Namun setiap kali timbul gejala baru dalam masyarakat, kita sering melupakan masalah-masalah yang menjadi isu sebelum ini. Ini bukan bermaksud, masalah tersebut tidak lagi menjadi isu dan telah berjaya dibendung dengan berkesan. Sebaliknya ianya seperti sedang mengeram dan bernanah untuk menetas dan merosakkan lagi keharmonian masyarakat.
Pelbagai usaha keras telah digerakkan oleh pihak kerajaan dan NGO, namun ia masih tidak membuahkan hasil yang benar-benar memberi kesan kepada perubahan masyarakat, khususnya golongan remaja dan belia.
Melihat kepada isu gejala sosial yang dinyatakan terutamanya dikalangan remaja dan belia, maka kami melihat satu keperluan untuk kami memobilisasi golongan muda ke arah keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial terutamanya di kalangan remaja dan belia.
0 ulasan:
Catat Ulasan