Cikgu Noor Azman Mohd Noor, bertugas di SMK Khir Johari (SMKKJ) Sungai Petani cedera dibelasah oleh seorang lelaki india, bapa kepada pelajar tingkatan satu SMKKJ. Jam lebih kurang 9.00 pagi, ketika Azman sedang berada dalam bilik stor yang dijadikan bilik tambahan guru lelaki. Sorang lelaki india masuk terus ke biliknya dan Azman mempersilakan lelaki tersebut duduk untuk bertanya apa hajatnya sambil beliau duduk. Tiba-tiba lelaki itu menyeluk poket seluarnya dan memakai buku lima (buatan besi) dan menumbuknya hingga berdarah mukanya, terkoyak kening, cuping teling, kepala dan dua belah tangan. Selepas terdengar bunyi dentuman dalam bilik tersebut, beberapa orang guru lain terus meluru masuk ke bilik Azman dan ketika itu lelaki india lari keluar dan menghilangkan diri.
Azman juga hairan bagaimana lelaki tersebut boleh tahu di mana lokasi beliau berada. Saya cuba dapatkan maklumat dari guru lain, sebelum kejadian tersebut berlaku. Mereka ternampak sekumpulan pelajar india dalam jumlah lebih kurang 15 orang membawa seorang lelaki dewasa menuju ke arah bilik guru dan mereka tidak mengsyaki apa-apa. Saya juga bertanya pengawal keselamat sekolah yang bertugas di pintu pagar sekolah macamana kes ini boleh berlaku. Mereka pun tak tahu, kerana ianya berlaku dalam masa sekelip mata sahaja.
Saya terus bertanya Azaman apa punca utama berlaku kes ini. Azman bagi tau saya, sebelum cuti sekolah 2 minggu, jam anaknya telah hilang dan apabila sekolah buka dan mula sesi pengajiannya, anaknya ternampak pelajar india tingkatan satu ada memakai jam tersebut dan dia kenal sebab ada tanda-tanda calar. Anak Azman bagi tau dia dan beliau terus jumpa pelajar tersebut untuk pastikan betul jam anaknya. Azman juga dapat mengecamnya dan minta guru yang lain sama-sama menyoalnya kerana Azman takut jika dia seorang buat siasatan akan ada kepentingan.
Pada mulanya pelajar tersebut tidak mengaku dan mengatakan jam tersebut bapanya yang beli. Akhirnya pelajar tersebut kata dia jumpa di bawah meja. Selepas itu jam tersebut diambil dan disimpan dalam bilik PK HEM untuk dibuat siasatan seterusnya. Pada ketika Azman dibelasah, bapa pelajar tersebut mengatakan dia yang membelikannya, tetapi Azman kata dia ada bukti pembelian, pengecaman, nombor siri dan di kedai mana.
Azman telah ke Hospital untuk rawatan serta mendapat jahitan di kening sebelah kanan dan di cuping telinga sebelah kiri. Begitu juga lebam di sana sini. Dalam hal kejadian begini, saya sebagai NYDP PIBG tidak mengambil tindakan cenderong mana-mana pihak. Apa yang sangat saya kesalkan ialah cara bapa pelajar tersebut bertindak, macam seorang samseng. Walaupun mereka juga merupakan warga PIBG. Bertindak sesuka hati tanpa merujuk kepada pengetua dan mengikut saluran yang betul, sangat saya kesalkan. Guru-guru yang lain pun terlalu bimbang dengan keselamatan sekolah dan sebelum ini pun sudah banyak terjadi kes-kes pukul antara pelajar melayu dan india dengan mendapat bantuan dari remaja india dari luar. Sekiranya hal ini tidak dapat dibendung dari awal, nescaya akan menimbulkan perasaan perkauman.
Saya sering mengadakan bengkel motivasi pelajar SMKKJ dan terlebih dahulu menjelaskan semasa bengkel dijalankan, saya tidak mahu pelajar duduk dalam kelompok bangsa sendiri. Sebelum program berjalan, saya arahkan supaya pelajar cina, india dan melayu duduk bercampur-campur. Dengan cara begini dapat membina persefahaman dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi antara kaum dan bangsa. Begitu juga saya harapkan kepada guru-guru kelas tidak biarkan pelajar-pelajar ini semasa sesi kelas berjalan, mereka duduk dalam kelompok bangsa mereka sendiri.
Kes ini sudah dalam pengetahuan pihak polis dan sama-sama kita tunggu hasil siasatan dijalankan. Saya bagi pihak PIBG sangat-sangat mengharapkan supaya kes sepeti ini tidak berulang lagi.
KAMARUDDIN KASSIM
NYDP PIBG SMKKJ
1 ulasan:
Sumbang saran ya. Sy juga guru yg murid nya sangat heterogen dari berbagai ras.so kami menyatukan dan membaur kan mereka menjadi satu kalo ada kegiatan sekolah kamivmelibatkan semua wakil dari bangsa .duduk di kelas pun kami mencampur nya sehingga mereka berkelompok dg bangsanya so bahasa yg di pakai bhsa indonesia.trimakasih
Catat Ulasan