Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 15 Oktober 2010

DA'I DAN MAD'U الداعى دان المدعو


Kebanyakkan para da’i gemar menyampaikan syarahan kepada mad'unya tanpa memperdulikan mesej yang disampaikannya itu dapat diterima, faham atau tidak. Ketahuilah bahawa segala syarahan kita itu hanyalah akan masuk ke dalam otaknya, adakalanya masuk telinga kiri keluar telinga kiri juga dan tidak keluar telinga kanan. Iaitu tiada perubahan pun pada diri mad'u kita itu.


Wahai Da'i! Ketahuilah bahawa tingkah laku serta cara hidup kita yang kita tunjukkan kepadanya itu lebih berpengaruh keatas perbuatan kita sendiri. Manusia lebih mudah terikut dengan perbuatan manusia lain.


Kadang-kadang kita tidak perlu banyak bersyarah pun kepada mad'u. Cuma, kita hanya perlu curahkan akhlak mulia dan sopan santun terhadapnya. Kemudian, tunjukkan padanya apa yang perlu dia contohi dari diri kita ini. Tunjukkan kepadanya bagaimana cara solat yang baik. Bagaimana cara bergaul degan orang lain. Bagaimana cara menuntut ilmu. Bagaimana cara beribadah. Secara ringkas, tunjukkan pada mad'u itu BAGAIMANAKAH CARA HIDUP ISLAM melalui PERBUATAN KITA. Bukan sekadar bersyarah kepadanya..


Ada sesetengah da'i itu bersyarah lain, tapi perbuatannya lain pula. Apakah kesannya terhadap mad'u? Kesannya ialah mad'u akan mengikuti perbuatan da'i yang tidak sama seperti syarahannya itu. Sekarang anda sudah tahu bahawa perbuatan daie itu, ialah cara da’wah yang paling berkesan dan mujarab, lebih mujarab daripada kata-katanya meskipun kata-katanya itu power sekalipun!


Sebagai memperjelaskan lagi apa yang diperkatakan sebentar tadi, Kita perlu menarik hati mad'u terlebih dahulu. Beri kasih sayang padanya. Beri perhatian, ada sentuhan, beri layanan yang mulia padanya. Kemudian, dia akan tertarik. Dari situ, dia akan memerhati dan menilai serta mula terpengaruh degan perbuatan kita serta kata-kata kita.


Manusia ini bila sudah suka pada seseorang, segala perbuatan orang itu dikatakan baik meskipun tak baik. Tapi, jika dia benci pada seseorang, semua perbuatan orang itu dia kata tidak betul meskipun sudah betul. Jadi, berusahalah wahai daie untuk mendapatkan "SUKA" mad'u itu pada kita.


Berilah sesuatu yang mad'u suka apabila dia mengikut ajaran kita. Belanja makan, bawa berjalan-jalan, beri dorongan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan mad'u itu tetap pendirian dan ingin terus mengikut ajaran kita lagi.


Kata Imam Hassan Al-Banna: SENJATA DAKWAH KITA IALAH PERASAAN CINTA

Akhir sekali, janganlah harap kan mad'u itu akan jadi lebih hebat dari kita kerana dia akan mencontohi perbuatan kita dan akan melupakan syarahan-syarahan kita. Jika kita melakukan maksiat, maka dia juga akan mengikutinya.


0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut