LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 2 Ogos 2010

MESYUARAT JTMP DI HOTEL PARK AVENUE SG PETANI & LAWATAN LAPANGAN DI KUALA SALA DAN TANJUNG DAWAI

kami disjaikan buah-buahan tempatan di Kg Huma Tg Dawai oleh tuan rumah
oleh Pengarah & Jabatan Hutan Negeri Kedah ... lazatnya hingga menjilat jari

Cik Siti Fatimah Ramli Pegawai Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan
Perhutanan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE)

Aziz Man Presiden Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah
(RURAL CITIZENS)

Us Kamaruddin Kassim Naib Presiden RURAL Pertubuhan Muafakat Warga
Desa Negeri Kedah & Pengarah Projek RURAL Citizens

Pengarah Negeri-negeri Jabatan Perhutanan & NGO-NGO sedang
menanam pokok Rhu di pantai Kg Huma Tg Dawai Kedah

dari kiri Suhaili Hj Rosli, Us Kamaruddin Kassim & Aziz Man

Aziz Man sedang memberikan taklimat pengalaman Rural Citizens
menjalankan aktiviti tanaman bakau dll kpd pegawai jabatan hutan
dan pegawai NRE

Jawatankuasa Teknikal melawat site di pantai Kuala Sala
Daerah Kota Setar Kedah

Us Kamaruddin Kassim Naib Presiden Rural Citizen
(Pengarah Projek)



Us Kamaruddin Kassim, Prof. Madya Sulong Ibrahim Pensyarah
Institut Oseanografi (INOS) Universiti Malaysia Terengganu & AJK MJT

Kamaruddin Kassim (Naib Presiden & Pengarah Projek)

Presiden Rural Citizens (Aziz Man)


SUNGAI PETANI - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal mengenai perancangan dan pelaksanaan penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di persisiran pantai 2010. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah pada 2-3 Ogos 2010. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato' Razaini Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Mesyuarat ini juga melibatkan semua pengarah-pengarah Jabatan Perhutanan Negeri-negeri, juga NRE, FRIM, JPS, JPBD, ARSM, MaCGDI, NAHRIM, IRIM, GEC, MNS, IECAM PIFWA, SAM, Rural Citizens dll.

Aktiviti lapangan akan diadakan lawatan di Kuala Sala, Kota Setar dan Kampung Huma, Tanjung Dawai. Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (Rural Citizens) telah membentangkan peranan NGO bersama masyarakat tempatan merealisasikan kempen kesedaran pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara. Disamping itu, pihak RC telah menjalankan aktiviti penyediaan tapak semaian, seminar bengkel dan latihan menanam pokok, bengkel remaja, tanam pokok nipah, kem tunas harapan. Program pendidikan memelihara alam sekitar dan betapa pentingnya menjaga kesetabilan bumi untuk kepentingan makhluk yang melata di atasnya.

Kamaruddin Kassim
Naib Presiden dan
Pengarah Projek
Rural Citizens Negeri Kedah.

Read More...

Sabtu, 31 Julai 2010

SEMINAR HALALAN TOYYIBA







Read More...

Program Semasa Bulan Julai 2010

Bergambar bersama peserta Jiwa Baru AADK-JKPD di Masjid Tmn Intan

Peserta Program Jiwa Baru AADK-JKPD

Peserta Program Jiwa Baru di Masjid Taman Intan

Qiamullail & Kuliah Subuh di Masjid Taman Intan Program Jiwa Baru

AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kuala Muda


Ceramah Sempena Perkemahan Perdanan Pelajar SMK Yan
Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kedah.


Read More...

PENYEBAB KANSER


Food Products Containing Rhodaminine B

Read More...

Rabu, 28 Julai 2010

PROGRAM OUTREACH DAKWAH LAPANGAN DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR


Muhammad Hafiz (SU MKN), Us Khairul (Pen.Peng Dakwah Jawi),
Us Kamaruddin (Penyelaras UNGGAS/LANDAS)

Asti Toba (aktivis LANDAS PUMPP)

Us Abd Halim Zakarian (aktivis LANDAS PUMWP)

Asti Toba bersama 2 orang imam muda masjid negara sedang
memerhati carta organisasi masjid Jamek Kuala Lumpur

peserta Outreach Dakwah beraksi di hadapan masjid Jamek KL selepas
selesai memberi makan golongan terpinggir bandaraya

Asti bersama muslimah outreach ABIM masjid negara sedang berbual
dengan penlancung dari Yaman

Asti sedang mendokong anak pelancung dari Yaman

kita sempat menyampaikan mesej dakwah kepada 2 orang stundent
pelancung dari luar negara yang mengunjungi masjid Jamek KL

inilah budaya yang tidak baik yang dibawa masuk oleh student pelancung asing
yang mengunjungi negara kita ... dari raut wajah mereka dapat kita membuat
andaian, mereka bukan sahaja melancung tetapi juga membawa budaya kuning ..


dua orang ini nampak seperti penagih dadah berasal dari Kelantan dan Sabah

Bengkel Outreach Dakwah di Dewan Mesyuarat Masjid Negara

peserta Bengkel Outreach Dakwah melawat Rumah Sinar Salam dan
diberi taklimat oleh pengurus pusat tersebut


SENARAI SEMAK KOMUNIKASI DAKWAH LAPANGAN (Outreach Dakwah)

SENTUHAN / TOUCH – HATI (القلب)

  1. Memberi Salam – السلام عليكم
  2. Berjabat tangan (Shaking hands)
  3. Memeluk, mendakap, merangkum (hug).
  4. Mencium (Kiss).
  5. Memegang tangan (Holding hands).
  6. Tangan di atas bahu (Hands on shoulder)


SENTUHAN BERHEMAH / TOUCHING

Ø Dekatilah (rapo/kemesraan)

Ø Dengarilah (isu/masalah) – 5W 1H

Ø Fahamilah (perasaan – HATI القلب)

Ø Bantuilah (bina keyakinan)

Ø Penuhi (impian mereka)

Ø Ketahuilah (menilai perubahan)

5W 1H

Ø What / apa isunya ?

Ø Who / siapa terlibat ?

Ø Why / kenapa berlaku ?

Ø When / bila berlaku?

Ø Where / di mana berlaku?

Ø How / bagaimana ?

Berilah (ganjaran/harapan)

SUARA/VOICE

  1. Nada/Tone
  2. Kelembutan/Softness
  3. Kelajuan/Speed

RUANG/SPACE

  1. Jarak/Distance
  2. Tanda, perubahan / Marking, changing

BADAN/BODY

  1. Kedudukan kepala/Head position
  2. Muka, terutamanya mulut/Face, especially mouth
  3. Mata/Eyes
  4. Bahu/Shoulders
  5. Posisi tubuh/Posture
  6. Pergerakan/Movement
  7. Aksi dan isyarat/Actions and Gestures
  8. Pakaian/Dress

Panduan Untuk Berkomunikasi Dakwah Yang Berkesan dan (HEMOI)

  1. Komunikasi bertenaga mempunyai kekuatan dalaman. Jangan cuba menguasai mereka secara paksa.
  2. Berintraksilah dengan mereka semasa melaksanakan tugas berdakwah dengan memberikan masa secukupnya.
  3. Isikan dengan input-input yang baik bersama mereka. Kita akan dapat menjalinkan hubungan yang bermakna dengan mereka dalam masa yang singkat.
  4. Olahkan mesej yang kita dengar itu semula untuk memastikan penyampaian dan penerimaan yang betul.
  5. Ingatlah bahawa lebih banyak yang kita fahami, lebih banyak yang dapat kita urus. Semakin banyak kita tidak fahami, semakin banyak yang akan dimanipulasi.
  6. Apabila mentafsirkan sesuatu, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mencari tujuh puluh sebab perlakuan buruk orang lain dan jika sekiranya tidak ada satu alasan pun yang betul, mungkin ada tafsiran yang belum kita ketahui lagi.





KUALA LUMPUR
- Selesai sudah program Outreach Dakwah pada 26-27 Julai 2010 di Dewan Mesyuarat Masjid Negara anjuran dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), JAKIM, UNGGAS/LANDAS PUMWP, PUMPP dan Penyelaras Urusetia Menangani Gejala Sosial dan Jurulatih Latihan Aktivis Dakwah Isu-isu Sosial (LANDAS). Tanggungjawab UNGGAS ialah menyediakan modul LANDAS melatih kemahiran berdakwah di lapangan, bagaimana cara yang betul berkomunikasi dan berintraksi dengan kelompok terpinggir di bandaraya Kuala Lumpur khususnya dan secara umumnya semua golongan tersasar yang terlibat dalam pelabagai masalah gejala sosial dan mungkarat. Sekitar 15 orang peserta yang terpilih melibatkan diri selama 2 hari termasuk akitivis LANDAS, pegawai-pegawai JAKIM dari bahagian KESUMA, pegawai-pegawi JAWI termasuk imam-imam muda dari masjid negara dan lain-lain aktivis sosial.






Read More...

Jumaat, 23 Julai 2010

KEMPEN PROGRAM GERAK SUBUH الصلاة خير من النوم

Read More...

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Hal Ehwal Generasi Pewaris (GP) MAIPP



Ustaz Rosidi Hussain sedang mempergerusikan mesyuarat GP MAIPP



PULAU PINANG - Mesyuarat Generasi Pewaris (GP) telah di adakan pada 22 Julai 2010, di bilik mesyuarat JAIPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Rosidi Hussain, Pengerusi GP MAIPP. Turut hadir Jabatan Kebajikan, Jabatan Belia, Pegawai-pegawai Tadbir Agama SPU, SPS dan Butterworth, NISA, SUFI, ILMA, Darus Syifa', JIM, ABIM, UNGGAS/LANDAS PUMPP, Penguatkuasa Jabatan dan lain-lain.

Mesyuarat juga telah bersetuju supaya UNGGAS/LANDAS PUMPP mengetuai Sekritariat Menagani Gejala Sosial Pulau Pinang di bawah JAIPP dengan kerjasama sepadu bersama lain-lain NGO dan jabatan kerajaan. Pihak UNGGAS/LANDAS akan menyediakan modul latihan kemahiran tiori dan praktikal di lapangan dengan membuat pemetaan kawasan kritikal, melatih lebih ramai pendakwah dan aktivis sosial di lapangan dan membuat pemantauan menyeluruh gejala sosial muda-mudi di Pulau Pinang. Pihak UNGGAS/LANDAS tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang maha berat ini tanpa kerjasama bersepadu semua NGO dan jabatan-jabatan kerajaan yang telibat.


Kamaruddin Kassim Penyelaras UNGGAS Malaysia
& Jurulatih LANDAS

Read More...
 

Pengikut