LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Selasa, 4 Oktober 2011

KONSERT DATANG LAGI


Pada 1 Oktober 2011 telah berlangsung konsert di tempat letak kereta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Konsert tersebut anjuran Langkawi FM dan bermula jam 9.00 malam. Antara artis yang terlibat membuat persembahan ialah Yabang (Khalaifah), Elly (AXL's), Edza Daus, Siti Nordiana dan Azrin Azdzar.Kalau tak silap kami, ini adalah konsert kali ke-2 dan kesert pertama pada 15 September 2011 yang berlangsung di Pantai Cenang.

Konsert yang pertama berlangsung sempena menyambut hari Malaysia. Kami kurang pasti setakat mana meriahnya konsert tersebut memandang kami aktivis LANDAS masing-masing ada tugas mencari rezeki, maklumlah kami terdiri di kalangan pekerja harian kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dan esoknya belum tentu ada.

Pada 28 September 2011, kami telah menerima panggilan dari salah seorang sahabat kami yang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat PBT. Beliau meminta kami menyiasat siapakah penganjur konsert tersebut. Kami cuba menyiasat sedaya mungkin dan akhirnya kami mendapat jawapannya, penganjurnya ialah Langkawi FM.

Sahabat kami itu meminta tolong aktivis LANDAS supaya mengadakan protes di hadapan pejabat PBT di atas penganjuran konsert Langkawi FM dan mereka akan follow up protes yang kami bakal buat. Malangnya konsert tersebut jatuh pada tarikh cuti umum dan memorandum tidak dapat disampaikan. Masa yang terlalu singkat juga menjadi penghalang kepada kami untuk menyampaikan protes tersebut.

Dalam masa yang sama juga, pihak kami telah dihubungi oleh Pemuda UMNO Langkawi melalui sahabat kami dan mengajak LANDAS bersama-sama dalam aktiviti dakwah lapangan. Dalam seminggu ini hampir setiap hari kami dihubungi dan amat berhajat agar LANDAS sedia bersama mereka dalam mendampingi remaja bermasalah. Salah seorang aktivis LANDAS Langkawi turun pada malam Jumaat di Pantai Cenang.

Justeru itu, kami ingin bertanya kepada anak-anak muda UMNO akan maksud gejala sosial sebelum kami bersedia bekerjasama dengan mereka. Maksud Firman Allah dalam Surat Al-Maidah, ayat 2: "... Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya."

Kebanyakkan masyarakat kita telah maklum akan gejala rosak akhlak anak muda dan penyebabnya. Punca paling ketara ialah dengan wujudnya hiburan melampau yang direstui oleh pemimpin negara dan negeri. Hampir setiap jam ada konsert di kaca TV dan diburukkan lagi dengan stesen radio yang dikhususkan untuk hiburan.

Akibat terlalu fanatik dengan hiburanlah manusia gagal mengawal diri lalau terjebak ke lembah kealfaan dan kelalaian serta hidup berpoya-poya. Mengapa mereka sedih dengan rosaknya akhlak anak muda dan dalam masa yang sama mereka adalah juara kepada kehancuran generasi muda yang merupakan aset masa depan negara.

Kebarangkalian mereka menafikan sebarang konsert diadakan bukan dianjurkan oleh mereka tetapi mereka duduk di atas katil yang sama. Maka mereka tidak sedar berlaku terhadap masing-masing pasangan.

Pihak penganjur konsert terdiri daripada orang Islam yang jadikan amanah sebagai sumber keuntungan di atas kerosakan generasi muda dan pengkhianatan mereka. Kami amat kecewa peranan para sahabat dalam Ahli Majlis Mesyuarat Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT). Permit konsert hiburan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan dalam masa yang sama berada dalam kawasan PBT. Mereka sepatutnya bertanggungjawab setiap apa yang berlaku.

Terdapat juga kata-kata saling salah menyalahi antara pihak berkuasa tempatan. Lesen hiburan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan kami PBT hanya mengeluarkan lesen permis perniagaan sahaja. Padahal kedua-dua pihak berkuasa tempatan ini diibaratkan lagu dan irama tak dapat dipisahkan.

Jika beginilah rupanya maka tiada perbezaan antara pemerintah terdahulu (BN) dengan sekarang (PR) yang diterajui oleh PAS. Ibarat seorang jaga yang bertugas menjaga kolam renang. Sepatutnya perubahan wajar berlaku di peringakat sistem pentadbiran yang sedia ada kepada kondisi yang lebih baik. Perlaksanaan undang-undang yang ada tidak dikuatkuasakan khususnya lesen hiburan dan permis perniagaan pusat hiburan.

Jom kita sama-sama meneliti peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Nabi s.a.w. bersabda, apabila umatku telah membuat 15 perkara, nescaya bala Allah akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja (pihak penguasa dan kroni-kroninya).
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan (ghanimah).
3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/suka bertangguh)
4. Suami taat pada isteri (isteri yang suka campuri urusan negara suami).
5. Anak mendurhakai ibunya.
6. (Sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7. (dan) menjaukan diri dari bapanya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid (berebut untuk memegang jawatan).
9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua (ketua NGO/Parti).
10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
11. Arak diminum di merata-rata tempat.
12. Kaum lelaki ramai memakai sutera (peralatan pakaian perempuan).
13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: "Hendaklah kalian menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi atau mereka ditukar menjadi makhluk lain."


Laporan LANDAS Langkawi

0 ulasan:

 

Pengikut