahli dan pengikut di bawah jagaannya dengan nilai dan sahsiah peribadi yang baik.


Masalah yang ditimbulkan di peringkat Tanjung Dawai berkaitan dengan penggunaan dewan orang ramai milik kerajaan masih digunakan oleh parti politik. Dewan orang ramai sepatutnya diguna sepenuhnya oleh rakyat dan masyarakat setempat. Sepatutnya mana-mana parti politik hanya menggunakan bangunan milik sendiri untuk aktiviti kepartian. Ini terbukti kemuflisan parti tersebut sehingga tidak mampu memiliki bangunan sendiri dan cuba mencabuli premis awam atas kepentingan parti.


Masyarakat sepatutnya faham apa itu pentadbiran kerajaan dan partai politk. Jika sesebuah parti itu betul-betul kuat sepatutnya segala aktiviti parti hanya akan menggunakan premis milik sendiri bukan milik kerajaan.


0 ulasan:

 

Pengikut