LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 13 Julai 2011

BERITA AKTIVIS LANDAS LANGKAWI

Rumah kosong tempat penagih gam dan dadah

Ali Abdullah menemui plastik gam yang telah digunakan

aktivis LANDAS menemui kesan barangan penagih dadah dan penagih
gam remaja lelaki dan perempuan melayu penduduk Langkawi

aktivis LANDAS bergambar bersama remaja lepak

bersama remaja hidu gam

LANGKAWI - Rumah kayu yang tidak berpenghuni di jadikan tempat melepak dan menghidu gam dan dadah oleh remaja di bawah lingkungan umur 20 tahun ke bawah


Lokasi yang terletak di kawasan laluan orang ramai menyebabkan kawasan ini diketahui oleh penduduk kampung. Pada suatu malam sewaktu saya mahu menjemput anak balik dari tuisyen di sekolah, saya meredah beberapa kawasan yang jarang saya lalui. Sewaktu saya melalui kawasan ini saya ternampak dua orang remaja wanita bersama beberapa remaja lelaki yang lepak di atas batang paip konkrit. Agak rasa gerun apabila hampir sampai di tempat remaja ini memandangkan saya seorang diri pada ketika itu. Saya hanya sempat memerhati seketika sambil memperlahankan motosikal.


Dua hari kemudia saya dan beberapa teman aktivis LANDAS datang lagi ke tempat ini. Kali ini kami datang seramai tujuh orang, lebih kurang pukul dua pagi. Sewaktu kami sampai kami dapati dua orang remaja lelaki sedang menghidu gam manakala seorang remaja perempuan sedang memerhatikan mereka. Saya dan rakan terus menghampiri mereka. Sewaktu kami berbual dan mahu mendapatkan beberapa maklumat tentang aktiviti mereka didapati ramai remaja yang lalu lalang dan masuk ke rumah usang ini. Saya menghampiri remaja wanita tersebut untuk mendapatkan beberapa rahsia. Remaja tersebut mengajak kami memasuki rumah tersebut untuk mendapatkan rahsia yang lebih lengkap. Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut kami dapati plastik bekas gam berselerakan. Kami juga difahamkan bahawa remaja tersebut juga menghisap dadah.


Pagi tadi lebih pukul 10 pagi, saya datang ke pejabat Narkotik bagi mendapatkan bantuan. Apabila diadukan tentang apa yang ada di sana, rupanya mereka memang telah sedia maklum akan tempat tersebut. Mereka gagal menangkap para penagih tersebut kerana dikatakan penagih melarikan diri sebaik sahaja pihak berkuasa sampai. Saya sempat memberikan pandangan bagaimana cara menangkap dan mendapatkan para penagih tersebut.


InsyaAllah kami akan terus menjejaki dan membantu anak bangsa serta agensi kerajaan dalam usaha menyelamatkan orang Islam yang masih hanyut dalam angin dunia.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi

0 ulasan:

 

Pengikut