LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 20 Jun 2010

PENYELARAS URUSETIA MENANGANI GEJALA SOSIAL (UNGGAS) & LATIHAN AKTIVIS DAKWAH LAPANGAN ISU-ISU SOSIAL (LANDAS)


Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
telah menyediakan Modul Latihan Aktivis Dakwah Isu-isu Sosial (LANDAS) untuk kerjasama dengan Persatuan Ulama Negeri-negeri dan telahpun dilaksanakan di bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang (PUMPP), Persatuan Ulama Kedah (PUK), Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan (PUMWP) dan Persatuan Ulama Kelantan (PUMK).

Sejak tahun 2007, UNGGAS telah bermula mengembang sayapnya dengan digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan yang dikenali dengan nama aktivis LANDAS. Juga mempromosi dan mengupayadaya komuniti setempat dengan gaya hidup sihat tanpa gejala sosial dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kini, selain Pulau Pinang, beberapa komuniti setempat telah berjaya diwujudkan di Langkawi, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Alor Setar dan Sungai Petani. Mereka bergerak dengan cara mereka sendiri mengikut keperluan setempat masyarakat.

UNGGAS mempromosikan budaya sihat ini kepada pelbagai komuniti masyarakat agar mereka berkeupayaan bergerak sendiri untuk menangani permasalahan ini.

Permasalahan Belia

Gaya Hidup

Boros berbelanja, gaya hidup bebas, hedonisme, kebaratan (westernization), disco dan kosmetik.

Kebejatan Sosial

Lepak, merokok, dadah, arak, lumba haram, seks bebas, bohsia, bohjan, pecah rumah, ragut.,vandalisme, buli, samseng, rogol, cabul, lucah, murtad, black metal, punk dan sebagainya.

Akademik

Hilang motivasi belajar, pencapaian akademik rendah, hilang tumpuan belajar, keciciran di sekolah, keciciran taraf pencapaian (dropaut), ponteng dan lawan guru.

Kekeluargaan

Kemiskinan, penceraian ibu bapa, kahwin di usia muda, keluarga besar, pekerjaan, ekonomi keluarga, sumbang mahram, keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi keluarga Islam.

Punca

* Sistem sosial yang tak betul, kemiskinan.
* Infrastruktur yang merosakkan masyarakat.
* Agenda pembaratan dan liberalisasi.
* Media.
* Kepincangan sistem keluarga.

Pendekatan Penyelesaian

* Memahami keadaan sosial masyarakat tersebut (rural & urban).
* Mengkaji perubahan sosial yang telah berlaku dalam masyarakat tersebut (kronologi
penularan masalah secara individu dan keseluruhan).
* Memupuk pemahaman Islam melalui dakwah lapangan, hiwar dan penulisan.
* Masyarakat setempat perlu diberi latihan agar dapat menjalankan dakwah lapangan dengan
konsisten.
* Melalui maklumat-maklumat yang diperolehi di lapangan, cadangan kepada pihak berkuasa
untuk memperbaiki polisi yang berkenaan dapat dibuat.

Usaha yang telah dijalankan

* Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS).
* Penubuhan UNGGAS (Urusetia Menagani Gejala sosial).
* Pemetaan komuniti.
* Program pencegahan dan pemulihan di sekolah-sekolah (Ikatan Remaja Merdeka (IRAMA).
* Program pendedahan dan upayadaya di masjid-masjid.
* Seminar.
* Pemantauan media elektronik dan cetak.
* Program KEKASIH (Kaunseling Ar-Rahman).

Objektif Penubuhan

* Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka tidak pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.

* Membina perspektif mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial di dalam masyarakat.

* Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.

* Membentuk organisasi yang akan menjadi organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial di kalangan belia tersebut.

Pemetaan Sosial

* Pemetaan sosial - ringkasan maklumat dan susun atur demografi am dalam suatu komuniti. Melalui pemerhatian, temubual, pembacaan dan pemantauan media.

* Kaedah am.

* Melakukan perincian bertahap (tahap 1-3).

* Melakukan pendokumentasian lengkap bagi tujuan pelbagai.

Penutup

Usaha yang padu dan sokongan daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan bagi memastikan program ini benar-benar membuahkan hasil. Mudah-mudahan usaha kita hari ini, akan membantu kita mencetak generasi muda yang positif, berilmu dan berkhlak mulia.


0 ulasan:

 

Pengikut