LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 20 Januari 2010

SIBER KAFE BEROPERASI SECARA HARAM DI TAMAN DESA PERMAI
















































SUNGAI PETANI – Sudah terlalu lama Jawatankuasa Penduduk Taman Desa Permai, Sungai Lalang membuat pengaduan kepada pihak berkuasa pelbagai jabatan dan salinan kepada Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah (UNGGAS & LANDAS) sehingga hari ini, namun masih tidak ada apa-apa tindakan penguatkuasaan. Pihak UNGGAS telah banyak kali membuat pemantauan di premis Siber Kafe tersebut tetapi pihak pengusaha pusat hiburan ini semacam keras kepala dan masih beroperasi walaupun tidak mempunyai lesen. Kami rasa macam ada DALANG di belakang wujudnya Premis Siber Kefe. Sepatutnya pihak Polis, MPSP dan Pejabat Daerah dapat bergabung tenaga bekerjasama mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha ini. Kenapa kita masih membiarkan individu-individu ini mengaut keuntungan di atas kerosakan moral pelajar sekolah dan remaja yang rata-rata anak-anak orang melayu. Bermacam-macam gejala sosial berlaku di lokasi tersebut. Apakah tindakan lebih tegas baru nak ambil apabila hilang kesabaran penduduk dan mereka mengambil tindakan sendiri. Maklumat penduduk sering terdapat pronda polis berhenti di hadapan premis siber cafe masuk ke dalam antara jam 2.00 pagi - 3.00 pagi. Tidak ada sebarang tindakan diambil. Penduduk masih ragu-ragu kenapa pihak polis masuk tanpa menggambil sebarang tindakan menghentikannya.


Kami daripada UNGGAS menyeru kerajaan negeri melalui Angensi Penguatkusanya (Pejabat Daerah & MPSP) dan pihak keselamat (Polis) dapat bertindak lebih prihatin dan rasa tanggungjawab sosial supaya gejala negatif sebegini dapat ditangani dengan lebih berkesan dan amanah. Disebabkan nak jaga kepentingan individu-individu tertentu maka sanggup pula kita korbankan masa depan anak-anak kita yang menjadi esset masa depan negara. Kedah tidak dapat menjadi rialiti Kedah Sejahtera sekirannya kita masih membiarkan lanun-lanun darat mengaut keuntungan tidak bermoral dan merosakkan masa depan anak-anak muda kita, hanya nikmat untuk mereka dan bukan untuk semua dengan wujudnya pusat-pusat hiburan sebegini. Kita boleh bayangkan masa depan kepimpinan negara dengan melihat wajah-wajah mereka yang bakal mengantikan kita.


Penyelaras UNGGAS & LANDAS

Ustaz Kamaruddin Kassim




AKTIVIS UNGGAS & LANDAS BERSAMA JAWATANKUASA
PENDUDUK MEMBUAT PEMANTAUAN DI DEPAN SIBER CAFE





















































Read More...

Ahad, 17 Januari 2010

The Lierning Center of Sufficiency Economy Army Camp Yala

Bersama Pelatih Dadah Madrasah Jalanan Baru Army Camp


Read More...

Selasa, 12 Januari 2010

Beach Disco Lounge Dangdut


LANGKAWI – Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan tidak melaksanakan operasi menangani gejala sosial secara serius.


Pengerusi LANDAS Langkawi, Mohd Ali bin Abdullah berkata, LANDAS Langkawi di bawah Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah yang semakin aktif dalam kerja lapangan ini terus memantau keadaan di beberapa pusat hiburan di pulau ini.


Menurutnya, pusat hiburan di Langkawi masih beroperasi hingga lewat pagi dan senario ini bertentangan kenyataan EXCO berkenaan iaitu operasi itu hanya dibenarkan sehingga jam 12.30 pagi.


“Kami bertanya kepada pekerja pusat hiburan dan mereka memberitahu waktu tamat operasi adalah sekitar jam 5.00 pagi.


“Tetapi EXCO mendakwa tiada pusat hiburan dikenakan tindakan sepanjang Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana mereka mematuhi masa beroperasi, tetapi itu tidak benar,” katanya ketika ditemui di Kuah.


Mohd Ali berkata, apabila diadukan kepada Ahli Majlis tentang perlanggaran waktu operasi kelab hiburan tersebut, mereka saling menuding jari kepada orang lain.



Read More...

ORANG YAHUDI & NASRANI (KRISTIAN)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (al-Baqarah:120)

Read More...

Khamis, 7 Januari 2010

PERSAMAAN KALIMAT AHLI KITAB TIDAK SYIRIK KEPADA ALLAH


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam". (Ali 'Imran : 64)


Read More...

Selasa, 5 Januari 2010

Kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa telah diselewengkan oleh umat kristian


Umat kristian telah mula mencampuri hal ehwal agama Islam dengan mengunakan istilah-istilah khusus yang diguna pakai dalam ajaran Islam. Umat Islam selama ini masih menghormati agama kristian dengan tidak mencampuri urusan mereka. Saya kira sudah sampai masanya umat Islam memperjelaskan tentang penyelewengan ajaran kitab Injil oleh pengganut kristian. Umat Islam wajib beriman dengan Nabi Isa a.s. sebagai RasululLah S.A.W. dan umat Islam wajib beriman dengan Kitab Injil. Mana boleh kita terima Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan. Ini merupakan penyelewengan aqidah sebenar yang sepatutnya kita tentang. Mereka yang sesat lagi menyesatkan. Dalam masa yang sama mereka cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang murni dan suci untuk diselewengkan supaya umat manusia keliru.



Read More...
 

Pengikut