LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 April 2011

Pihak LANDAS Langkawi membuat laporan di IPD Langkawi

Mohd Ali Abdullah bersama aktivis LANDAS di hadapan
Ibu Pejabat Polis (IPD Langkawi)


LANDAS Langkawi telah membuat satu laporan polis berkenaan kegiatan mubaligh Kristian yang mengedar risalah ajaran Kristian secara terbuka di Langkawi baru-baru ini. Pada 21 April 2011 jam lebih kurang 3.15 petang, seramai 6 orang aktivis LANDAS Langkawi telah berbuat demikian di IPD Langkawi. Walau bagaimana pun laporan polis tertangguh akibat Balai Polis mengalami masalah gangguna bekalan elektrik. Pihak LANDAS sekali lagi membuat laporan polis pada sebelah malamnya lebih kurang jam 10.30 malam. Walaupun bekalan elektrik telah kembali pulih namun masalah komputer pula menjadi penghalang.Walau bagaimana pun pihak polis bersedia menerima laporan pihak LANDAS memandangkan laporan yang pihak LANDAS buat telah siap dan hanya perlu dikepilkan dalam senarai laporan. Salinan laporan polis tak dapat diserahkan kepada mereka kerana masalah printer dan scanner yang tak berfungsi. Sekali lagi mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak IPD Langkawi.


Pihak LANDAS difahamkan oleh pihak polis bahawa ada dua laporan polis telah dibuat sebelum ini. Salah satu laporan polis dibuat oleh saudara Ahmad Sidek selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan selaku AJK PAS kawasan Langkawi.

Walau apa pun yang berlaku, ini semua menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya menjadikan dakwah lapangan Nabi Muhammad SAW sebagai satu-satunya cara yang berkesan untuk menyampaikan ilmu dan Islam kepada masyarakat. Dengan adanya ribuan sekolah pondok, puluhan ribu ustaz dan cendikawan Islam mengapa umat semakin hari semakin rosak. Jawapan yang berlegar dalam minda Mohd Ali Pengerusi LANDAS Langkawi, ialah cendikawan dan ilmuan Islam berlumba-lumba mahu berada di pentas selesa. Kuliah agama,forum perdana, seminar dan khutbah Jumaat adalah cara yang hanya difikirkan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ilmuan Islam yang bekerja pula hanya sibuk dengan kerja, sementara ustaz sekolah pula terlalu penat kerana bebanan kerja yang terlalu banyak. Akhirnya tiada siapa yang sempat memikirkan kaedah yang terbaik bagaimanakah cara yang paling berkesan membawa kembali masyarakat Islam ke era kegemilangan.

Institusi yang memegang urusan agama diharapkan membantu NGO Islam yang bergerak aktif membawa masyarakat kembali mengamalkan cara hidup Islam. JAKIM khasnya hendaklah menawarkan bantuan kepada mereka yang sedia memikul beban menyebarkan dakwah. Semoga kita semua mengambil iktibar dari segala kelemahan bagaimana Kristian berani menyebarkan dakyah mereka di tengah-tengah masyarakat Islam.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi

Read More...

Khamis, 21 April 2011

OUTREACH DAKWAH LANDAS LANGKAWI

LANGKAWI - Malam paling bersejarah bagi kami aktivis LANDAS Langkawi di mana pada malam Jumaat yang lepas 14/04/2011 merupakan kali pertama kami memasuki karaoke Langkawi Idol, Pekan Rabu semenjak ia beroperasi lebih kurang tiga bulan yang lepas. Agak berdebar rasanya kerana kami tidak mengetahui selok belok pusat hiburan tersebut. Tumpang semangat para sahabat yang sanggup meluangkan masa, maka rasa gementar berlalu begitu sahaja. Kami sampai di karaoke ini lewat jam 2.00 pagi di mana sebelumnya kami menaiki karaoke Jeti Point. Di Jeti Point kami menziarahi pemilik karaoke tersebut. Saya dan rakan akan menceritakan apakah itu Islam dan pemilik karaoke tersebut sedia menerima penerangan kami. InsyaAllah jika dibukakan hati dia akan memeluk islam.


Di karaoke Pekan Rabu kami memasuki satu bilik yang dipenuhi oleh tujuh orang anak muda Islam. Mereka agak hayal dengan lagu karaoke yang dikuatkan volumnya. Kami meminta mereka memperlahankan bunyi pembesar suara dan memohon beramah mesra. Pada mulanya agak tegang kerana ada di antara aktivis yang tidak boleh menahan rasa marah. Saya menasihatkan kawan-kawan agar menahan perasaan emosi walau apa jua situasi, kerana tujuan kita adalah untuk berdakwah dan ingat-mengingati. Pendekatan kita menerang dan bukan menyerang.

Kami memulakan hemoi dengan bertanyakan masalah yang mendorong mereka mencari tempat yang haram. Kesemua mereka menyatakan yang mereka datang ke karaoke adalah untuk menenangkan fikiran. Kami memberikan mereka peluang untuk bercakap hingga habis barulah kami pula bercakap. Suasana teramat sayu apabila salah seorang dari mereka menangis teresak-esak dan mengucapkan rasa kesyukuran yang tak terhingga di atas kunjungan kami. "saya telah banyak kali cuba melepaskan diri dari cengkaman arak tetapi tak berjaya dan malam ini saya berjanji saya tak akan menjadi hamba arak lagi" kata pemuda tersebut sambil isterinya yang berada di sebelah mengusap-ngusap belakangnya tanda memberikan semangat untuk berubah menjadi hamba Allah.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi





Read More...

MUBALLIGH KRISTIAN DARI LUAR NEGARA


Mohd Ali Abdullah sedang menunjukkan risalah yang diterimanya

LANGAKWI – Pada 20/4/2011 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa beberapa orang aktivis LANDAS Langkawi melalui di hadapan bangunan Al Ehsan, tiba-tiba mereka telah ditahan oleh dua orang yang tidak di kenali. Mereka kemudiannya menghulurkan sekeping risalah. Pada mulanya mereka menyangka risalah yang dihulurkan itu adalah risalah direct selling tetapi mereka merasa amat terkejut apabila mendapati bahawa rislah tersebut adalah risalah agama kristian. Tanpa berlengah Pengerusi LANDAS Langkawi Mohd Ali Abdullah terus menghubungi Pegawai Agama Daerah Langkawi tetapi kecewa kerana panggilan beliau tidak dijawab. Beliau kemudiannya menghubungi Balai Polis Langkawi meminta mereka bertindak segera menghalang mubaligh tersebut dari terus mengedar risalah.


Mereka aktivis LANDAS terus pergi ke tempat lain untuk meninjau berapa ramaikah para mubaligh tersebut. Sebaik tiba di klinik baru, mereka mendapati ada empat orang lagi sedang mengedar risalah yang sama. Mohd Ali sekali lagi menghubungi IPD meminta mereka segera bertindak. Beliau dimaklumkan bahawa pihak polis telah menghalang mubaligh kristian tersebut dari terus mengedar risalah. Mereka mengucapkan terima kasih pihak polis Kuah, Langkawi.

Pada petang 21/04/2011 mereka telah membuat laporan polis tentang kejadian tersebut, tapi tidak dapat berbuat demikian kerana Balai polis ketiadaan bekalan elektrik. Mereka akan membuat laporan semula pada keesokan hari, Jumaat, 22/04/2011.


Dengan terjadinya insiden ini mereka yakin ramai orang akan melenting dan masing-masing akan mengecam mereka yang berbuat demikian. Mereka pasti khutbah Jumaat di masjid al-Hana akan menghentam habis-habisan atau menyeru orang Islam agar masing-masing berjaga-jaga. Apakah cukup dengan hanya berkhutbah berapi-api tanpa berbuat sesuatu. Selama ini mereka di Langkawi diserang dengan arak, namun tiada siapa sanggup bersama LANDAS tampil ke depan dalam usaha menghalang penjualan arak berleluasa. Mereka para aktivis LANDAS Langkawi telah dua kali mengajak NGO Islam Langkawi berkumpul dan berbincang untuk mencari formula mendesak kerajaan menarik balik status bebas cukai arak di Langkawi. Harga arak yang terlalu murahlah menjadi penyebab utama orang Langkawi jadi pemabuk. Jemputan pihak LANDAS dipandang sinis. Pihak LANDAS Langkawi juga pernah mengajak mereka mengadakan dailog dengan Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah Langkawi bagi membantah pemberian lesen pusat hiburan tanpa tapisan keperluan perniagaan tersebut, namun sama juga jawapannya.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi


2 orang muballigh kristian sedang mengedar risalah

3 orang muballigh kristian sedang mengedar risalah

2 orang muballigh kristian berada di persimpangan jalan
masuk ke Bandar Langkawi

Read More...
Read More...

Ahad, 17 April 2011

الخمر

Jawapan Pertanyaan Hamba Allah

Dari Bandar Perdana Sungai Petani


ARAK (الخمر) & ALKOHOL


Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat Solatnya. Oleh karena itu tidak akan diterima Solat (الصلاة) seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya Solat seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat Solat boleh menyebabkan Solatnya tidak sah.


Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan Solat, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa Solat?


Pengertian alcohol


Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.


i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)


ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)


Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan arak (
الخمر) atau minuman yang memabukkan.


Kenajisan arak


Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90)


Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.


Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.


Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ‘ainiyyah.


Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:


Ertinya:

Setiap yang memabukkan lagi cair


Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:


Ertnya:

(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal


Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:


Ertinya:

(Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur


Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.


Hukum alkohol daripada arak


Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar’ei adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:


Ertinya:

Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar'ei)


Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.


Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia


Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.


Bagi minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.


Dari itu, adalah sah Solat seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.


Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan. Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?


Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin ‘Ali radhiallahu’anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam yang bersabda:


Maksudnya:

Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.


(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)


Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu’man bin Basyir radhiallahu’anhu:


Maksudnya:

Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram.

(Hadis riwayat Muslim)


Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa Solat. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa Solat.


Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita


Sumber : Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Read More...
 

Pengikut