Khamis, 19 Mei 2011
AKIBAT LEPAK REMAJA MELAYU
Semasa dalam perjalanan balik dari Prai Pulau Pinang, ketika sampai di Taman Nilam Sari, didapati sekumpulan anak muda remaja melayu sedang bergaduh. Ketika itu lebih kurang jam 10.00 malam. Saya singgah sebentar untuk mendapat maklumat apa sebenarnya terjadi. Menurut kata beberapa orang yang berada di sekitar kawasan tersebut berpunca 2 orang remaja memecah kereta dan motosikal. Sebenarnya remaja yang terlibat sudah melarikan diri dan yang dibelasahnya remaja yang tidak terlibat. Malangnya kumpulan yang membelasah mereka yang tidak bersalah ialah terdiri daripada abang-abang 3 line. Apa yang ingin saya komen di sini, risikonya remaja yang suka melepak tak tentu pasal. Bahayanya apabila ada kumpulan yang berlagak samsing ingin menyelamatkan keadaan tetapi tidak usul pereksa. Ibu bapa kena memainkan peranan memantau anak-anak mereka supaya tidak melepak tanpa sebab yang bermanfaat. Yang malangnya, macam remaja ini yang luka-luka tanpa sebab ia diperlakukan sedemiakian. Menurut katanya, kawannya yang patah kaki dibelasah sedang dibawa ke Balai Polis oleh kumpulan yang salah sasaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan