LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Khamis, 17 Jun 2010

ZIARAH KE SONGKHLA, YALA & PATTANI TANGGAL 16 JUN 2010

taklimat terbaru bersama Us Abdul Rahman Tupat
Tim. Mudir Ma'had Bi'that Ad Diniyah Yala


depan Masjid Sultan Muzaffar Shah, Pintu Gerbang, Kerisek
Pattani Darussalam tanggal 16 Jun 2010


Masjid Sultan Muzaffar Shah Kerisik Pattani Darussalam
tanggal 16 Jun 2010


depan Masjid Radhatul Jannah Yala tanggal 16/06/2010

depan Masjid Majlis Agama Islam Songkhla bersama Cikgu
Norwati Hamir dan abang kandungnya Ahmad Khan Hamir


saya bersama Ahmad Khan Hamir dan adik kandungnya Cikgu Norwati Hamir

YALA – 17 Jun : Sempat saya mengunjungi sahabat-sahabat di Yala dan Pattani bertanya kabar mengenai keadaan konflik yang berlaku. Mereka sudah “mangli” dalam bahasa utara atau “lali” dengan kebiasaan bunyi letupan bom dan bunyi bedilan senjata jenis M16 @ AK47 buatan Rusia. Minggu ini sahaja telah berlaku letupan bom di jalan utama sirorot road, berhampiran jam besar, dekat pondok haji harun. Ketika itu ustaz Man sedang berada dalam konti stesen Radio Masjid. Beliau dan penduduk sekitar terus meluru ke lokasi tersebut untuk melihat, kalau-kalau ada keluarga mereka yang terlibat. Ternyata ramai yang mendapat kecederaan termasuk pelajar sekolah. Bila ditanya, orang ramai tak takutkah apabila terdengar bunyi letupan bom. Mereka menjawab, "sudah jadi kebiasaan penduduk Islam Pattani, dari perasaan takut sebelum ini sehingga hilang rasa takut disebabkan sudah terbiasa hidup dalam tekanan dan penindasan". Dalam masa beberapa hari sebelum saya sampai ke Yala dan Pattani pada 16 Jun 2010, saya bersama sahabat dari Johor yang belum pernah ke selatan thai. Beliau hairan dalam perjalanan ke sana, sebuah kenderaan dari Malaysia tidak kelihatan. Saya menjawab, itulah realitinya dan orang-orang malaysia takut nak menziarahi saudara seagama di sana kerana takut mati. Jika berbicara pasal kematian, semasa kita berada di atas lebuh raya pun sentiasa menggamit kita untuk menziarahi alam kubur. Kita menziarahi mereka hanya sekadar memberikan bantuan kemanusiaan sepertimana banyak bantuan kemanusiaan yang kita hantar ke Gaza. Berita penderitaan rakyat Islam di patani tidak tersebar luas dan ramai masyarakat antarabagsa tidak dapat merasainya sepertimana berlaku kekejaman di Palestine. Apabila kunjung ziarah kita ke selatan thai, baru kita dapat rasai dari dekat apa yang telah berlaku. Oleh itu saya harap umat Islam Malaysia lebih kerap mengunjungi keluarga seagama kita untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan persaudaraan seagama kita. Hulurkan bantuan dana melalui aman pattani (AMANI) untuk anak-anak yatim dan janda-janda yang miskin.

سيتي منيره بنت عبد الراشيد

Coretan Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, saat saya rancak mengetip papan kekunci laptop, Allah masih memberikan sehari lagi peluang untuk saya bernafas.

Sukar bahkan payah untuk saya menebak perasaan di dalam dada. Hari ini, Insya-Allah , saya akan berangkat ke Selatan Thai buat menziarahi sahabat-sahabat di sana yang sudah seminggu menjalankan program untuk anak-anak yatim. Sepatutnya, mengikut jadual asal, krew kami berangkat ke sana minggu lepas lagi. Namun, atas masalah tertentu, kami menunda keberangkatan pada minggu ini.

“Kalau kita berhutang dan kita ditakdirkan mati syahid, tidak masuk syugakan, Munirah?” tanya Kak Wahed. Saat itu saya sedang enak menyudu kuetiaw sup. Seketika saya terpana. Soalan itu membuatkan hati saya berdebar-debar.

“Saya tidak pastilah, Kak Wahed. Yang saya tahu, ruhnya akan tergantung antara langit dan bumi,” jawab saya.

Malam jumaat itu, Kak Wahed menerima panggilan daripada sahabatnya. Antara lainnya, sahabat Kak Wahed menyatakan kebimbangannya atas keselamatan krew kami yang bakal berangkat ke Selatan Thailand petang Jumaat keesokan harinya.

Panggilan itu ternyata membuatkan hati Kak Wahed runsing. Dikongsi segala rasa gundah itu dengan saya. Sedikit sebanyak kegalauan itu melimpah ke dalam hati saya.

Kenangan ketika arwah nenek meninggal lebih kurang dua tahun lepas kembali bergentayangan.

Selama beberapa bulan saya hidup dalam ketakutan. Takut mati mendatangi saya tiba-tiba sedang saya belum bersedia. Dalam tempoh itu, saya tidak boleh tidur bersendirian. Sangat takut saat malam menjelang kerana saya terbayang gelapnya kubur. Saya takut. Benar-benar takut akan satu aksara ini. Mati.

Sedang asyik menyelak lembaran al-Quran, saya terbuka pada satu firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 78 yang antara lainnya bermaksud;

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Saya tersentak. Benar. Lari dari kematian hanya satu perkara yang sia-sia. Malaikat maut adalah makhluk Allah yang paling menepati masa. Tidak pernah terlewat mahupun terawal sesaat.

Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 34 turut bermain-main di indera fikir.

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan".

Sejak itu, saya sampai kepada satu keputusan, bersedia menghadapi mati.

Bagi saya, bermula dari titik hari nenek pulang kepadaNya, saya seperti menjadi insan baru.

Ketika diri alpa dan leka, kematian mengetuk dan menyedarkan saya dari terus lena.

Dan hari ini, di saat ini, saya dibayangkan sekali lagi bahawa mati itu datang secara tiba-tiba dan hampir dengan diri.

Kecut perut membaca coretan Ustaz Kamaruddin di facebook. Dalam masa yang saya, rasa berkobar-kobar membenih dalam diri.

Dua letupan berbeza berlaku di sekitar provinsi Pattani tanggal 22 April. Manakala beberapa hari sebelum itu yakni tanggal 19 April, seorang penoreh getah ditembak di Tanjung Lima, provinsi Narathiwat.

Seminggu yang penuh dengan pergolakan.

“Kerja mesti terus dijalankan. Tidak wajar hanya kerana perasaan tidak sedap hati itu, kalian bantutkan niat menghulurkan bantuan. Andai mati itu takdirnya, maka kita terima. Moga-moga tergolong dalam kalangan mereka yang syahid,” nasihat ustaz Hafiz Nordin ketika kerungsingan hati dikhabarkan kepadanya.

Rasa malu tiba-tiba menerjah diri.

Krew kami hanya membuat lawatan ziarah sekali sekala ke sana. Itu pun sudah cukup mengecutkan perut. Bagaimana pula dengan sahabat-sahabat aktivis yang sentiasa bahkan sepanjang masa berada di sana?

Rasa tidak bersedia. Rasa tidak kuat andai itu takdirnya. Namun, hati ini seolah-olah telah terkunci untuk berpatah balik lagi. Bagai camar menggamit matahari pagi, begitulah perasaan saya. Rasa rindu menggamit hati mengarah kaki ke daerah terpinggir itu kembali.

Biar Wilayah yang sedia berantakan itu bergolak lagi. Krew kami seramai tiga orang (Saya, Kak Wahed dan Saiful) tetap akan melangkahkan kaki ke wilayah itu hari ini tepatnya petang Jumaat ini. Buat bertemu serta menghulurkan apa yang termampu kepada sahabat-sahabat yang sedang menanti dan mengharapkan kehadiran kami di sana. Untuk saling menguatkan. Doakan yang terbaik buat krew kami. Ameen...


Coretan : Siti Munirah Abdul Rashid

http://wwwqamarmuneera.blogspot.com/2010/04/coretan-jumaat.html


0 ulasan:

 

Pengikut