LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 9 Disember 2011

Masjid Taman Intan 14 Muharram 1433

Taman Intan - Solat Jumaat pada 14 Muharram 1433 di masjid Kariah Taman Intan. Khutbah dan imam solat jumaat telah disempurnakan oleh khatib jemputan. Khatib mengupas pelajaran dan pengajaran mengenai ma'rifatullah dan kedudukan manusia di sisi Allah. Kita sebagai manusia ini perlu dapat bezakan di antara arahan Allah dengan arahan manusia. Setiap arahan yang kita terima untuk dilaksanakan perlulah keserasian dengan kehendak dan perintah Allah dalam erti ketaatan yang sebenarnya.

Dalam situasi sekarang ini, ramai di kalangan kita yang melakukan amalan hidup ini yang akan mengundang bala Allah s.w.t. dan kerja buat kita tidak mengikut sunnah yang sebenarnya. Manusia lebih takut kepada manusia daripada takut kemurkaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Manusia hari ini lebih patuh kepada arahan manusia dan tidak mengenal siapa tuannya yang sebenarnya Pencipa seluruh alam buana makhluk ciptaan Allah s.w.t..





0 ulasan:

 

Pengikut