Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 22 April 2011

Pihak LANDAS Langkawi membuat laporan di IPD Langkawi

Mohd Ali Abdullah bersama aktivis LANDAS di hadapan
Ibu Pejabat Polis (IPD Langkawi)


LANDAS Langkawi telah membuat satu laporan polis berkenaan kegiatan mubaligh Kristian yang mengedar risalah ajaran Kristian secara terbuka di Langkawi baru-baru ini. Pada 21 April 2011 jam lebih kurang 3.15 petang, seramai 6 orang aktivis LANDAS Langkawi telah berbuat demikian di IPD Langkawi. Walau bagaimana pun laporan polis tertangguh akibat Balai Polis mengalami masalah gangguna bekalan elektrik. Pihak LANDAS sekali lagi membuat laporan polis pada sebelah malamnya lebih kurang jam 10.30 malam. Walaupun bekalan elektrik telah kembali pulih namun masalah komputer pula menjadi penghalang.Walau bagaimana pun pihak polis bersedia menerima laporan pihak LANDAS memandangkan laporan yang pihak LANDAS buat telah siap dan hanya perlu dikepilkan dalam senarai laporan. Salinan laporan polis tak dapat diserahkan kepada mereka kerana masalah printer dan scanner yang tak berfungsi. Sekali lagi mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak IPD Langkawi.


Pihak LANDAS difahamkan oleh pihak polis bahawa ada dua laporan polis telah dibuat sebelum ini. Salah satu laporan polis dibuat oleh saudara Ahmad Sidek selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan selaku AJK PAS kawasan Langkawi.

Walau apa pun yang berlaku, ini semua menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya menjadikan dakwah lapangan Nabi Muhammad SAW sebagai satu-satunya cara yang berkesan untuk menyampaikan ilmu dan Islam kepada masyarakat. Dengan adanya ribuan sekolah pondok, puluhan ribu ustaz dan cendikawan Islam mengapa umat semakin hari semakin rosak. Jawapan yang berlegar dalam minda Mohd Ali Pengerusi LANDAS Langkawi, ialah cendikawan dan ilmuan Islam berlumba-lumba mahu berada di pentas selesa. Kuliah agama,forum perdana, seminar dan khutbah Jumaat adalah cara yang hanya difikirkan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ilmuan Islam yang bekerja pula hanya sibuk dengan kerja, sementara ustaz sekolah pula terlalu penat kerana bebanan kerja yang terlalu banyak. Akhirnya tiada siapa yang sempat memikirkan kaedah yang terbaik bagaimanakah cara yang paling berkesan membawa kembali masyarakat Islam ke era kegemilangan.

Institusi yang memegang urusan agama diharapkan membantu NGO Islam yang bergerak aktif membawa masyarakat kembali mengamalkan cara hidup Islam. JAKIM khasnya hendaklah menawarkan bantuan kepada mereka yang sedia memikul beban menyebarkan dakwah. Semoga kita semua mengambil iktibar dari segala kelemahan bagaimana Kristian berani menyebarkan dakyah mereka di tengah-tengah masyarakat Islam.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi

0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut