LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 20 Januari 2010

SIBER KAFE BEROPERASI SECARA HARAM DI TAMAN DESA PERMAI
















































SUNGAI PETANI – Sudah terlalu lama Jawatankuasa Penduduk Taman Desa Permai, Sungai Lalang membuat pengaduan kepada pihak berkuasa pelbagai jabatan dan salinan kepada Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah (UNGGAS & LANDAS) sehingga hari ini, namun masih tidak ada apa-apa tindakan penguatkuasaan. Pihak UNGGAS telah banyak kali membuat pemantauan di premis Siber Kafe tersebut tetapi pihak pengusaha pusat hiburan ini semacam keras kepala dan masih beroperasi walaupun tidak mempunyai lesen. Kami rasa macam ada DALANG di belakang wujudnya Premis Siber Kefe. Sepatutnya pihak Polis, MPSP dan Pejabat Daerah dapat bergabung tenaga bekerjasama mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha ini. Kenapa kita masih membiarkan individu-individu ini mengaut keuntungan di atas kerosakan moral pelajar sekolah dan remaja yang rata-rata anak-anak orang melayu. Bermacam-macam gejala sosial berlaku di lokasi tersebut. Apakah tindakan lebih tegas baru nak ambil apabila hilang kesabaran penduduk dan mereka mengambil tindakan sendiri. Maklumat penduduk sering terdapat pronda polis berhenti di hadapan premis siber cafe masuk ke dalam antara jam 2.00 pagi - 3.00 pagi. Tidak ada sebarang tindakan diambil. Penduduk masih ragu-ragu kenapa pihak polis masuk tanpa menggambil sebarang tindakan menghentikannya.


Kami daripada UNGGAS menyeru kerajaan negeri melalui Angensi Penguatkusanya (Pejabat Daerah & MPSP) dan pihak keselamat (Polis) dapat bertindak lebih prihatin dan rasa tanggungjawab sosial supaya gejala negatif sebegini dapat ditangani dengan lebih berkesan dan amanah. Disebabkan nak jaga kepentingan individu-individu tertentu maka sanggup pula kita korbankan masa depan anak-anak kita yang menjadi esset masa depan negara. Kedah tidak dapat menjadi rialiti Kedah Sejahtera sekirannya kita masih membiarkan lanun-lanun darat mengaut keuntungan tidak bermoral dan merosakkan masa depan anak-anak muda kita, hanya nikmat untuk mereka dan bukan untuk semua dengan wujudnya pusat-pusat hiburan sebegini. Kita boleh bayangkan masa depan kepimpinan negara dengan melihat wajah-wajah mereka yang bakal mengantikan kita.


Penyelaras UNGGAS & LANDAS

Ustaz Kamaruddin Kassim




AKTIVIS UNGGAS & LANDAS BERSAMA JAWATANKUASA
PENDUDUK MEMBUAT PEMANTAUAN DI DEPAN SIBER CAFE





















































0 ulasan:

 

Pengikut