Mesyuarat juga telah bersetuju supaya UNGGAS/LANDAS PUMPP mengetuai Sekritariat Menagani Gejala Sosial Pulau Pinang di bawah JAIPP dengan kerjasama sepadu bersama lain-lain NGO dan jabatan kerajaan. Pihak UNGGAS/LANDAS akan menyediakan modul latihan kemahiran tiori dan praktikal di lapangan dengan membuat pemetaan kawasan kritikal, melatih lebih ramai pendakwah dan aktivis sosial di lapangan dan membuat pemantauan menyeluruh gejala sosial muda-mudi di Pulau Pinang. Pihak UNGGAS/LANDAS tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang maha berat ini tanpa kerjasama bersepadu semua NGO dan jabatan-jabatan kerajaan yang telibat.
Kamaruddin Kassim Penyelaras UNGGAS Malaysia
& Jurulatih LANDAS
0 ulasan:
Catat Ulasan