LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Ahad, 18 April 2010

KURSUS PERKADERAN DAKWAH


KUALA LUMPUR – Program Perkaderan Pendakwah telah di laksanakan di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumapur anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) PUM WP. Modul Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) telah dijadikan landasan untuk melatih kemahiran berdakwah di kalangan peserta bagi mendekati sasaran remaja di sekitar Pusat Bandaraya.


Kehadiran peserta melebihi taget seramai lebih seratus orang dari pegawai-pegawai JAWI, JAKIM, guru-guru agama Jawi, Imam-imam masjid wilayah, siswa-siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Perguruan Islam (IPI), aktivis Landas, Jamaah Islah Malaysia (JIM), individu-individu yang berminat dan lain-lain pihak yang menyertai program ini.


Perogram ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi. Selepas acara perasmian, program diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Kamaruddin bin Kassim dari UNGGAS dan MAIM Negeri Kedah Darul Aman dengan dua tajuk pembentangan iaitu; Realiti Gejala Sosial Remaja; Memperkasa Tugas Dakwah dan Komunikasi Dakwah Lapangan; Apa dan bagaiman?


Dua bentuk pembentangan tajuk yang digabungkan persoalan memahami realiti sebenar secara mendalam punca berlakunya gejala sosial, bagaimana seharusnya bertidak menyelesaikan gejala ini dan kemahiran para pendakwah menyampaikan mesej dakwah di lapangan mendekati sasaran (mad’u). Selepas solat Zohor, peserta telah dibawa berjalan dari Masjid Negara ke Lokasi Pasar Seni @ Central Market.


Banyak pihak bertanya, kenapa UNGGAS / LANDAS yang mula diperkenalkan dan bertapak aktif di Kedah melalaui Urusetia Menagani Gejala Sosial Kerajaan Kedah, tiba-tiba aktif dan fokus kerja-kerja dakwahnya di Kuala Lumpur dan di Penang. Untuk maklumat semua, UNGGAS dan LANDAS akan bergerak dan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membantu menggerakkan lebih ramai lagi aktivis dakwah lapangan. Mana-mana jabatan, NGO Islam dan kerajaan yang berminat dan sedar betapa pentingnya tugas pendakwah lapangan untuk menyelamatkan generasi pelapis ummat yang merupakan asset terpenting Negara.


Modul kita sama dan prinsip kita juga sama untuk Amar Ma’ruf Nahi Mungkar dalam bentuk memperbanyakkan pendakwah yang bergerak aktif di lapangan. Ini sahaja jalan yang dapat kita selamatkakan generasi pelapis. Negeri dan Negara yang ingin selamat dari bala Allah, kerja-kerja dakwah seperti ini harus diberi keutamaan dan menjadi agenda utama sesebuah kerajaan, negeri atau pusat. Tunggulah masanya kemusnahan Negara atau negeri itu akan berlaku apabila sesebuah kerajaan itu tidak berminat memperkemaskan para da’inya turun mendidik dan mendisiplinkan anak muda di luar sana.


UNGGAS PUM WP akan mengkaderkan sebanyak mungkin ulama muda untuk dijadikan aktivis dakwah lapangan untuk beraksi di bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Kerjasama ini akan kita teruskan dengan JAKIM, JAWI, dan juga lain-lain NGO yang berada di wilayah persekutuan. Begitu juga kita akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor untuk memperkenalkan modul LANDAS melalui UNGGAS PUM WP. InsyaAllah Masjid Negara akan dijadikan pusat latihan dakwah lapangan isu-isu sosial (LANDAS).


UNGGAS / LANDAS PUM WP

Ustaz Kamaruddin Kassim


0 ulasan:

 

Pengikut