خطبة عيد الفطر المبارك
Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, sempat saya singgah bersama keluarga untuk Solat 'Idul Fitri di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Imam dan Khatibnya telah disempurnakan oleh Ustaz Dr. Rosli.
Khatib telah mengajak hamba-hamba Allah di pagi yang penuh keberkatan dan kegembiraan ini, supaya kita tidak lupa menetapkan wala' kita kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. serta wala' kita kepada perjuangan Islam. Perjuangan untuk menegakkan agama Allah sehinggalah keadilan dapat diratakan, hkum Allah dijunjung dan didaulatkan.
Wahai Hamba Allah, Ramadhan yang berlalu membawa bersamanya suka duka umat Islam. Di dalam kepasrahan kita beribadah kepada Allah s.w.t., saudara-saudar kita di Palastine
Pagi yang penuh keberkatan ini, rasmi sudah Ramadhan pergi meninggalkan kita, Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan, Ramadhan yang membawa janji keampunan dan kelepasan daripada neraka Allah telah pergi dengan seribu kenangan semalam, yang tinggal hanya kita sebagi graduan-geraduan lepasan universiti Ramadhan tersebut, di tahun hadapan entah sempat entah tidak,kita dengan Ramadhan :
"Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang dengan Ramadhan berjumpa lagi"
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar. wa Lillahi hamdh,
'Idul Fithri sesuai dengan namanya bermaksud "kembali kepada fithrah", setelah sebulan berhempas pulas menahan lapar dan derhaka, berqiam, bertilawah, mendengar tazkirah, memelihara pandangan, pendengaran, dan tutur kata, kini tibalah masanya kita merasai ni'mat kembali kepada fithrah asal kejadian kita, yang suci bersih tidak dilumuri sebarang dosa dan noda. Sabda Rasulullah s.a.w. :
إن الله فرض صيام رمضان وسنتت لكم قيامه فمن صامه وقيامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه
Ertinya: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan, dan aku pula telah mensunahkan qiamnya, maka barangsiapa berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, ia keluar dari disanya seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya".
Inilah ertinya fithrah, inilah maksudnya 'Idul Fithri. Seharusnya Ramadhan benar-benar menjadikan kita insan bertaqwa, yang benar, jujur dan amanah terhadap iman kita kepada Allah, Ramadhan mengajar kita menjunjung dan memperjuangkan Al-Quran, Ramadhan juga menjunjungkan contoh pengorbanan dan perjuangan Islam oleh generasi sahabat dan slafus-soleh, sebagaimana yang diabadikan di dalam peperangan badar, pembukaan Makkah, hathin dan 'ain jalut yang semuanya berlaku di dalam bulan Ramadhan.
Pastinya insan fithrah yang lahir dari Ramadhan adalah insan bertaqwa yang memberikan wala' sepenuhnya kepada Allah s.w.t, berhukumkan Al-Quran dan berjihad berjuang untuk menegakkan agama Allah walaupun di masa senang maupun di kala susah. Bagi mereka yang berkesempatan dengan Ramadhan tetapi gagal merebut peluang kembali kepada fithrah, amat rugilah mereka di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w.:
إن الشقي من حرم فيه (أى فى رمضان) من رحمه الله وفى رواية بعدا لمن أدرك رمضان فلم يغفرله إذا لم يغفرله فمتى
Ertinya: Orang yang celaka adalah orang yang diharamkan dari rahmat Allah pada bulan Ramadhan dan pada satu riwayat yang lain sabda baginda, amat jauhlah dari rahmat Allah. Sesiapa yang berkesempatan dengan ramadhan tetapi ia tidak mendapat keampunan Allah, jika Ramadhan pun tidak dapat membuatkan ia diampun bila lagi ia akan diampun.
Hamba Allah, dengan sejenis fithrah kurniaan Allah kepada kita ini, marilah kita kukuhkan i'tizar kita (إعتزار) - jati diri kita demi mempertahankan Islam, tanah air dan pada masa depan kita sendiri. Dengan itu kita akan terselamatlah aqidah kita dan aqidah masyarakat Islam daripada gejala-gejala yang boleh meruntuhkan ikatan iktiqadnya dengan Islam. Firman Allah s.w.t.:
ياأيهاالذين ءامنوا قواأنفسكم وأهليكم نارا
Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka."
Hamba Allah, musuh-musuh Islam bekerja siang dan malam untuk meruntuhkan tembuk-tembuk aqidah yang ada di dalam jiwa umat Islam. Mereka tidak senang melihat Islam diamalkan. Mereka menjadi gusar jika hukum Allah didaulatkan. Apa tidaknya, mereka hanya bertujuan menjadikan kita umat Islam sebagai hamba abdi, pak turut, menurut telunjuk dan arahan mereka. Lihatlah apa yang berlaku di Iraq dan Libiya, hendak menunaikan haji pun terpaksa mendapat kebenaran Amerika dahulu. Amat benarlah pesanan Allah subhanahu wataala:
ولن ترضى عنك اليهود ولاالنصارى حتى تتبع ملتهم
Ertinga:"Selamnya Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka, agama mereka dan menjadi boneka maianan mereka"
Mereka mengumpulkan seluruh kekuatan dan kemudahan yang mereka miliki untuk meninyak-inyak umat Islam, mereka menguasai ekonomi dunia, ketenteraan, persenjataan, industri dan media massa arus perdana. Semuanya di dalam genggaman mereka. Firman Allah s.w.t:
ولا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت فهو كافلا فأولئك حبدت أعمالهم فى الدنيا واللآخرة وألئك أصحاب النار هم فيها خالدون
Ertiany; "Mereka tidak pernah berhenti memerangi kamu hinggalah mereka memurtadkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu, barangsiapa di kalangan kamu yang murtad dari agamanya dan ia mati di dalam kafir, mereka itulah orang-orang yang gugur segala amalannya di dunia dan akhirat, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya."
Hamba Allah, sungguhpun Al-Quran berkali-kali mengigatkan kita dengan tipu daya musuh tetapi masih ramai yang terjebak dan tersasar jauh ke lubuk "riddah". Mereka bagaikan pelanduk lepakan jerat tetapi jerat yang tidak benyawa itu, yang tidak sepintar pelanduk itu tidak pernah melupakan pelanduk. Dengan kuasa kurniaan Allah dengan lidah yang tidak bertulang, mereka terjebak di dalam perangkap musuh.
As-Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya Hurriyah al-'itkad fi As-Syar'iyah Al-Islamiyah menyenaraikan perangkap-perangkap tersebut seperti berikut:
1. Menjulang panji-panji kebangsaan.
2. Menjulang panji-panji perkauman.
3. Menjulang panji-panji kemanusiaan yang terpisah dari Islam.
4. Memberi hak kepimpinan dan perundangan kepada yang lain dari Allah s.w.t.
5. Memperkecilakan sesuatu hukum Islam atau memuliakan perundangan lain ke atas hukum Islam atau menyamakan hukum Islam dengan dengan perundangan-perundangan lain ciptaan manusia.
6. Memperolok-olokkan fakta-fakta Al-Quran, As-Sunnah atau mana-mana syiar Islam.
7. Mengharamkan apa yang dihalalkan Allah atau sebaliknya.
8. Beriman dengan sebahagian dan kufur sebahagian daripada syariat Islam.
9. Memberikan ketaatan kepada orang kafir dan munafiqin serta mencari kemuliaan dari sisi mereka dan membenci orang-orang beriman dan da'wah di jalan Allah.
10. Beriman dengan Al-Quran dan kafir dengan As-Sunnah.
11. Buruk akhlak terhadap Rasulullah s.a.w. seperti memperlekeh mana-mana asfek yang bersangkut paut dengan baginda s.a.w..
12. Mendakwa zahir Al-Quran menyalahi batinya dan sebalinya.
13. Meletakkan sifat yang tidak layak kepada Allah s.w.t.
Wahai Hamba Allah, itulah di antara perangkap-perangkap yang sering menjerat orang-orang yang tidak mengerti atau sengaja engan mengerti hakikat penyerahan dirinya kepada Allah. Kedudukan, harta dan kemewahan dunia dan membuatkan mereka sanggup bertuankan musuh-musuh Allah dari menjadi hamba-hamba Allah yang taat.
Wahai hamba Allah!!! Ramadhan yang baru berlalu membawa bersamanya suka duka umat Islam. Di dalam kepasrahan kita beribadat kepada Allah, saudara-saudara kita di Palastine, Libiya dan pelbagai negara yang lain terpaksa bersahur, berpuasa, beriftar dan bertaraweh di bawah bedilan peluru yang tidak bermata menghadapi Ramadhan dengan jihad darah dan air mata.
Mereka di Palastine yang bersolat dan beribadat di Masjid al-Aqsa, masjid kemuliaan Islam yang ketika itu selepas dua tanah suci makkah, di bawah muncung-muncung senapang Yahudi. Di dalam negara kita juga dikejutkan dengan berita beberapa orang fakir miskin muslimin yang terpaksa menadah tangan di gereja mengih simpati mereka.
Inilah hakikat Islam di zaman ini, Islam yang diserang dari arah atas dan bawah, depan dan belakang, kiri dan kanan, luar dan dalam. Tetapnya umat dengan jihad, tetapnya umat mentaati Allah, menunjukkan umat Islam semangkin hari semangkin kembali kepada hakikat diri mereka yang sebenar dan InsyaAllah kita sedang menyedut keharuman kemenangan Islam. Kemenangan Islam sudah mula terasa, tetapi bilakah ia benar-benar akan berlaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Firman Allah:
إن تنصرواالله ينصركم ويثت أقدامكم
Ertinya: "Jika kamu menolong agama Allah, pasti Allah akan menulung kamu dan meneguhkan kedudukan kamu".
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر , ولله الحمد
Wahai Hamba Allah!!! Apa yang lebih penting, marilah dengan hasil tarbiyaqh Ramadhan yang baru kita lepasi, kita kumpulkan seluruh kekuatan kita, bergerak maju ke hadapan menjulang panji-panji Islam berjuang demi menegakkan agama Allah yang maha suci.
Sudah sampai masanya bagi umat Islam untuk mengenali jati dirinya yang sebenar. Jati diri "الا عتزاز بالاسلام" iaitu merasa mulia dengan Islam yang kita miliki, tidak rela hidup mewah dan senang tetapi hina terjajah, hina menjadi hamba pencacai musuh-musuh Islam.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ياأيهاالذين ءامنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم , تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ذالكم خير لكم إن كنتم تعلمون , يغفرلكم ذنوبكم ويدخلكم جنات تجرى من تحتهاالأنهار ومساكن طيبة فى جنات عدن ذالك هو الوز العظيم وأخرى تحبونها نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين
Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?, kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan kamu berjuang di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu,iman dan perjuangan tersebut adalah lebih baik bagi kamu jika kamu benar-benar mengerti, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahanya sungai-sungai serta kediaman mahligai-mahligai yang indah di syurga 'adn, itulah kemengan yang agung, dan satu lagi janji Allah yang kamu amat sukakannya iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (berjaya menumpaskan musuh Allah dan menegakkan Islam di dunia ini), berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman".
نفعنى الله وإياكم بتلاوة آي الذكر الحكيم وحشرنى وإياكم فى زمرة نبيه الكريم وأعاذنى وإياكم من عذاب الجحيم وأخلنى وإياكم فى النعم المقيم فإنه لاحول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم