LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Khamis, 21 April 2011

OUTREACH DAKWAH LANDAS LANGKAWI

LANGKAWI - Malam paling bersejarah bagi kami aktivis LANDAS Langkawi di mana pada malam Jumaat yang lepas 14/04/2011 merupakan kali pertama kami memasuki karaoke Langkawi Idol, Pekan Rabu semenjak ia beroperasi lebih kurang tiga bulan yang lepas. Agak berdebar rasanya kerana kami tidak mengetahui selok belok pusat hiburan tersebut. Tumpang semangat para sahabat yang sanggup meluangkan masa, maka rasa gementar berlalu begitu sahaja. Kami sampai di karaoke ini lewat jam 2.00 pagi di mana sebelumnya kami menaiki karaoke Jeti Point. Di Jeti Point kami menziarahi pemilik karaoke tersebut. Saya dan rakan akan menceritakan apakah itu Islam dan pemilik karaoke tersebut sedia menerima penerangan kami. InsyaAllah jika dibukakan hati dia akan memeluk islam.


Di karaoke Pekan Rabu kami memasuki satu bilik yang dipenuhi oleh tujuh orang anak muda Islam. Mereka agak hayal dengan lagu karaoke yang dikuatkan volumnya. Kami meminta mereka memperlahankan bunyi pembesar suara dan memohon beramah mesra. Pada mulanya agak tegang kerana ada di antara aktivis yang tidak boleh menahan rasa marah. Saya menasihatkan kawan-kawan agar menahan perasaan emosi walau apa jua situasi, kerana tujuan kita adalah untuk berdakwah dan ingat-mengingati. Pendekatan kita menerang dan bukan menyerang.

Kami memulakan hemoi dengan bertanyakan masalah yang mendorong mereka mencari tempat yang haram. Kesemua mereka menyatakan yang mereka datang ke karaoke adalah untuk menenangkan fikiran. Kami memberikan mereka peluang untuk bercakap hingga habis barulah kami pula bercakap. Suasana teramat sayu apabila salah seorang dari mereka menangis teresak-esak dan mengucapkan rasa kesyukuran yang tak terhingga di atas kunjungan kami. "saya telah banyak kali cuba melepaskan diri dari cengkaman arak tetapi tak berjaya dan malam ini saya berjanji saya tak akan menjadi hamba arak lagi" kata pemuda tersebut sambil isterinya yang berada di sebelah mengusap-ngusap belakangnya tanda memberikan semangat untuk berubah menjadi hamba Allah.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi





1 ulasan:

farizghazali berkata...

Langkah amat baik LANDAS.!

 

Pengikut