Hadi (AMANI), Asti (AMANI), Suwanee (DJ Radio Nibong &
Us Kamaruddin (Penyelaras AMANI & Kurusus DJ Dakwah Radio)
Suwanee Tholib DJ Nibong Radio Yala sedang diuji penyampaian
suara dan kelancaran penggunaan bahasa melayu yang betul
saya sedang diwawancara oleh Saudara Muhammad Pengurus
stesen Radio Nibong Yala di stesen Radio Nasser Yala
saya bersama Abdul Fatah pengurus Nasser Radio (suara anak yatim) dalam konti stesen Radio Nasser (suara anak yatim) Stesen Radio Masjid Raudhatul Jannah Yala YALA - Kursus Bahsa Melayu Juruhebah Dakwah sedang berjalan tanggal 16-18 Julai 2010 di Yala Thailand. Seramai 10 orang juruhebah dari beberapa stesyen radio masyarakat dan seramai 4 orang dari AMANI membantu melancarkan lagi program tersebut. Saudara Muhammad, pengurus stesen Nibong Radio telah memberi taklimat latarbelakang program, manakala Saudara Mansor Saleh, Presiden Jringan Radio Muslim Yala telah menceritakan pengalaman juruhebah radio masyarakat seluruh thailand dan Ustaz Soleh, penyelaras stesen radio Majlis Agama Islam Yala. Saya, Asti Toba, Hasuna dan Abdul Hadi sebagai pemerhati dan tempat rujukan. Tanggal 17 Julai 2010 di adakan praktikal DJ dakwah daripada 5 stesen Radio Masyarakat dan saya sempat ke udara melayu stesen Radio Naser Yala, sebuah radio suara anak yatim. Lima stesen Radio Rakyat Yala telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyelara Jaringan Radio Rakyat Yala (JARING). Selepas ini jaringan stesen Radio Rakyat akan diperluaskan di Wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala. DJ bertugas akan hanya menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, samada menggunakan bahasa baku atau loghat pattani. Selama ini DJ bertugas apabila keudara menggunakan bahasa fathoni bercampur dengan bahasa siam. Amat malang sekali stesen radio rakyat berbahasa melayu dijadikan bahasa rojak.
Kamaruddin Kassim
Penyelaras
Program Kursus Bahasa Melayu
DJ Dakwah Radio Masyarakat Thailand
0 ulasan:
Catat Ulasan