Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 10 Julai 2011

PROGRAM DI PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR DAN KUALA KUBU BHARU

Ketua Penolong Pengarah HEP Darul Quran Us Mat Lazim Hassan
sedang menyampaikan cenderahati kepada ahli panel Us Kamaruddin
Kassim (UNGGAS MALAYSIA)

DARUL QURAN : Kelas Kaunseling, Unit Perkhidmatan Psikologi, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 kuala kubu bharu, Selangor Darul Ehsan, telah mengadakan Forum The Power Of Youth bertajuk “JUVANA : HOW TO MAKE IT ZERO”.

Ahli panel yang terlibat ialah; Dr Ahmad Bashir Ahmad (UUM), Dato’ Haji Muhammad Zakaria (Telaga Biru) dan Ustaz Kamaruddin Kassim (UNGGAS MALAYSIA). Tujuan program ini dilaksanakan berdasarkan kehendak ayat ini yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk” (an-Nahl : 125).

Merujuk kepada ayat di atas, dapatlah difahami dengan jelas bahawa tanggungjawab dakwah merupakan salah satu daripada tanggungjawab asas seseorang Muslim. Hal ini kerana, ayat ini merupakan salah satu daripada dalil-dalil yang menunjukkan tentang kewajipan dakwah kepada orang Islam.

Justeru, atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, pihak AJK perlaksanaan forum terpanggil untuk menganjurkan program seperti ini yang mana, diharapkan dapat memberi input-input yang berguna berkenaan isu semasa yang melanda masyarakat di negara ini yang semakin membarah, bernanah di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Darul Quran khususnya dan masyarakat setempat umumnya .

Oleh itu, melalui tugasan yang diwajibkan ke atas AJK perlaksana selaku pelajar Kelas Kaunseling semester tiga, telah mengambil kesempatan ini untuk sama-sama dalam usaha merawat masalah masyarakat yang sedang sakit ini. InsyaAllah, moga-moga dengan usaha yang sedikit ini, akan dikira oleh Allah s.w.t sebagai amalan kebajikan.

Juga bertujuan memenuhi taqwim aktiviti kelas kokurikulum (kaunseling) bagi semester tiga. Melatih ahli tentang cara dan kaedah pengurusan majlis melalui perlantikan koordinator. Memberi kesedaran kepada peserta kepentingan akhlak Islamiah, punca kerosakan akhlak mahasiswa dan bagaimana melakukan perubahan sebagai mahasiswa Islam yang cemerlang seterusnya menjadi role-model kepada masyarakat.

Memberi pendedahan isu semasa serta meningkatkan kesedaran para hufffaz dan masyarakat setempat terhada permasalahan yang semakin meruncing dalam masyarakat kini. Merungkai permasalahan terhadap masalah yang berlaku dalam kalangan huffaz sendiri. Memobilasi peranan huffaz yang sebenar bagi mendepani dan merungkai permasalahan masyarakat ke arah menjadi seperti sahabat r.a.


Peserta Darul Quran sedang mengikuti Farum The Fower of Youth
di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu

Forum : "JUVANA - HOW TO MAKE IT" bertemakan "The Power of Youth"
Panel Farum : Dr Ahmad Bashir Ahmad (UUM), Dato' Haji Muhammad
Zakaria (Telaga Biru) dan Us Kamaruddin Kassim (UNGGAS MALAYSIA)
Tempat : Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu

Us Haji Abdul Hamid Sulaiman (Amil Zakat) sedang memberikan Tazkirah
di atas bas perwakilan Ijtima' Amil Kebangsaan 2011 daripada
Negeri Kedah Darul Aman

Haji Abdul Hamid Lebai Saad - Penolong Pegawai Zakat Kedah
sedang memberikan taklimat di atas bas dalam perjalanan
balik daripda Ijtima' Zakat Kebangsaan di Dewan Muktamar
Kompleks Pusat Islam JAWI KL

En Md Shariff Md Isa - Pegawai Zakat Daerah Bandar Bharu Kedah
sedang berceloteh di atas bas dalam perjalanan balik dari KL-Kedah

depan pintu masuk TV AL-HIJRAH KL


TANGGA NAIK KE DEWAN SOLAT MASJID NEGARA - PARA AMILIN
SEDANG LEPAK SELEPAS SOLAT ZOHOR QASAR JAMA' KEPADA ASAR

Ijtima' Amil Zakat Kebangsaan 2011 di Dewan Muktamar
Pusat Islam JAWI Pusat Islam KL

peserta Ijtima' Amil Zakat Kebangsaan

suasana di luar Dewan Muktamar Pusat Islam KL








semalam di Dataran Medeka KL bersama para 'amilin zakat dari Kedah

para 'amilin zakat dari kedah sedang makan sate kajang di Bandar Kajang

para amilin zakat dari kedah sedang menikmati jamuan makan
malam sate di Bandar Kajang Selangor Daraul Ehsan

lincin sate kajang dimakannya oleh Us Abd Hamid Sulaiman sambil
tertawanya Rokhaimi Mat Saad Pem Peg Zakat Daerah Kuala Muda

Rokhaimi kanan dan kiri Us Abd Hamid - mereka begitu kagum melihat
masjid besi @ Masjid Tuanku Sultan Mizan Putrajaya

para amilin zakat negeri kedah bergambar di hadapan masjid besi

Us Kamaruddin Kassim & Us Abd Hamid Sulaiman di Lobi Hotel
Putra MAIWP

DI LOBI HOTEL PUTRA MAIWP

PENDAFTARAN MASUK DI KAUNTER HOTEL PUTRA KL

US KAMARUDDIN KASSIM - Ketua Jurulatih Unit Latihan & Jaringan
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)

MUSTAPA MANSUR - Penyelaras Sukarelawan Bantuan Kemanusiaan
GAZA

MEETING PANEL MENANGANI GEJALA SOSIAL JAKIM DI DEWAN SYURA
JAKIM ARAS 9 PUTRAJAYA

0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut