Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 26 Januari 2010

ZIARAH DAKWAH DI NARATHIWAT

Ziarah dakwah keluarga mangsa pembunuhan di Narathiwat


NARATHIWAT – 25 Januari 2010 : Program ziarah mangsa kekejaman terhadap orang melayu Islam di Yala, Pattani dan Narathiwat bersama kumpulan Hak Asasi Manusia dan Keamanan (HAP) dan Kumpulan Wanita Keamanan (Deep Peace) Thailand. Saya dari LANDAS bersama Nutfitri Amir dan Saiful dari API PUM PP menaiki kenderaan saya ke Selatan Thailand membuat tinjauan isu-isu terbaru khusunya di 3 wilayah yang bergolak. Hampir setiap minggu ada saja orang Islam mati di tembak. Kebanyakkan mereka terdiri daripada tok-tok guru pondok, imam, bilal, petugas masjid, pelajar pondok dan ahli jamaah masjid. Kami sempat berjumpa keluarga mangsa dan mendengar sendiri rintihan mereka apa yang telah menimpa mereka tanpa sebab.


Kebanyakan keluarga yang terlibat terdiri di kalangan keluarga miskin tetapi komited dengan agama. Kami berpecah kepada 3 kumpulan ke Pattani, Narathiwat Timur dan saya bersama kumpulan masuk ke pendalaman Narathiwat Selatan. Kebanyakan senjata yang digunakan oleh penjenayah jenis buatan Rusia yang diguna pakai oleh tentera Hitam Thailand. Macam M16 tetapi agak tetapi pendek sedikit. Mereka tidak dapat pasti angkara siapa, sebab penjenayah tersebut memakai pakaian biasa dengan menaiki kenderaan awam. Selepas berlaku pembunuhan, pihak polis dan tentera mengambil tindakan agak lambat. Kawasan berlaku kes pembunuhan pula berada dalam kawasan kawalan tentera yang agak ketat tetapi pihak tentera bertindak terlalu lambat dan menjadi keraguan penduduk disebalik pembunuhan tersebut.


Kes petama yang saya temui seorang Imam bernama Manaf @ Mat Romin (44 tahun) telah dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Banggol Merbau, Daerah Resak Narathiwat pada 24/12/2009. Setiap minggu beliau jadi imam dan khatib. Beliau meninggal seorang isteri benama Ayusah binti Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak. Lebih kurang 1 km perjalanan semasa dalam perjalanan dari rumah mertuanya untuk ke masjid menjadi imam jumaat lebih kurang jam 12 tengahari waktu thailand.


Sebelum itu seorang bilal masjid tersebut bernama Ismail bin Che Lah (62 tahun) telah di tembak mati waktu pagi di hadapan kedai Basri Simen miliknya. Tanggal 25/01/2010 genap sudah 100 hari kematianya, menurut kata isterinya semasa saya berkunjung ke rumahnya bersebelahan masjid Al-Hidayatul Muslimin. Dua tahun yang lalu seorang lagi petugas masjid bernama Shukri telah ditembak mati di belakang masjid tersebut dan banyak lagi kes-kes pembunuhan belaku di kawasan tersebut yang tidak sempat saya rakamkan di sini.


Kumpulan saya sempat mengunjungi kes kematian seorang anak jamaah masjid Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat. Semasa Talib (48 tahun) pulang dari masjid selepas solat Isyak sedang menunggang motosikal, telah ditembak di hadapan rumahnya. Kes ini berlaku pada 29/12/2009. Menurut kenyataan isterinya bernama Rokiyah binti Tok Dak, dia dengar bunyi tembakan bertalu-talu menyababkan suaminya jatuh terlentang sambil melatakkan tangan di atas dada macam orang yang sedang dalam solat. Beliau meninggalkan 3 orang anak yang masih lagi bersekolah pondok. Pekerjaannya hanya menoreh getah dan terdiri daripada keluarga miskin tetapi kuat melakukan ibadah kepada Allah.


Laporan daripada 2 kumpulan lagi akan menyusul kemudian.



Torleh @ Talib mati ditembak

bilal Ismail Che Lah bersama keluarga mati ditembak

bersama adik-adik imam masjid Al-Hidayatul Muslimin

Pn Ayusah Lukman bersama anak-anaknya .. Isteri imam
yang mati kena bedil

Masjid Al-Hidayatul Muslimin Narathiwat




0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut