SONGKHLA - Kempen Pemilu atau Pilihanraya Umum Thailand untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bermula pada tanggal 3 Jun 2011 dan akan berakhir dengan pengundian rakyat pada 3 Julai 2011. Selama sebulan rakyat Thailand dibenarkan berkempen. Tinjauan didapati suasana amat tenang seperti biasa di hari-hari tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Wilayah) dan Parlimen. Bandar-bandar utama di seluruh wilayah di Thailand tidak terdapat peperangan bendera wakil parti atau bebas.
Semasa temu bual secara rambang terhadap rakyat Thailand, mereka menjawab sama sahaja di mana-mana wilayah tidak ada peperangan poster sebab rakyat diberikan kebebasan menggunakan mana-mana media kerajaan atau rakyat. Apabila berlaku pembubaran Dewan, mana-mana parti sudah tidak mempunyai kuasa memerintah. Keselamatan negara dijaga oleh pihak tentera dan polis. Segala arahan dari mana-mana parti tidak wujud lagi.
Apa yang penting bagi seorang yang masuk bertanding ialah pengenalan dirinya dan latarbelakang calun yang masuk bertanding. Sebab itu, kita boleh lihat sepanjang jalan di desa, bandar dan kota didapati terpampang gambar calun dengan lakaran kelebihan dan kelayakan untuk menjadi wakil rakyat. Bagi rakyat thailand, yang penting mereka dapat mengenali wakil mereka dari dekat atau dekat di hati rakayat.
Bagi yang mempunyai modal untuk berkempen, mereka boleh mengguna kenderaan dengan membawa gambar calun berkempen menggunakan pembesar suara menggelilingi kota dan desa. Tidak ada sebarang provokasi berlaku dan tidak ada gangguan pihak keselamatan apabila gambar calun diarak ke sana dan kemari.
Senarai pengundi yang layak mengundi akan dipamerkan di mereta tempat awam untuk semakan orang ramai supaya tidak berlaku pertindihan nama di satu-satu tempat. Rakyat boleh membantah dengan segera untuk dikeluarkan dari senarai layak mengundi jika terdapat pertindihan nama atau pengundi hantu. Masa 1 bulan sudah cukup bagi rakyat membuat semakan dan bantahan.
Semua parti yang terlibat tidak dibenarkan mengguna agensi dan jabatan kerajaan semasa berkempen. Dana negara ditadbir oleh kakitangan kerajaan di peringkat kementerian (Ketua Setiausaha Kementerian dan kakitangan masing-masing) dan agensi kerajaan. Inilah realiti yang dikatakan pilihan raya yang cukup BERSIH yang MERBERSIHKAN. Semoga dapat dijadikan contoh untuk negaraku Malaysia yang tercinta.
0 ulasan:
Catat Ulasan