KUALA LUMPUR – Masjid Al-Muhsinin telah Berjaya menjadi tuan rumah program “MAHABBAH SAUDARA BARU MUSLIM, tanggal 18 April 2010, anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Persatuan Penduduk Taman Desa (TDRA). Program ini dihadiri penduduk melayu, cina muslim, india muslim, dan pelbagai bangsa yang bukan Islam.
Antara cara yang dijalankan ialah; Senaman Tai-Chi yang dipimpin oleh saudara Yusuf dari Negara Cina, pertandingan mewarna kanak-kanak, fun game, persembahan, ceramah, slot berkongsi pengalaman memeluk Islam, dan lain-lain.
Masjid Al-Muhsinin boleh dijadikan contoh program menghimpun semua bangsa berbilang kaum dan agama mengadakan program masyarakat yang tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Makan tengahari ala budaya masakan cina yang sangat menyelerakan yang disediakan kumpulan cina muslim PERKIM.
Program seperti ini telah berjalan semenjak beberapa tahun yang lalu dan dapat mendekati orang bukan Islam memahami ajaran Islam dari dekat, supaya tidak lagi timbul tafsiran yang bukan-bukan terhadap Islam oleh orang Islam sendiri yang jahil terhadap agama. Program sebegini rupa diadakan sempena sambutan tahun baru cina yang telah lalu dan bukan sambutan keagamaan. Pada hal sambutan tahun baru Masihi merupakan tahun keagamaan orang-orang beragama kristian yang saban tahun kita rayakan, tak ada siapapun ambil kesah dan apabila orang cinta Islam menyambut tahun baru mereka ada saja komen-komen negatif dari orang-orang melayu.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan beberapa orang pegawai kanan Jawi dan Jakim turut serta untuk memeriahkan sambutan tersebut dan ramai di kalangan penduduk cina bukan Islam turut hadir dimajlis tersebut sehingga makan tengahari.
0 ulasan:
Catat Ulasan