LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 13 Julai 2011

PELAJAR PONTENG SEKOLAH

Lebih kurang jam 8.00 pagi, terdapat beberapa orang pelajar ponteng sekolah melepak di kawasan sunyi di sebuah lorong dan terperanjat apabila kereta peronda polis mendekati mereka. Mereka lari menuju ke sekolah dalam situasi tergamam. Ketia itu saya sedang menaiki motosikal menghantar anak ke sekolah untuk aktiviti sukan. Saya sempat mengambil gambar pelajar tingkatan 3 ini yang sedang memanjat pintu pagar.

Pelajar ini cuba memanjat pintu pagar yang berkunci dan akhirnya beliau tidak jadi panjat dan saya minta pelajar tersebut masuk melalui pintu pagar utama depan sekolah. Apa yang saya dengar dari mulut pelajar ini ketika saya sedang mengambil gambarnya dengan kata "tolong pakcik, tolong pakcik" .. saya kata padanya, kamu masuk ikut pintu utama depan sekolah. Saya minta ibu bapa pastikan anak-anak mereka setiap pagi sampai ke sekolah supaya anak-anak mereka tidak terlibat dalam penagihan dadah, hidu gam dan merokok.




pelajar ini sedang berjalan untuk masuk melalui pintu utama depan sekolah dan saya maklumkan kepada guru-guru yang sedang mengawal di hadapan pintu pagar mengenai pelajar tersebut. Rakan-rakan pelajar yang lain saya tak pasti samada mereka sudah masuk ke sekolah atau melarikan diri ke lokasi lain.

0 ulasan:

 

Pengikut