LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 31 Januari 2010

PROGRAM LANDAS DI JITRA & ALOR SETAR

ALOR SETAR – Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) telah melaksanakan program Latihan Aktivis Dakwah Isu-isu Sosial (LANDAS) di Kolej Komuniti Jitra untuk pelajar kolej tersebut pada 29/01/2010 dan sebelah tengahari hingga ke petangnya diadakan latihan praktikal di lapangan berkomunikasi dan berintraksi dengan anak muda remaja di Alor Setar. Ramai anak muda lelaki tidak mengerjakan solat jumaat pada hari tersebut. Kami cuba menagajak mereka bersma untuk ke masjid tetapi mereka masih juga memenuhi pusat hiburan di City Plaza. Manakala program yang sama juga telah diadakan Hotel Holiday Villa Alor Setar pada 30/01/2010 untuk pensyarah-pensyarah kanan kolej tersebut. Latihan teori dan praktikal telah dilaksanakan dengan jayanya. Peserta telah mengadakan latihan praktikal di tingkat atas City Plaza. Hasil kajian yang diperolehi hampir 100 peratus remaja dan belia yang melepak bermain gems dan berkaraok terdiri daripada orang-orang melayu. Pusat-pusat hiburan dipenuhi oleh remaja antara umur 7 tahun hingga 18 tahun.


Sebelah malam tanggal 29/01/2010 telah diadakan perjumpaan Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah (UNGGAS), Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang, bersama Persatuan Pelajar Thailand di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIN. Seramai 230 orang ahli persatuan pelajar thai telah ikuti perjumpaan tersebut. Disamping itu seramai 7 orang sukarelawan NGO dari Selatan Thailand telah turun bersama untuk memberikan taklimat isu-isu pergolakan di sana. 5 orang dari NGO HAP dan 2 orang dari NGO Deep Peace. Turut serta meraikan dan memberikan ucapan oleh EXCO kerajaan negeri kedah YB Dr Ismail bin Salleh. Sejak kebelakangan ini sasaran pembunuhan terdiri di kalangan imam, bilal, pegawai masjid, AJK masjid, jamaah solat, tok-tok guru dan pelajar pondok.

0 ulasan:

 

Pengikut