KOSUKE dengan rendah hatinya ingin menyeru semua perokok yang bersimpati dengan PALESTIN supaya TIDAK MEROKOK untuk sehari pada 8hb Mei 2010 sempena KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA. Sekiranya anda tidak mampu berjihad membantu mereka, tidak dapat hadirkan diri dalam program untuk mereka, berusahalah membuktikan anda sanggup membuat pengorbanan kecil... BOIKOT ROKOK untuk sehari sahaja atau sampai bila-bila, mudah-mudahan usaha itu membawa impak positif dalam diri anda dan masyarakat anda sekiranya ianya dilakukan dengan ikhlas. Kerana telah terbukti syarikat rokok adalah antara penyumbang terbesar kepada ZIONIS.
BOIKOT juga KFC, McD, StarBuck, Nestle dan produk-produk yang ada kaitan dengan Yahudi pada tarikh tersebut. Sehari pun sudah cukup jika anda rasa tak mampu nak boikot mereka selama-lamanya. Usaha ini diharap dapat meningkatkan kekuatan semangat kita dan menyedarkan pihak-pihak tertentu bahawa, umat Islam ini juga ada kekuatan melawan.
Kita mulakan dari usaha sekecil-kecilnya ini mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan untuk melakukan usaha-usaha yang lebih besar.
MIUNUM ARAK TETAP HARAM DAN MASIH ADA RUANG UNTUK BERTAUBAT DAN JAUHI ARAK UNTUK KESELAMATAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Kami aktivis dakwah LANDAS rasa terpanggil untuk menasihati ahli politik beragama Islam supaya bertindak atas dasar-dasar syariat dan akhlak Islam. Para da’i juga diminta supaya mendisiplinkan orang politik yang bertindak di luar batas Islam untuk mencapai cita-cita politik dan kepentingan peribadi.
Minum arak hukumnya haram dan berdosa besar. Itu yang pasti dan tidak boleh dipersoalkan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Ma’idah : ayat 90)
HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM
Kategori : JENAYAH Minuman Keras Tajuk : Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara
i) Arak yang juga disebut “khamar” (الخمر)dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu.
Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Soal yang timbul kini, seorang mantan menteri penuh telah bertaubat yang mengakui pernah minum arak semasa zaman "jahiliahnya" juga satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.
Ramai umat Islam yang berjawatan tinggi pun pernah buat begitu bahkan ada yang masih dengan tabiat "jahiliah" itu bersma-sama mantan menteri tersebut ketika bersama, sudahkah bertaubat atau tidak.
Cuma, kita tidak pasti sama ada mereka, terutama mantan menteri, telah bertaubat dan tidak lagi meminum arak. Jika dia telah benar-benar bertaubat, Alhamdulillah dan kita tidak seharusnya membangkitkan perlakuan yang berlawanan dengan ajaran Islam yang pernah dilakukannya.
Perbuatan menghina atau memburuk-burukkan orang lain pun dilarang oleh Islam. Dosa besar, kita cuba mengaibkan orang yang sudah bertaubat. Politik kotor mengaib dan memburukkan peribadi orang sangat tidak wajar menjadi seorang pemimpin yang dihormati.
Yang menghairankan kami ialah kenapa baru sekarang nak ungkit tabiat atau perbuatan buruk yang lalu. Kenapa perbuatan meminum arak tidak dijadikan isu semasa beliau berada dalam organisasi yang sama dan berjawatan menteri? Adakah hukumnya halal minum arak jika bersama dalam organisasi yang sama dan haram meminumnya jika tidak lagi bersama.
Kami tidak mahu pro atau kontra mana-mana pihak, jika ternyata perbuatan keji dizaman jahiliahnya masih diteruskan dan tidak mahu bertaubat. Begitu juga kami sebagai aktivis dakwah tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang suka mengaibkan peribadi seseorang yang telah bertaubat, kerana kerja-kerja mengaib dan memburuk-burukkan peribadi itu juga dosa besar. Boleh dikatakan sama dosanya dengan peminum arak.
Haram tetap haram, tidak kira kedudukan dan taraf hidup seseorang itu dan kita juga mesti terima hakikat yang seseorang itu diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dan kembali patuh kepada ajaran Islam. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka bukan kerja kita. Kerja kita menyampaikan mesej dakwah dan peringatan supaya tinggalkan perbuatan keji dan mungkar. “Sesungguhnya Dia (الله) penerima taubat” انه كان توابا
KUALA LUMPUR – Masjid Al-Muhsinin telah Berjaya menjadi tuan rumah program “MAHABBAH SAUDARA BARU MUSLIM, tanggal 18 April 2010, anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Persatuan Penduduk Taman Desa (TDRA).Program ini dihadiri penduduk melayu, cina muslim, india muslim, dan pelbagai bangsa yang bukan Islam.
Antara cara yang dijalankan ialah; Senaman Tai-Chi yang dipimpin oleh saudara Yusuf dari Negara Cina, pertandingan mewarna kanak-kanak, fun game, persembahan, ceramah, slot berkongsi pengalaman memeluk Islam, dan lain-lain.
Masjid Al-Muhsinin boleh dijadikan contoh program menghimpun semua bangsa berbilang kaum dan agama mengadakan program masyarakat yang tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Makan tengahari ala budaya masakan cina yang sangat menyelerakan yang disediakan kumpulan cina muslim PERKIM.
Program seperti ini telah berjalan semenjak beberapa tahun yang lalu dan dapat mendekati orang bukan Islam memahami ajaran Islam dari dekat, supaya tidak lagi timbul tafsiran yang bukan-bukan terhadap Islam oleh orang Islam sendiri yang jahil terhadap agama. Program sebegini rupa diadakan sempena sambutan tahun baru cina yang telah lalu dan bukan sambutan keagamaan. Pada hal sambutan tahun baru Masihi merupakan tahun keagamaan orang-orang beragama kristian yang saban tahun kita rayakan, tak ada siapapun ambil kesah dan apabila orang cinta Islam menyambut tahun baru mereka ada saja komen-komen negatif dari orang-orang melayu.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan beberapa orang pegawai kanan Jawi dan Jakim turut serta untuk memeriahkan sambutan tersebut dan ramai di kalangan penduduk cina bukan Islam turut hadir dimajlis tersebut sehingga makan tengahari.
Bahagian Pendidikan Awam Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia menawarkan:
a) Modul UNGGAS Turun Sekolah b) Modul UNGGAS Bersama Mahasiswa c) Modul LANDAS Berfasa
Dalam masa yang sama, UNGGAS juga melalui Bahagian Lapangan (fieldwork) sedang rancak menganjurkan program pemetaan komuniti dan LANDAS siri I, II, dan III secara berkala di seluruh Malaysia dan di Pulau Pinang khasnya. Mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi kami.
Dari masa ke semasa UNGGAS akan memberikan informasi terkini berkenaan aktivisma dan isu sosial.
KITAB HADIS & AL-QURAN
FIQH-SUNNAH
جهاد فى سبيل الله
Pandangan Imam Hasan Al Banna.
“Allah mengancam orang-orang yang tidak turut dalam jihad dengan ancaman siksa yang sangat pedih. Allah menghinakan mereka dengan berbagai gelar dan sebutan yang buruk, menganggap mereka pengecut, pemalas, lemah, dan tertinggal di belakang. Allah menjanjikan untuk mereka kehinaan di dunia. Kehinaan yang tidak dapat di hapuskan kecuali dengan berangkat ke medan jihad. Sedangkan di akhirat, Allah menyiapkan untuk mereka siksa yang pedih”
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
SAHABAT AL-AQSHA
KLIK UNTUK BACA
KLIK KITAB HADIS
Ustaz Kamaruddin bin Kassim, Perunding Haji, Umrah & Ziarah
Pengenalan ”Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial” (LANDAS) Membanteras Gejala Sosial
Penggerak Membenteras Gejala Sosial merupakan program yang diusahakan oleh sukarelawan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA), hasil daripada saranan dan inspirasi daripada aktivis LANDAS yang mahukan wujudnya organisasi dan kumpulan tertentu yang terlibat secara aktif bersama mana-mana kerajaan negeri, Jabatan Kerajaan dan NGO yang berminat di dalam memerangi masalah gejala sosial dalam masyarakat.
UNGGAS MALAYSIA juga akan memberikan Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS), bertujuan menyedia dan mengupayakan aktivis lapangan untuk bergerak secara aktif membenteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia masa kini.
Dengan lahirnya golongan aktivis dakwah lapangan yang aktif dalam isu sosial masyarakat, ini akan mewujudkan beberapa kawasan yang bebas daripada gejala sosial dan maksiat di kalangan komuniti remaja dan belia.
Penggerak dakwah juga akan mengikuti Latihan Kemahiran Berkomunikasi dan Berintraksi di lapangan mendekati golongan yang terlibat dengan gejala sosial dan mungkarat di lokasi-lokasi tertentu seperti di tempat-tempat hiburan dan maksiat.
Matlamat
Melahirkan golongan aktivis dakwah LANDAS di kawasan tempatan, yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial dan maksiat di kawasan mereka.
Visi
Aktivis dakwah ini juga menjadi unit rasmi di bawah Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) yang akan bergerak secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial dan maksiat dalam masyarakat.
Misi
Mengupayakan aktivis dakwah untuk bergerak secara aktif di lapangan dan melaksanakan program-program membanteras dan memulih gejala sosialyang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia.
Etika Aktivis Dakwah
Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.
Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.
Menggerakkan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan
kepelbagaian mekanisme dakwah (perubahan).
Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu melakukan pengorbanan.
Objektif LANDAS
Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial dan maksiat yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.
Membina perspektif menyeluruh mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.
Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras masalah gejala sosial dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.
Membina kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka yang tersasar serta membina kesepaduan gerakkerja yang boleh dilakukan dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.
Membentuk sekretariat dakwah yang akan menjadi medan kerjasama NGO-NGO Islam sebagai organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial dan maksiat di kalangan remaja dan belia.
HARAPAN
SECEBIS NUKILAN DAN HARAPAN
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) sedang mengadakan latihan kemahiran berkomunikasi dan berintraksi sebagai penda'wah midani dengan melaksanakan Modul Latihan Aktivis Da’wah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS). Pihak UNGGAS juga mempunyai ramai aktivis LANDAS di seluruh negara, sering menganjurkan program realiti sebenar “Grand Design” Penda'wah Midani. Para penda'wah dan ulama’ muda juga didedahkan tentang selok-belok outreach da'wahatau da'wah di lapangan dengan menampilkan konsep da'wah bersepadu, serantau, merentasi border, wilayah dan negara.
Pihak kami juga tidak menghadapi sebarang masalah apabila berada di lokasi sedemikian. Kita hanya penda'wah untuk menyampaikan mesej da'wah semata, bukan penda'wa untuk membawa mereka di hadapan hakim untuk dihukum. Oleh sebab itu mereka di luar sana selesa dan terasa kondusif dengan kehadiran aktivis da'wah. Hanya takdir dan hidayah Allah sahaja dapat menentukan bila dan kapan mereka akan kembali ke pangkal jalan. Sekurang-kurangnya setiap patah perkataan yang disampaikan itu dihitung oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai pahala dan ganjaranNya. Sering saya ungkapkan, kehadiran kami ini adalah atas aku janji saya kepada Allah semasa tawajjuh iftitah (توجه إفتتاح) dalam Solat “وانامن المسلميين” dan aku adalah dari kalangan orang-orang Islam.
Grand Design latihan da'wah juga merupakan program melatih kemahiran berda'wah secara teori dan praktikal serta lebih banyak berada di lapangan berkomunikasi dan berintraksi dengan anak muda yang tidak berminat untuk ke masjid dan surau. Pihak kami juga secara terancang dan terfokus menyediakan penggerak da'wah mempunyai kemahiran yang telah memberikan komitmen dan minat serta merupakan sukarelawan da'wah lapangan.
Pihak kami juga bergerak atas tema “Berda'wah di Jalur Politik dan Berpolitik di Jalur da’wah.” Juga melihat dan merasai dari dekat situasi anak muda di luar sana dengan pendekatan yang sesuai dengan sasaran kami. Program menggunakan modul LANDAS ini akan memberi pengalaman baru kepada para penda'wah midanidalam menghayati erti da'wah melalui pengalaman di lapangan dengan berintraksi terus dengan pelbagai peringkat komuniti.
Permasalahan dan Penyelesaian Da'wah
Sudah bertahun-tahun lamanya da'wah melalui ceramah dilaksanakan di zon selesa seperti di masjid, surau, dewan seminar, ceramah perdana, forum perdana, dewan kuliah dan seumpamanya, malah da'wah ini berlangsung setiap hari, namun persoalan utama yang bermain di fikiran kami ialah, komitmen umat terhadap masa depan Islam tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dari masa ke semasa.
Malah, ada yang berpendapat bahawa umat Islam semakin jauh dari agamanya. Berada di lokasi mungkarat yang tidak dikunjungi oleh para penda'wah dan ulama’ menyebabkan jiwa kami semakin merekah, hati kami semakin meretak. Hal ini patut menjadi renungan kita bersama, apa yang menjadi kemandulan para penda'wah dan ulama’ untuk membiak di lapangan realiti masyarakat yang dikerumuni oleh mungkar?
Inilah yang menjadi fokus utama program “Grand Design Da'wah Lapangan bersama penda'wah dan ulama’ menjelajah di seluruh negara, melihat sendiri situasi sebenarnya. Sudah sampai masanya kita melangkah dan bertindak secara praktikal. Bukan hanya berfantasi dalam linkungan zon selesa. Marilah kita berada di lokasi kehidupan mereka yang tersasar dan terjebak. Mendekati mereka cara berhemah dengan penuh hikmah dan membawa mereka pulang ke pangkal jalan. Tidak timbul sesuai atau tidak di lokasi tersebut, jangan bagi pelbagai alasan sebelum beraksi. Satu langkah perbuatan lebih baik daripada 1,000 patah perkataan. Kita terlalu banyak membuat alasan tak sesuai dan tidak boleh. Akhirnya kita hanya berbicara dalam ruang lingkup zon selesa dan tidak berpijak di bumi nyata. Petah berbicara di forum perdana dan ceramah perdana.
Kegiatan untuk memperkuat komitmen aktivis LANDAS kepada gerakan da'wah lapangan seperti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) ketika ini. Kami berharap da'wah yang dilakukan oleh para penda'wah midani dan ulama’ muda, hendaknya betul-betul dapat mencerdaskan minda umat serta menyejukkannya sehingga persoalan gejala sosial yang sangat kritikal ketika ini dapat diatasi.
Kami juga mengharapkan agar organisasi-organisasi da'wah dan NGO-NGO Islam dapat bergabung dan bekerjasama yang sesuai dengan tugas dan fungsinya masing-masing.
Kita juga telah mengadakan bengkel pemantapan da'wah dan acara brain storming kepada aktivis da'wah dalam bentuk konsep perubahan. Kita juga perlu mengikuti langkah-langkah perubahan dengan konsep berubah dan merubah. Kita juga mengharapkan supaya gerakan da'wah bersepadu perlu perubahan, bila tidak ada perubahan berarti kematian. Oleh karena itu untuk melakukan perubahan ini perlu pencerahan minda seperti yang telah kami lakukan.
Selanjutnya kami mengajak para aktivis da'wah melakukan diagnosis permasalahan da'wah yang ada di seluruh Negara dengan memberikan penekanan kepada penda'wah midani dan ulama’ berkemahiran mengenal pasati masalah gejala sosial. Tanpa adanya diagnosis yang secocok, kita sulit untuk mencarikan solusi untuk memecahkan permasalahan da'wah dan sasarannya.
Kita juga ingin melakukan diagnosis permasalahan dan berbagai masalah yang secara garis besarnya dikategorikan kepada dua solusi, iaitu internal dan eksternal.
Permasalahan internal adalah permasalah yang terdapat pada penda'wah midani dan ulama yang bergerak dalam ruang fantasi, sedangkan persoalan eksternal adalah persoalan yang terdapat pada dunia realiti umat. Kita juga membicarakan pengurusan da'wah, metode da'wah, wawasan da'wah sebagai prasarat bagi penda'wah midani dalam berda'wah.
Di antara solusi tersebut yang terpenting adalah:
Perlu adanya Grand Design atau Rencana Strategi di lapangan yang disusun secara integral. Sudah sepatutnya da'wah divariasikan, tidak hanya terfokus kepada ceramah akan tetapi menjangkau pada penyelesaian masalah-masalah umat secara lebih kongkrit di lapangan. Sudah sampai masanya kita merobah paradigma pengembangan masjid dari pembangunan fizikal kepada pembinaan umat sebagai prioritas pendakwah midani perlu menyamakan visi, misi dan arah da'wah.
Pengetahuan meluas, kami namakan ‘kitab masyarakat’ penting untuk menunjang gerakan da'wah secara global. Karena umat Islam ada di mana-mana.
Pengetahuan ini mendorong melakukan amar ma’ruf, ‘social support’untuk menegakkan kebenaran. Seiring dengan itu ada komitmen tegas terhadap nahi munkar, ‘social control’ menghadapi kemungkaran.
Karena secara fitrah alamiah, setiap tanah ditumbuhi tanaman khas. Pengetahuan lokal berguna memperbaiki masyarakat dengan semangat ihsan. Dengan berbekal pengetahuan-pengetahuan tersebut akan mampu membuat analisis mendalam, kemudian akan menyajikan alternatif-alternatif.
Perencanaan matang menjadikan gerakan da'wah lapangan bukan sahaja bertolak dari perkara logik (rasional) semata, selanjutnya sasaran da'wah dapat diterima oleh semua pihak. Karena da'wah bukan kerja part-time, sambilan dan sukarela bagi yang giat dan aktif saja. Tetapi harus menjadi tugas full-timedari seluruh spesialis da'wah lapangan di tengah masyarakat.
Da'wah mesti ditunjangi oleh pelbagai kepakaran di kalangan sarjana-sarjana, pedagang, birokrat, teknokrat, sehingga dapat disajikan sebagai suatu social action. Maka sangat diperlukan generasi murni dan meyakinkan secara rasional tentang keindahan Islam.
Memang diperlukan para ilmuan atau sarjana yang berpengalaman. Tetapi yang paling dihajatkan bukan semata-mata sarjana yang “celik huruf tetapi buta masyarakat”.
Kemahiran membaca “kitab masyarakat” tidak dapat diperolehi dalam ruang kuliah dan perpustakaan semata. Karenanya, perlu berkecimpung diri di tengah-tengah masyarakat. Untuk biasa berperanan dalam menggiringi dan mengawal umat, agar turut aktif bersama-sama, dalam menghadapi setiap persoalan.
Selalu mencoba mengatasi persoalan dari kehidupan umat di pelbagai bidang. Sehingga melalui pengalaman berkecimpung dalam masyarakat itu, aktivis da'wah dapat merasakan denyut jantung umat. Lambat laun berurat dan bertapak di hati umat itu.
Nawaitu kerjaya sebagai penda'wah midani tidak untuk mencari sukses, atau hanya asal bekerja, sudah semestinya diubah. Yang mesti ditampilkan adalah amal karya bermutu, berkualit, cemerlang, gemilang, terbilang dan terjulang di tengah-tengah percaturan kesejagatan (globalisasi).
Bila dalam setiap pemilihan barang-barang, kita selalu cenderung untuk memilih produk berkualiti, maka sudah semestinya dalam menampilkan setiap amal-karya, ukurannya haruslah pula kepada kualiti juga dan bukan kuantiti.
Semakin kecil kesalahan akan semakin besar keberhasilan dalam menyampaikan risalah da'wah. Maka tidak dapat ditolak, kemestian menggunakan semua adab-adab dan disiplin Islam menurut bingkai Al Quran dan Al-Hadis (السنة) untuk menghadapi semua persoalan hidup manusia yang akan menjamin sukses dalam segenap perkara.
Kami berharap semua pihak tidak semudah itu melontarkan terlalu banyak pandangan negatif terhadap komitmen mana-mana pihak untuk aktif berda'wah di lapangan. Juga kami berharap, jangan pula kerana kita tidak ada ruang dan peluang untuk berda'wah di masjid, surau dan tempat-tempat tertentu yang dikawali oleh pihak berkuasa agama, baru kita bersungguh-sungguh dan istiqomah untuk turun berda'wah di lapangan menjadi penda'wah midani. Namun begitu kita gah dalam media masa seentero dunia tapi praktisnya tidak muncul-muncul juga. Tidak menjadi realiti dalam dunia penda'wah bersepadu. Sekadar berbicara melalui media massa cetak dan media elektronik. Maaf jika menyentuh mana-mana pihak.
Kami tidak nafikan niat baik mana-mana pihak untuk laksanakan gerakerja da'wah mengikuti jejak langkah Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, turun sampaikan mesej da'wah di lapangan dari Desa ke Desa dan dari Bandar ke Bandar sehingga ke sebuah kelab malam di Iskandariah Mesir. Akihrnya kelab malam tersebut bertukar menjadi markaz dakwah dan semua pekerjanya menjadi aktivis da'wah. Apa yang kami luahkan ini berdasarkan pengalaman aktivis da'wah yang sedang dan telah bergerak sebagai penda'wah midani sudah sekian lama.
Kem Semarak Kasih. Dengan kerjasama CGSS, USM. Di RAUDHAH, 10 - 12 Feb 2012.
Himpunan Sayangi Remaja Tahun Baru 2012. Pantai Bersih. Butterworth. (31 Dis 2011)
Lawatan ke Pusat Pemulihan Jalanan Baru dan Lerning Center for micro economy. Yala, Selatan Thai. ( 24 - 26 Dis 2011)
Aktiviti turun lapangan Sg. Petani bersama aktivis pelajar. (23 Dis 2011)
Bengkel aktivis UNGGAS bersama UUM. (16 Dis 2011)
Pameran Statik sempena Hari Aids Sedunia anjuran Aisec di USM pada 1 Disember 2011 (10.00 pagi - 5.00 petang).
Ceramah Isu Sosial di Masjid Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 18 November 2011( Jumaat) pada jam 8.30 malam.
Komuniti Bebas HIV/AIDS 2011 akan diadakan di Dewan Serbaguna Blok B, Flat Kg Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang. Program akan diadakan pada 1 Oktober 2011dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Forum HIV/AIDS Remaja Dan Pendidikan Seks oleh AARG di tapak konvo USM pada 21 Oktober 2011 jam 11 pagi.
Bike Explorer Ramadhan. Merdeka Jiwa, Merdeka Negara. 20 Ramadhan 1432H. Masjid Penanti - Surau At-Taqwa Bertam Indah.
Ceramah dan pameran statik sempena Program Jalinan Ukhwah Taman Sejahtera Rakyat. di Taman Sejahtera Rakyat Penaga pada 23 Julai 2011.
Bantahan mengadakan pertandingan peragaan baju renang sempena Expo ICT ( swimming Suit Show). ( 27 Jun 2011)
Program Pendidikan Awam di SMK Sri Muda Penaga, Pulau Pinang. Program ini adalah kerjasama antara UNGGAS dan SMART Infinity Enterprise. ( 25 Jun 2011, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang )
Dialog isu sosial dengan Pegawai Daerah Seberang Prai Utara (24 Jun 2011 pada pukul 3.00 petang).
Dialog dengan Dr. Janizah Abd Ghani(Ketua Penolong Pengarah Kanan AIDS/ TB/ STD, Jabatan kesihatan Pulau Pinang) bagi membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan untuk isu-isu sosial. (23 Jun 2011)
Mahasiswa Turun Sekolah, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Dengan Kerjasama Urusetia Menangani Gejala Sosial dan Angkatan Pemuda Pemudi Islam. Bertempat di Sekolah Menengah Permatang Pasir dan sekitar Penang. TEMA : “ From Bud To Blossom “ (25 March sehingga 27 March 2011)
Kuliah pelajar jurusan Kerja Sosial UUM tentang peranan dan kepentingan NGO atau 'Civil Society' dan perkongsian gerak kerja UNGGAS. (29 Mac 2011)
Penghasilkan modul Pembinaan Kesukarelaan Mencegah Gejala Sosial dalam brainstorm Modul Kesukarelaan Islam siri 1 di Putrajaya. Bersama JAKIM. (Mac 2011)
Program ziarah lapangan JKKK Daerah Timur Laut P.Pinang ke Kuala Lumpur untuk membina jaringan pencegahan gejala sosial dan latihan kesukarelaan. (Mei 2011)
TABIK SETAN
Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.
Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.
Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above
Anton LaVey, leader and founder of theChurch of Satan. Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author ofThe Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.
A Satanic Ritual Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)
Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.
MELAYU ISLAM ... JUGA SAMA ... !!!
KESIAN LIHAT MEREKA-MEREKA INI SEMUA
ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG INI.... Masa dahulu berjuangan menentang penjajah, kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan, kemudian berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan, kemudian berjuang membangunkan negara. SEKARANG INI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN. ..??????