Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 6 Oktober 2010

INSTITUT LATIHAN DAKWAH NEGERI PULAU PINANG


Gambar dari kanan Us Kamaruddin Kassim (Ahli JPILDNPP) mewakili UNGGAS/LANDAS PUMPP, Prof. Dr. Kamarulazizi Ibrahim (Pengerusi JPILDNPP), YB Maktar Haji Shapee mewakili EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Dari kanan YB Maktar Haji Shapee, Prof. Dr. Rosni Abdullah (Ahli JPILDNPP) dan Puan Nor Liza Mohamad (Urusetia Bahagian Dakwah JAIPP)


dari kanan Prof. Madya Haji Mohamed Talhah Idrus (Ahli JPILDNPP), Us Mohammad Fadzil Alias (Ahli JPILDNPP) dan Prof. Dr. Kamarulazizi Ibrahim (Pengerusi JPILDNPP).



dari kiri Nurfitri Amir Muhammad (Setiausaha Kerja Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang/Penyelaras UNGGAS PUMPP), Mohd Saffuan Md. Isa (Urusetia Bahagian Dakwah JAIPP) dan lain-lain Jawatankuasa PILDNPP.

PULAU PINANG - Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Institut Latihan Dakwah Negeri Pulau Pinang (ILDPP) kali terakhir bilangan 7/2010 pada 6 Oktober 2010 di Bilik Mesyuarat JAIPP telah memutuskan untuk mengwujudkan ILDPP. Kurikulum telahpun siap disediakan dengan pelbagai modul dan sukatannya. Asas Aqidah, Sirah, Fiqh Dakwah, Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat, Fiqh Jenayah, Fiqh Munakahat, Komunikasi Dakwah, Al-Quran, As-Sunnah, Fiqh Keutamaan. Elektif Kitab Muktabar, Kitab Kuning, Sistem Agama Islam Malaysia, Keperluan Orang Bisu/Pekak/Buta, Bandingan Agama, Sains dan Islam. Kemahiran Imam, Kewangan Diri, Komputer, Psikologi Komunikasi, Kenderaan, Bahasa Mandarin/Tamil, Kaunseling, Bekalan Harian. Semua sukatan ini diajar dalam bilik kuliah selama 3 bulan. Manakala untuk praktikal/amali pula diperuntukkan masa selama 24 hari di lapangan. Kursus amali disediakan modul dan kurikulumnya oleh Urusetia Menagani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang dengan penglibatan aktivis LANDAS untuk membantu program amali.


Pelatih pertama hanya dipilih seramai 15 orang sahaja yang telah ditemuduga dan berjaya mengikuti Akademi Dakwah Landas selama 7 - 14 hari. Mereka ini akan ditapis untuk pemilihan 15 orang terbaik dengan komitmen yang paling tinggi. Pihak UNGGAS Pulau Pinang mengucapkan penghargaan yang tinggi komitmen yang diberi oleh kerajaan negeri khususnya exco agama, Majlis Agama, Jabatan Agama, Pusat Urus Zakat Negeri dan lain-lain pihak. Dalam menghadapi cabaran semasa isu-isu sosial kini, sudah sampai masanya para da'i perlu diperkasakan. Kita perlukan sebanyak mungkin aktivis dakwah yang dapat bekerja dalam bidang ini sepenuh masa (full time) dengan komitmen yang padu.

Peringkat awal ini melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang hampir RM 1 juta. Kerjasama semua pihak termasuk NGO Islam, kerajaan negeri dan Institusi Agama peringkat negeri akan dapat kita memperkasakan para da'i yang berkemahiran berdkawah dipelbagai lapangan dan lokasi. Selepas ini UNGGAS/LANDAS akan melabuhkan sayapnya membantu kerajaan negeri Selangor dan Kelantan untuk menubuhkan Institut Latihan Dakwah (ILD).


Negeri Selangor akan mengadakan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama' Selangor : Cabaran Dakwah Semasa anjuran Jabtan Mufti, Jabatan Agama dan EXCO agama. Sesi pagi akan dirasmikan oleh Tuanku Sultan dan seminar diteruskan sehingga lewat petang. Program ini akan diadakan pada 11 Oktober 2010, di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Peserta terdiri daripada pemegang tauliah negeri Selangor, ulama, ilmuan Islam, NGO Islam dan lain-lain lagi. Wakil UNGGAS akan membentang pengalaman praktikal dakwah lapangan supaya para peserta dapat memperluaskan bidang dakwah bersepadu di lokasi-lokasi hiburan dan maksiat.


Ustaz Kamaruddin Kassim
Penyelaras UNGGAS/LANDAS



0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut