LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 10 Ogos 2011

LANDAS MEMBUAT LAPORAN POLIS KE ATAS BLOGGER HINA ISLAM

Saudara Mohd Ali Abdullah telah membuat laporan di Balai Polis Langkawi pada 9 Ogos 2011 dan meminta pihak Polis membuat siasatan dan mengambil tindakan segera.


LANGKAWI - Gempar lagi masyarakat Islam Malaysia. Kalau minggu lepas kita dikejutkan dengan serbuan pihak JAIS ke atas gereja kerana adanya orang Islam berbuka puasa dan menjalankan aktiviti yang boleh menjejaskan aqidah beberapa orang Islam di sana. Kali ini nampak lebih dahsyat penghinaan yang diberikan.


Sebelum ini saya jarang sekali mengikuti atau menemui barang bukti kes orang kafir menghina Islam tapi kali ini saya tatapi sendiri penghinaan tersebut.


Walaupun nampak berat penghinaan tersebut namun bagi saya ia adalah biasa. Itu semua memang resam perjalanan agama Islam dan memang ujian keatas penganutnya. Penghinaan seperti ini jualah sebenarnya menguji kekuatan iman.


Bagi yang berilmu, ujian ini hanyalah satu perbuatan nakal dari mereka yang dangkal fikiran dan sedang mencari-cari kebenaran. Atau pun mungkin jiwanya kacau dan penyakit hati kerana sedang mencari kebenaran. Spertimana firman Allah, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 10, yang bermaksud: “Dalam hati mereka itu ada penyakit, lalu Allah tambah lagi penyakitnya; dan bagi mereka siksaan yang pedih, disebabkan mereka berdusta.”

Kalau hendak dibandingkan dengan gangguan-gangguan yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ia sememangnya amatlah kecil.


Orang islam tak perlu panik dan melenting dengan kejadian ini kerana ia adalah perbuatan mereka yang sedang mencari kebenaran dan belum nampak kebenaran.


"Jika saya diberi peluang dan berkesempatan bertemu dengan insan ini sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk menceritakan apakah itu Islam". Manusia akan membenci apa yang dia sendiri tidak tahu.


"Ya Allah, Engkau bukalah hati hambaMu itu agar dia menemui cahaya Islam kerana sesungguhnya dia memusuhi apa yang dia tidak tahu"

BLOG MAKCIK HINA ISLAM

http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi

0 ulasan:

 

Pengikut