seorang student universi dari Iran bernama Ali sedang menjual sabun
student dari Iran (lelaki) dan Syria (perempuan rambut merah)
ke dataran merdeka dalam sesi temuseri/temubual
Read More...
HIMPUN: Halang?
Oleh : Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak terutama rakan-rakan saya daripada pemuda PAS atas tulisan saya semalam. PAS halang atau tidak?
Ia mungkin berpunca daripada satu arahan yang saya kurang periksa kesahihannya yang menghalang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan satu juta anjuran sekretariat HIMPUN yang diketuai pemimpin NGO paling dikenali iaitu Cikgu Azmi TERAS.
Berikut adalah apa yang anda perlu fahami daripada kenyataan akhbar presiden PAS, tuan guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah disiarkan 2 hari lepas hasil keputusan mesyuarat Lujnah Politik PAS pusat. Ketua Pemuda dan saya hadir dalam mesyuarat tersebut.
PAS menyatakan pendirian menghormati kehendak sekretariat HIMPUN untuk tidak melibatkan parti-parti politik dalam menggerakkan perhimpunan tersebut. Ini dilihat bagi mengekalkan mereka sebagai pasukan ‘garis tengah’ yang dapat menghimpunkan seramai mungkin umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha bersama demi menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam yang berhadapan ancaman gerakan luar ( jangan lupa, juga dari dalam ) yang berusaha merosakkannya.
Demi menghormati sikap HIMPUN yang begitu jelas menolak keterlibatan beberapa figura UMNO yang tampak beriya-iya lebih awal untuk turut mengambil bahagian, PAS bersetuju untuk tidak terlibat.
Maka tidak ada mobilisasi di peringkat parti, terutama daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sesetengah ahlinya telah terlibat lebih awal melalui beberapa pertubuhan NGO, untuk mengerahkan ahli PAS menyertai perhimpunan tersebut.
Walau bagaimanapun, PAS tetap menyatakan sokongan terhadap segala usaha murni oleh pertubuhan-pertubuhan NGO muslim untuk duduk bersama mencari, merumuskan dan menggerakkan resolusi bersama ke arah penyelesaian terbaik menangani krisis umat tersebut.
Sebagai sebuah parti Islam dan gerakan Islam yang menaungi dan membawa aspirasi umat, PAS mengingatkan HIMPUN untuk sentiasa mengekalkan diri dengan sahsiah Islam dan tidak melakukan tindakan yang di luar batasan walaupun dengan niat memartabatkan Islam. Islam, jalannya menuju ketuanan sudah digariskan dengan sempurna oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Segala jalan yang menyalahinya adalah ditolak dan boleh mencemarkan kesucian Islam.
PAS juga mengambil kira kebimbangan awam yang melihat wujud usaha-usaha daripada parti politik tertentu untuk mengambil kesempatan daripada perhimpunan ini bagi mendapat sokongan murahan dengan melakukan provokasi perkauman dan kebencian antara ugama. Justeru PAS menyelar dan memberi ingatan kepada semua untuk menolak usaha-usaha buruk tersebut.
Dengan sokongan yang murni atas usaha murni HIMPUN yang telah berjaya menghimpunkan NGO muslim paling ramai dalam sejarah sebagaimana dimaklumkan, PAS tiada sebarang masalah dan langsung tidak menyekat ahlinya yang terlibat dengan pertubuhan NGO, bahkan atas kapasiti seorang muslim yang berminat untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Harapan PAS perhimpunan tersebut akan mampu meningkatkan kesedaran bersama umat Islam untuk hidup bersatu padu di atas jalan ugama dan berpegang teguh dengan tali Allah. Kesedaran tersebut jika dengan niat yang ikhlas akan melorongkan umat kepada Islam yang syumul yang menjadi cara hidup sempurna buat membebaskan Malaysia daripada belenggu kezaliman dan kehinaan akibat kehidupan yang lari daripada landasan Ilahi.
Secara khusus daripada kami Dewan Pemuda PAS, hari ini sejuta umat Islam berhimpun untuk memperkasakan akidah umat, besok kita berharap sejuta umat Islam berhimpun pula untuk menegakkan syariat Allah.
Allahu akbar wa liLlahil hamd.
Read More...
HIMPUN : Hari Solidariti Ummat Islam
Amanah terbesar ummat Islam ialah memelihara, mempertahan dan memperjuangkan agama Allah swt sehingga ianya tegak secara praktikal di dalam diri setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah swt dan juga tegak berdaulat di atas tanahair mereka. Pantang mengalah sungguhpun terpaksa mendepani cabaran getir dan rintangan sengit terhadap perjalanan dan perkembangan Islam di negara ini.
Cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Islam dan ummatnya di sepanjang sejarah dan tamaddunnya pula adalah merupakan sunnatullah. Justeru itu, ummat Islam digesa agar senantiasa berwaspada, bersedia, peka, sensitif dan responsif terhadap apa jua keadaan dan dimana jua berada agar pemikiran mereka tidak terpesong, keperibadian mereka tidak cela dan aqidah mereka tidak rosak.
Musuh pula tidak pernah lalai dan leka menunggu saat dan ketikanya ummat Islam alpa dan asyik dari amanah dan tanggungjawab mereka terhadap perintah Allah swt dan tuntutan agamaNya untuk merosakkan pemikiran, akhlak dan aqidah ummat Islam. Pelbagai ruang dan peluang akan digunakan oleh musuh - musuh Allah untuk melunas tujuan dan hasrat mereka tersebut tanpa jemu, bosan dan berputus asa.
Lima perkara yang sering menjadi perantara berkesan untuk membinasakan ummat Islam tanpa disedari, pula berurutan dengan kelemahan dan ketidakpedulian ummat Islam sendiri. Lima perkara yang saya maksudkan ialah "Jerat 5F":
a] Food : Makanan yang tidak halal dan memudaratkan
b] Fun : Hiburan dan keseronokan yang meleka dan melalaikan
c] Family : Keluarga yang runtuh dan berantakkan
d] Film : Filem yang membinasakan budaya, merosakkan minda
e] Fashion : Fesyen yang menjolok mata dan merangsang syahwat.
Ummat Islam Mesti Bangkit.
Perkembangan mutaakhir ummat Islam sangat tenat dan menyedihkan. Sukar saya mahu menyebutkan figure dan angka, lantaran perkembangannya terlalu pesat saban hari dan grafnya meningkat mendadak. Tiada siapa yang boleh menafikannya seperti kes rogol, zina, buang bayi, pelacuran, hiburan tanpa batas, pergaulan bebas, penceraian, penderaan, ragut, samun, rompak, bunuh, khurafat, riddah dan 1001 mala petaka sedang menimpa ummat Islam termasuklah fenomena menghina dan mempersenda agama Islam serta mempertikai dan menentang hukum Allah swt secara terbuka.
Ummat Islam selayaknya sedar dan segera bangkit untuk melakukan perubahan total dan mengembalikan semula izzah [ kemuliaan dan kehebatan ] mereka bersama Islam sebagai petunjuk dan agama yang benar. Mereka perlu lepas dari ikatan idealogi yang bertentangan dengan Islam dan budaya mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Ummat Islam jua mesti bebas dari pengaruh maksiat yang menjerumuskan dan perangkap riddah yang memalingkan mereka dari ajaran Islam yang suci lagi mulia.
Ummat Islam kini perlu dibimbing, dipimpin dan diberi motivasi agar mereka menyedari bahawa mereka adalah ummat terbaik dan mempunyai kekuatan serta kehebatan diri yang telah dikurniakan oleh Allah swt bersama agamaNya sebagai manhaj atau cara hidup yang mulia dan sempurna. Malah Ummat Islam juga mestilah menginsafi bahawa lemah dan hinanya mereka pada hari ini adalah kerana mereka meninggalkan Islam sebagai petunjuk, cara dan gaya untuk hidup. Mereka bukan lemah dan hina kerana melaksanakan ajaran dan hukum hakam Islam.
HIMPUN untuk kebangkitan dan solidariti ummah.
Tanggungjawab menyedarkan ummat Islam dari tidur mereka yang panjang sehingga mamai dan hilang daya sensitiviti adalah tanggungjawab semua, justeru Islam bukanlah milik ekslusif mana - mana pihak. Sebaliknya Islam adalah milik semua mereka yang melafazkan syahadatain iaitu penyaksian bersumpah bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Ertinya ummat Islam mesti bersatu dengan ikatan aqidah, menjulang panji syahadah dan komited dengan amal Islami.
Telah tiba masanya ummat Islam menghentikan polemik sesama sendiri, konflik yang merugikan masa depan mereka. Saling curiga mencurigai, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, jatuh menjatuh dan khianat mengkhianati diantara satu sama lain adalah punca segala musibah yang menimpa ummah, sedang mereka mempunyai sebab yang sangat kuat untuk teguh bersatu iaitu Aqidah Islamiyyah.
Kalaupun ummat Islam sukar mencari titik pertemuan kerana perbedaan ideologi politik, latar belakang sosial, ekonomi, pendidikan dan sejarah silam, saya yakin ummat Islam masih berpeluang untuk bertemu dan bersatu demi kerana aqidah dan masa depan ummat Islam yang perlu kepada kebangkitan semula. Namun setiap ummat Islam mestilah ikhlas dan jujur demi untuk Islam, aqidah dan syariatnya. Bukan saling mengintai peluang untuk memerangkap dan mengenakan pihak lain.
Saya dan rakan - rakan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada Sekretariat HIMPUN yang dipengerusikan bersama oleh Tuan Hj Azmi Abd Hamid [Teras Pengupayaan Melayu - TERAS] dan Dr Yusri bin Mohamad [Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA] di atas penganjuran Himpunan Sejuta Ummah [HIMPUN] yang bakal berlangsung detik jam 2.00 - 6.00 pm pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Saya mengharapkan usaha murni tersebut disokong oleh seluruh ummat Islam dan saya menyeru agar ummat Islam turut hadir beramai - ramai khasnya anak - anak muda setelah saya mendapat komitmen daripada Sekretariat HIMPUN bahawa objektif Himpunan Sejuta Ummah boleh dirumus di atas 3 nokhtah :
a] Memotivasi ummah agar bangkit mempertahan dan memperjuangkan aqidah ummah.
b] Menghimpun dan menyatukan ummat Islam khasnya diatas isu aqidah
c] Sebagai satu penyataan sikap dan deklarasi ummah yang sedia berjuang
Himpunan hasil gabungan besar yang mencecah 1000 ngo muslim ini adalah julung kali dianjurkan dalam negara kita. Ia adalah himpunan awam yang bakal menyatukan pelbagai lapisan ummat Islam. Bermula dari tokoh - tokoh agama, pemimpin dan aktivis masyarakat, seleberiti dan mahasiswa dijangka akan membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyatu suara dan tindakan ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan aqidah ummah.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah ngo BERSIH 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.
Insyaallah, Saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Ummah pada 22 Oktober kelak . Semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah swt. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua ngo - ngo Islam yang terlibat. Kami pemuda PAS senantiasa bersama anda semua dalam meneruskan cita - cita perjuangan Islam dan mempertahankan aqidahnya di bumi bertuah ini. Selamat berHIMPUN daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia buat semua dan hadirlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Read More...
Bahagian Pendidikan Awam Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia menawarkan:
a) Modul UNGGAS Turun Sekolah
b) Modul UNGGAS Bersama Mahasiswa
c) Modul LANDAS Berfasa
Dalam masa yang sama, UNGGAS juga melalui Bahagian Lapangan (fieldwork) sedang rancak menganjurkan program pemetaan komuniti dan LANDAS siri I, II, dan III secara berkala di seluruh Malaysia dan di Pulau Pinang khasnya. Mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi kami.
Dari masa ke semasa UNGGAS akan memberikan informasi terkini berkenaan aktivisma dan isu sosial.
Pandangan Imam Hasan Al Banna.
Pengenalan ”Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial” (LANDAS) Membanteras Gejala Sosial
Penggerak Membenteras Gejala Sosial merupakan program yang diusahakan oleh sukarelawan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA), hasil daripada saranan dan inspirasi daripada aktivis LANDAS yang mahukan wujudnya organisasi dan kumpulan tertentu yang terlibat secara aktif bersama mana-mana kerajaan negeri, Jabatan Kerajaan dan NGO yang berminat di dalam memerangi masalah gejala sosial dalam masyarakat.
UNGGAS MALAYSIA juga akan memberikan Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS), bertujuan menyedia dan mengupayakan aktivis lapangan untuk bergerak secara aktif membenteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia masa kini.
Dengan lahirnya golongan aktivis dakwah lapangan yang aktif dalam isu sosial masyarakat, ini akan mewujudkan beberapa kawasan yang bebas daripada gejala sosial dan maksiat di kalangan komuniti remaja dan belia.
Penggerak dakwah juga akan mengikuti Latihan Kemahiran Berkomunikasi dan Berintraksi di lapangan mendekati golongan yang terlibat dengan gejala sosial dan mungkarat di lokasi-lokasi tertentu seperti di tempat-tempat hiburan dan maksiat.
Melahirkan golongan aktivis dakwah LANDAS di kawasan tempatan, yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial dan maksiat di kawasan mereka.
Aktivis dakwah ini juga menjadi unit rasmi di bawah Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) yang akan bergerak secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial dan maksiat dalam masyarakat.
Mengupayakan aktivis dakwah untuk bergerak secara aktif di lapangan dan melaksanakan program-program membanteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia.
Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.
Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.
Menggerakkan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan
kepelbagaian mekanisme dakwah (perubahan).
Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu melakukan pengorbanan.
Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial dan maksiat yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.
Membina perspektif menyeluruh mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.
Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras masalah gejala sosial dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.
Membina kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka yang tersasar serta membina kesepaduan gerakkerja yang boleh dilakukan dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.
Membentuk sekretariat dakwah yang akan menjadi medan kerjasama NGO-NGO Islam sebagai organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial dan maksiat di kalangan remaja dan belia.
SECEBIS NUKILAN DAN HARAPAN
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) sedang mengadakan latihan kemahiran berkomunikasi dan berintraksi sebagai penda'wah midani dengan melaksanakan Modul Latihan Aktivis Da’wah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS). Pihak UNGGAS juga mempunyai ramai aktivis LANDAS di seluruh negara, sering menganjurkan program realiti sebenar “Grand Design” Penda'wah Midani. Para penda'wah dan ulama’ muda juga didedahkan tentang selok-belok outreach da'wah atau da'wah di lapangan dengan menampilkan konsep da'wah bersepadu, serantau, merentasi border, wilayah dan negara.
Pihak kami juga tidak menghadapi sebarang masalah apabila berada di lokasi sedemikian. Kita hanya penda'wah untuk menyampaikan mesej da'wah semata, bukan penda'wa untuk membawa mereka di hadapan hakim untuk dihukum. Oleh sebab itu mereka di luar sana selesa dan terasa kondusif dengan kehadiran aktivis da'wah. Hanya takdir dan hidayah Allah sahaja dapat menentukan bila dan kapan mereka akan kembali ke pangkal jalan. Sekurang-kurangnya setiap patah perkataan yang disampaikan itu dihitung oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai pahala dan ganjaranNya. Sering saya ungkapkan, kehadiran kami ini adalah atas aku janji saya kepada Allah semasa tawajjuh iftitah (توجه إفتتاح) dalam Solat “وانامن المسلميين” dan aku adalah dari kalangan orang-orang Islam.
Grand Design latihan da'wah juga merupakan program melatih kemahiran berda'wah secara teori dan praktikal serta lebih banyak berada di lapangan berkomunikasi dan berintraksi dengan anak muda yang tidak berminat untuk ke masjid dan surau. Pihak kami juga secara terancang dan terfokus menyediakan penggerak da'wah mempunyai kemahiran yang telah memberikan komitmen dan minat serta merupakan sukarelawan da'wah lapangan.
Pihak kami juga bergerak atas tema “Berda'wah di Jalur Politik dan Berpolitik di Jalur da’wah.” Juga melihat dan merasai dari dekat situasi anak muda di luar sana dengan pendekatan yang sesuai dengan sasaran kami. Program menggunakan modul LANDAS ini akan memberi pengalaman baru kepada para penda'wah midani dalam menghayati erti da'wah melalui pengalaman di lapangan dengan berintraksi terus dengan pelbagai peringkat komuniti.
Permasalahan dan Penyelesaian Da'wah
Sudah bertahun-tahun lamanya da'wah melalui ceramah dilaksanakan di zon selesa seperti di masjid, surau, dewan seminar, ceramah perdana, forum perdana, dewan kuliah dan seumpamanya, malah da'wah ini berlangsung setiap hari, namun persoalan utama yang bermain di fikiran kami ialah, komitmen umat terhadap masa depan Islam tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dari masa ke semasa.
Malah, ada yang berpendapat bahawa umat Islam semakin jauh dari agamanya. Berada di lokasi mungkarat yang tidak dikunjungi oleh para penda'wah dan ulama’ menyebabkan jiwa kami semakin merekah, hati kami semakin meretak. Hal ini patut menjadi renungan kita bersama, apa yang menjadi kemandulan para penda'wah dan ulama’ untuk membiak di lapangan realiti masyarakat yang dikerumuni oleh mungkar?
Inilah yang menjadi fokus utama program “Grand Design Da'wah Lapangan bersama penda'wah dan ulama’ menjelajah di seluruh negara, melihat sendiri situasi sebenarnya. Sudah sampai masanya kita melangkah dan bertindak secara praktikal. Bukan hanya berfantasi dalam linkungan zon selesa. Marilah kita berada di lokasi kehidupan mereka yang tersasar dan terjebak. Mendekati mereka cara berhemah dengan penuh hikmah dan membawa mereka pulang ke pangkal jalan. Tidak timbul sesuai atau tidak di lokasi tersebut, jangan bagi pelbagai alasan sebelum beraksi. Satu langkah perbuatan lebih baik daripada 1,000 patah perkataan. Kita terlalu banyak membuat alasan tak sesuai dan tidak boleh. Akhirnya kita hanya berbicara dalam ruang lingkup zon selesa dan tidak berpijak di bumi nyata. Petah berbicara di forum perdana dan ceramah perdana.
Kegiatan untuk memperkuat komitmen aktivis LANDAS kepada gerakan da'wah lapangan seperti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) ketika ini. Kami berharap da'wah yang dilakukan oleh para penda'wah midani dan ulama’ muda, hendaknya betul-betul dapat mencerdaskan minda umat serta menyejukkannya sehingga persoalan gejala sosial yang sangat kritikal ketika ini dapat diatasi.
Kami juga mengharapkan agar organisasi-organisasi da'wah dan NGO-NGO Islam dapat bergabung dan bekerjasama yang sesuai dengan tugas dan fungsinya masing-masing.
Kita juga telah mengadakan bengkel pemantapan da'wah dan acara brain storming kepada aktivis da'wah dalam bentuk konsep perubahan. Kita juga perlu mengikuti langkah-langkah perubahan dengan konsep berubah dan merubah. Kita juga mengharapkan supaya gerakan da'wah bersepadu perlu perubahan, bila tidak ada perubahan berarti kematian. Oleh karena itu untuk melakukan perubahan ini perlu pencerahan minda seperti yang telah kami lakukan.
Selanjutnya kami mengajak para aktivis da'wah melakukan diagnosis permasalahan da'wah yang ada di seluruh Negara dengan memberikan penekanan kepada penda'wah midani dan ulama’ berkemahiran mengenal pasati masalah gejala sosial. Tanpa adanya diagnosis yang secocok, kita sulit untuk mencarikan solusi untuk memecahkan permasalahan da'wah dan sasarannya.
Kita juga ingin melakukan diagnosis permasalahan dan berbagai masalah yang secara garis besarnya dikategorikan kepada dua solusi, iaitu internal dan eksternal.
Permasalahan internal adalah permasalah yang terdapat pada penda'wah midani dan ulama yang bergerak dalam ruang fantasi, sedangkan persoalan eksternal adalah persoalan yang terdapat pada dunia realiti umat. Kita juga membicarakan pengurusan da'wah, metode da'wah, wawasan da'wah sebagai prasarat bagi penda'wah midani dalam berda'wah.
Di antara solusi tersebut yang terpenting adalah:
Perlu adanya Grand Design atau Rencana Strategi di lapangan yang disusun secara integral. Sudah sepatutnya da'wah divariasikan, tidak hanya terfokus kepada ceramah akan tetapi menjangkau pada penyelesaian masalah-masalah umat secara lebih kongkrit di lapangan. Sudah sampai masanya kita merobah paradigma pengembangan masjid dari pembangunan fizikal kepada pembinaan umat sebagai prioritas pendakwah midani perlu menyamakan visi, misi dan arah da'wah.
Pengetahuan meluas, kami namakan ‘kitab masyarakat’ penting untuk menunjang gerakan da'wah secara global. Karena umat Islam ada di mana-mana.
Pengetahuan ini mendorong melakukan amar ma’ruf, ‘social support’ untuk menegakkan kebenaran. Seiring dengan itu ada komitmen tegas terhadap nahi munkar, ‘social control’ menghadapi kemungkaran.
Karena secara fitrah alamiah, setiap tanah ditumbuhi tanaman khas. Pengetahuan lokal berguna memperbaiki masyarakat dengan semangat ihsan. Dengan berbekal pengetahuan-pengetahuan tersebut akan mampu membuat analisis mendalam, kemudian akan menyajikan alternatif-alternatif.
Perencanaan matang menjadikan gerakan da'wah lapangan bukan sahaja bertolak dari perkara logik (rasional) semata, selanjutnya sasaran da'wah dapat diterima oleh semua pihak. Karena da'wah bukan kerja part-time, sambilan dan sukarela bagi yang giat dan aktif saja. Tetapi harus menjadi tugas full-time dari seluruh spesialis da'wah lapangan di tengah masyarakat.
Da'wah mesti ditunjangi oleh pelbagai kepakaran di kalangan sarjana-sarjana, pedagang, birokrat, teknokrat, sehingga dapat disajikan sebagai suatu social action. Maka sangat diperlukan generasi murni dan meyakinkan secara rasional tentang keindahan Islam.
Memang diperlukan para ilmuan atau sarjana yang berpengalaman. Tetapi yang paling dihajatkan bukan semata-mata sarjana yang “celik huruf tetapi buta masyarakat”.
Kemahiran membaca “kitab masyarakat” tidak dapat diperolehi dalam ruang kuliah dan perpustakaan semata. Karenanya, perlu berkecimpung diri di tengah-tengah masyarakat. Untuk biasa berperanan dalam menggiringi dan mengawal umat, agar turut aktif bersama-sama, dalam menghadapi setiap persoalan.
Selalu mencoba mengatasi persoalan dari kehidupan umat di pelbagai bidang. Sehingga melalui pengalaman berkecimpung dalam masyarakat itu, aktivis da'wah dapat merasakan denyut jantung umat. Lambat laun berurat dan bertapak di hati umat itu.
Nawaitu kerjaya sebagai penda'wah midani tidak untuk mencari sukses, atau hanya asal bekerja, sudah semestinya diubah. Yang mesti ditampilkan adalah amal karya bermutu, berkualit, cemerlang, gemilang, terbilang dan terjulang di tengah-tengah percaturan kesejagatan (globalisasi).
Bila dalam setiap pemilihan barang-barang, kita selalu cenderung untuk memilih produk berkualiti, maka sudah semestinya dalam menampilkan setiap amal-karya, ukurannya haruslah pula kepada kualiti juga dan bukan kuantiti.
Semakin kecil kesalahan akan semakin besar keberhasilan dalam menyampaikan risalah da'wah. Maka tidak dapat ditolak, kemestian menggunakan semua adab-adab dan disiplin Islam menurut bingkai Al Quran dan Al-Hadis (السنة) untuk menghadapi semua persoalan hidup manusia yang akan menjamin sukses dalam segenap perkara.
Kami berharap semua pihak tidak semudah itu melontarkan terlalu banyak pandangan negatif terhadap komitmen mana-mana pihak untuk aktif berda'wah di lapangan. Juga kami berharap, jangan pula kerana kita tidak ada ruang dan peluang untuk berda'wah di masjid, surau dan tempat-tempat tertentu yang dikawali oleh pihak berkuasa agama, baru kita bersungguh-sungguh dan istiqomah untuk turun berda'wah di lapangan menjadi penda'wah midani. Namun begitu kita gah dalam media masa seentero dunia tapi praktisnya tidak muncul-muncul juga. Tidak menjadi realiti dalam dunia penda'wah bersepadu. Sekadar berbicara melalui media massa cetak dan media elektronik. Maaf jika menyentuh mana-mana pihak.
Kami tidak nafikan niat baik mana-mana pihak untuk laksanakan gerakerja da'wah mengikuti jejak langkah Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, turun sampaikan mesej da'wah di lapangan dari Desa ke Desa dan dari Bandar ke Bandar sehingga ke sebuah kelab malam di Iskandariah Mesir. Akihrnya kelab malam tersebut bertukar menjadi markaz dakwah dan semua pekerjanya menjadi aktivis da'wah. Apa yang kami luahkan ini berdasarkan pengalaman aktivis da'wah yang sedang dan telah bergerak sebagai penda'wah midani sudah sekian lama.
Ustaz Kamaruddin Kassim
Ketua Jurulatih
Lajnah Latihan & Jaringan
Pertubuhan Menagani Gejala Sosial Malaysia
(UNGGAS MALAYSIA)
Email : kama54us@gmail.com
Telefon : 0195228455
Kem Semarak Kasih. Dengan kerjasama CGSS, USM. Di RAUDHAH, 10 - 12 Feb 2012.
Himpunan Sayangi Remaja Tahun Baru 2012. Pantai Bersih. Butterworth. (31 Dis 2011)
Lawatan ke Pusat Pemulihan Jalanan Baru dan Lerning Center for micro economy. Yala, Selatan Thai. ( 24 - 26 Dis 2011)
Aktiviti turun lapangan Sg. Petani bersama aktivis pelajar. (23 Dis 2011)
Bengkel aktivis UNGGAS bersama UUM. (16 Dis 2011)
Pameran Statik sempena Hari Aids Sedunia anjuran Aisec di USM pada 1 Disember 2011 (10.00 pagi - 5.00 petang).
Ceramah Isu Sosial di Masjid Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 18 November 2011( Jumaat) pada jam 8.30 malam.
Komuniti Bebas HIV/AIDS 2011 akan diadakan di Dewan Serbaguna Blok B, Flat Kg Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang. Program akan diadakan pada 1 Oktober 2011dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Forum HIV/AIDS Remaja Dan Pendidikan Seks oleh AARG di tapak konvo USM pada 21 Oktober 2011 jam 11 pagi.
Bike Explorer Ramadhan. Merdeka Jiwa, Merdeka Negara. 20 Ramadhan 1432H. Masjid Penanti - Surau At-Taqwa Bertam Indah.
Ceramah dan pameran statik sempena Program Jalinan Ukhwah Taman Sejahtera Rakyat. di Taman Sejahtera Rakyat Penaga pada 23 Julai 2011.
Bantahan mengadakan pertandingan peragaan baju renang sempena Expo ICT ( swimming Suit Show). ( 27 Jun 2011)
Program Pendidikan Awam di SMK Sri Muda Penaga, Pulau Pinang. Program ini adalah kerjasama antara UNGGAS dan SMART Infinity Enterprise. ( 25 Jun 2011, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang )
Dialog isu sosial dengan Pegawai Daerah Seberang Prai Utara (24 Jun 2011 pada pukul 3.00 petang).
Dialog dengan Dr. Janizah Abd Ghani (Ketua Penolong Pengarah Kanan AIDS/ TB/ STD, Jabatan kesihatan Pulau Pinang) bagi membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan untuk isu-isu sosial. (23 Jun 2011)
Mahasiswa Turun Sekolah, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Dengan Kerjasama Urusetia Menangani Gejala Sosial dan Angkatan Pemuda Pemudi Islam. Bertempat di Sekolah Menengah Permatang Pasir dan sekitar Penang.
TEMA : “ From Bud To Blossom “
(25 March sehingga 27 March 2011)
Kuliah pelajar jurusan Kerja Sosial UUM tentang peranan dan kepentingan NGO atau 'Civil Society' dan perkongsian gerak kerja UNGGAS. (29 Mac 2011)
Penghasilkan modul Pembinaan Kesukarelaan Mencegah Gejala Sosial dalam brainstorm Modul Kesukarelaan Islam siri 1 di Putrajaya. Bersama JAKIM. (Mac 2011)
Program ziarah lapangan JKKK Daerah Timur Laut P.Pinang ke Kuala Lumpur untuk membina jaringan pencegahan gejala sosial dan latihan kesukarelaan. (Mei 2011)
© Copyright by LANDAS | Template by Free Tips 4U | Power by Blogger