Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 28 November 2010

JADIKAN IBADAH QURBAN SEBAGAI IKTIBAR





Hari Raya Korban yang lepas disambut dengan penuh meriah sekali. Di surau kami empat ekor lembu dan seekor kerbau. Kerbau disumbang oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, melalui LADA. Terimakasih YAB. MB Kedah yang dikasihi alfadhil Ustaz Azizan Razak. Ramai sahabat yang bertanya bagaimana surau boleh mendapat sumbangan dari MB sedangkan masjid tak dapat. Ada pula sahabat yang secara spontan menjawab, ini kerana Surau Taman Desa Permata adalah adalah sebuah surau paling aktif di Langkawi, bahkan lebih aktif dari masjid.


Saya selaku Pengerusi LANDAS Langkawi adalah Setiausaha Surau ini. Surau kami tidak mendapat peruntukan dari mana-mana pihak, tetapi masih mampu menjalankan pelbagai aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Kami pernah memohon sumbangan dari masjid berhampiran, tetapi tak dilayan. Masjid tersebut mendapat sumbangan yang banyak dari anak kariah setiap bulan pada setiap kali solat jumaat, bahkan ada masjid yang memiliki wang berpuluh ribu ringgit dalam bank.


Mereka seronok menyimpan wang yang banyak dalam bank tanpa dimanfaatkan untuk mengimarahkan masjid dengan program dakwah. Saya kerap kali memberitahu rakan-rakan yang mengurus masjid agar tidak menyimpan duit yang disumbangkan oleh orang ramai. Wang yang disumbang bukanlah untuk disimpan tetapi untuk dimanfaatkan agar mereka yang menyumbang mendapat pahala. Lantaran kata-kata saya itu menyebabkan tidak disenangi oleh mereka kemudiannya. Kepada mereka yang menguruskan masjid saya mengingatkan bahawa Allah pasti akan tanya kamu mengapa kamu menyimpan wang yang disumbang orang ramai dalam bank tanpa membelanjakan sepenuhnya untuk tujuan pengimarahan.



Amalan berkorban semangnya diingati oleh seluruh umat Islam kerana berkaitan dengan pengorbanan Nabi Ismail A.S yang sanggup dikorbankan atas arahan Allah SWT hanya untuk menguji keimanan ayahndanya Nabi Ibrahim A.S. Berkorban nyawa anaknya itulah tahap pengorbanan para nabi dan mereka yang cintakan Islam. Iman mereka mantap dan tidak ada yang boleh merosakkannya.



Berkorban harta, tenaga dan buah fikiran di jalan dakwah pahalanya tidak terhingga. Ada sabda nabi SAW yang bermaksud:



"…seandainya mereka tahu pahala mereka yang berjuang ke jalan Allah nescaya mereka akan minta dihidupkan kembali setelah dimatikan kerana mahukan pahala yang amat besar".



Memang selayaknya pahala berdakwah sangat besar memandangkan ia adalah tugas berat dan mencabar. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan pengorbanan mereka yang sanggup menempuh jalan ini. Sewaktu saya mula mengenali Islam, saya dan beberapa rakan yang masih baru dalam Islam berguru dengan Jemaah Arqam. Walau pun kebanyakan ahli Arqam di Sri Aman dan Sibu ketika itu adalah dari golongan muallaf namun pergerakan kami amat berkesan kerana dididik supaya mencintai jalan dakwah. Saya masih teringat kata-kata perangsang dari ustaz yang mendidik kami dengan berkata:



"jangan kamu mati di luar jalan dakwah kerana kelak Allah akan tanya kita apakah sumbanganmu di atas kesesatan umat yang lain"
.


Penyelaras Urusetia UNGGAS & LANDAS Langkawi


0 ulasan:

 
Terdapat ralat dalam alat ini

Pengikut