RESPON KOMEN SAUDARA EX STUDENT UiTM ARAU DALAM SHOUTBOX BLOG LANDAS
AlhamdulilLah di atas Hidayah Allah SWT yang mengubah diri saudara mendekati tok-tok guru yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Guru-guru agama yang saudara dekati itu sangat hebat dan mursyid orangnya. Tidak ramai orang yang macam saudara sanggup meluangkan masa dan berminat mengunjungi masjid-masjid Allah untuk mencari kebenarannya. Di luar sana masih ramai perlu didekati dan pengorbanan para da’ie dan murabbi sebagai pembimbing untuk bawa mereka kembali ke jalan Allah SWT. Pengalaman saudara yang pernah tersasar sangat berkesan apabila mendekati kawan-kawan dan mereka yang masih belum sedar untuk saudara bawa mereka ke pangkal jalan.
Saya menerima sebarang komen dan teguran semua pengunjung blog LANDAS secara terbuka. Sebab itu saya buka shoutbox untuk mendapatkan komen dan respon semua pihak. Orang yang macam saudara, sangat saya alu-alukan penyertaan sebagai pendakwah lapangan beraksi secara praktikal mendekati kelompok bermasalah dengan penuh kasih sayang. Jika saudara tidak berminat untuk bersama LANDAS tidak bermakna suadara tidak berminat aktiviti dakwah lapangan anjuran LANDAS. Saudara boleh aktif kerja-kerja lapangan melalui jamaah yang saudara telah bagi komitmen samada dalam NGO Islam atau melalui Parti Islam jika saudara sebagai ahlinya. Jika saudara tidak juga menjadi ahli NGO atau mana-mana parti politik, sepatutnya saudara boleh bergerak melalui masjid atau surau di tempat saudara.
Para pendakwah perlu mengajar di masjid-masjid, surau-surau, seminar, ceramah perdana, forum perdana dan kuliyah-kuliyah ilmu. Dalam masa yang sama perlu juga beraksi di lapangan. Para aktivis dakwah dan guru-guru agama yang beraksi sebagai pendakwah lapangan juga menjadi tenaga pengajar di zon selesa seluruh kedah. Begitu juga sahabat-sahabat yang bergerak sebagai pendakwah lapangan di lain-lain negeri seluruh negara masih menjadi guru agama di zon selesa tapi tidak ramai yang sanggup berbuat demikian beraksi di dunia fantasi dan realiti.
LANDAS bukan NGO dakwah atau badan politik. LANDAS merupakan modul latihan kemahiran dakwah lapangan di bawah Sekritariat Urusetia Mengani Gejala Sosial (UNGGAS). Peranannya hanya melatih kemahiran berdakwah daripada pelbagai peringkat masyarakat termasuk NGO Islam seperti ABIM, JIM, PUK, PUM, PERKIM, MAPIM, Studen Universiti, Pensyarah Universiti termasuk daripada dewan ulama’ PAS Negeri, MKK, Ahli Majlis Mesyuarat, YB dan exco kerajaan dan penggerak parti politik Islam.
UNGGAS sebagai penyelaras dan LANDAS merupakan modul latihan. Mereka yang telah mendapat latihan kemahiran berdakwah dan pendekatan yang sepatutnya bila berkuliyah di zon selesa akan bergerak aktif memberikan komitmen dalam NGO sendiri dan parti politik yang mereka menganggotainya. Kecuali apabila kita diperlukan untuk program penyelarasan aktiviti LANDAS turun padang menagani gejala sosial.
Tidak perlu kita buat statistik berapa orang yang kita berjaya pulihkan mereka termasuk penagih gam dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita telah dan sentiasa mendekati mereka ini dengan pendekati kasih sayang dan belas kasihan. Hidayah hak Allah untuk menentukan. Allah tidak akan tanya hambaNya berapa orang yang telah kamu berjaya bawa pulang kepadaKU dan berjaya selamatkan.
Semasa program Akademi Dakwah 2009 selama 14 hari (30hb November – 13 Disember 2009) terdapat 6 orang remaja perempuan terlibat dengan gejala sosial tegar dapat dipulihkan bersama-sama kami selama 14 hari turun padang mendekati remaja masalah. Walau pun ada juga rakan-rakan mereka mencemuh sebab tidak lagi lepak bersama mereka. Pada mulanya saya tidak benar mereka turun padang buat masa ini, tapi mereka mendesak jugak suapaya mereka dapat mendekati kawan-kawan yang belum sedar lagi. Inilah masanya mereka dapat buktikan bahawa mereka telah sedar dan insaf serta bertaubat kepada Allah SWT. Mereka sanggup mendapat cemuhan kawan-kawan lama, tapi yang ramai lagi yang bersyukur sebab ada juga rakan-rakan mereka telah berubah. Pada mulanya mereka tidak yakin perubahan ketara membawa mereka keluar dari neraka dunia.
Sebelum ini, rakan-rakan mereka ini telah jauh terlanjur melakukan sex bebas sampai peringkat melahirkan anak tanpa nikah, sedangkan usia mereka terlalu muda antara 15 – 19 tahun. Sekarang bertudung labuh, menutup aurat dan tidak lagi tinggal solat dari maklumat keluarga mereka. Dula anak yang bersifat kasar dengan kedua ibu bapa dan sekarang berlemah lembut bersama keluarga. Banyak berbual hal-hal agama bersama keluarga.
Dalam mesyuarat sambutan ambang sejahtera 2010 di Wisma Darul Aman yang dipegerusikan oleh YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib, pihak LANDAS telah diamanahkan sebagai jawatankuasa kecil menagani gejala sosial sepanjang program tersebut berjalan bermula 31 Disember 2009 – 1 Januari 2010. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 orang sukarelawan dakwah lapangan yang akan bertugas semasa program sambutan ambang 2010 berjalan.
Masa bertugas antara petang 31 Disember 2009 hingga subuh 1 Januari 2010. Para petugas akan dibahagikan dibeberapa zon terpilih untuk mendekati anak muda yang dikenalpasti melakukan perkara yang menyalahi syara’ dengan khidmat nasihat, edaran panduan pergaulan dalam Islam, kesalahan jenayah syariah menurut enakmen kanun jenayah syariah negeri kedah dan lain-lain info.
Pihak yang terlibat telahpun disenaraikan untuk bersama-sama dalam operasi dakwah di kalangan semua NGO-NGO Islam negeri kedah, dewan pemuda dan muslimat, MKK, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, individu-individu yang berminat, student KUIN yang pernah ikuti program LANDAS, Jawatankuasa Masjid dan pegawai masjid. Surat edaran dan jemputan akan menyusul. Saudara juga dijemput bersama semasa program ini berjalan. Pihak urusetia tidak akan menyediakan makan minum semasa bertugas dan sukarelawan diminta berkorban dana sendiri untuk ikut serta. Boleh hantar senarai nama yang lengkap melalui email saya kama54us@yahoo.com / urusetialandas@yahoo.com.
Tidak perlu saya dedahkan nama-nama tuan-tuan guru yang mengajar di zon selesa bersama dangan LANDAS turun padang berdakwah atau beraksi aktif melalui mana-mana jamaah yang mereka menganggotainya. Yang penting ramai orang sanggup beraksi di lapangan. Komen saya secara umum dan tidak khusus kepada individu-individu tertentu. Tidak bererti saya nafikan sumbangan mereka yang ikhlas dan saya tidak dapat menilai siapa yang ikhlas atau tidak. Teguran saya agak tajam bukan untuk menjatuhkan martabat mana-mana pihak yang bergelar tok-tok guru dan ustaz-ustaz. Sekali lagi saya ulangi, bersama kami juga ramai tok-tok guru dan ustaz-ustaz buat kerja-kerja dakwah lapangan, walaupun mereka juga masih beraksi di zon selesa. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan hamba-hambaNya yang mukhlisin (مخلصين).
Dalam al-Quran surah al-baiyinat : وماأمروا الا ليعبدواالله مخلصين له الدين . Akhir kalam, saya sentiasa bersedia dan memberi peluang berjumpa dengan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan penjelasan secara detail melalui telefon. Lebih baik berjumpa terus untuk maklumat lanjut. Melalui blog ini atau shoutbox agak terbatas dan saya tidak mampu berbuat demikian. Saya harap mendapat respon segera untuk kita bertemu dalam suasana ukhwah.
Di KL dengan kerjasama pihak JAWI mengeluarkan bajet untuk program latihann kemahiran dakwah lapangan untuk peserta di kalangan guru-guru yang mengajar di masjid dan surau, guru-guru agama di bawah pentadbiran jawi, student universiti dan pensyarahnya, imam-imam dan pegawai majlis. Walaupun ada yang bagi alasan tak pandai nak berintraksi dengan mereka di lapangan, tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi. Ada yang minta kita adakan lebih kerap lagi latihan sebegini untuk mereka menyumbang tenaga sebagai pendakwah lapangan. Sebab, semasa mereka mengajar di masjid hanya murid yang datang di kalangan orang-orang tua sahaja.
USTAZ KAMARUDDIN BIN KASSIM
Penyelaras UNGGAS & LANDAS
Tel : 019-4782708 / 019-5228455
0 ulasan:
Catat Ulasan