LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Jun 2008

Pendedahan Dan Pendekatan Program Latihan

Siri Ceramah
Ceramah pendedahan realiti masalah sosial yang berlaku di Malaysia dan menganalisa secara bersama punca utama berlakunya gejala ini di dalam masyarakat.
Menerapkan nilai, dan kewajipan kepada mereka sebagai anggota masyarakat untuk terlibat di dalam membenteras berlakunya gejala sosial di dalam masyarakat


Bengkel
Menerangkan tentang bagaimana, untuk mengenali isu yang berada di dalam masyarakat sekitar mereka. Dalam masa yang sama kefahaman mengenai kemahiran untuk menjalankan gerakkerja mengatasi isu sosial di kawasan mereka.

Peserta akan membuat perbincangan mengatasi isu sosial yang berada di sekitar mereka, serta menganalisa punca berlakunya gejala tersebut. Mereka juga dikehendaki untuk memastikan kaedah, teknik, organisasi yang perlu dihubungi untuk menggerakkan tindakan mengatasi masalah tersebut.


Gerak Kerja Kumpulan
Kumpulan ini akan diberi tugasan yang ditentukan oleh pembimbing tentang masalah di dalam bengkel, dan keperluan mereka melaksanakan gerakkerja mengatasi masalah tersebut dan menyediakan laporan program pembenterasan gejala sosial dan pembangunan masyarakat dengan kaedah pendidikan yang telah dilaksanakan.


Pembinaan Organisasi
Menyusun organisasi ringkas, diperingkat tempatan sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial (Peringkat Tempatan), serta mengenalpasti peranan tanggungjawab dan tugas yang perlu di mainkan secara bersama oleh kumpulan ini.

0 ulasan:

 

Pengikut