LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 29 April 2011

Read More...

Khamis, 28 April 2011

KURSUS FASILITATOR MANUAL ISLAM HIIV/AIDS & OUTREACH DAKWAH DI SEMPORNA RESORT KUANTAN











Dr Asiah Ayob - Pakar Perubatan Kesihatan Awam - Ketua Penolong
Pengarah Kanan (AIDS/STI)


OUTREACH dekati Mak Nyah di Bandar Kuantan jam 1.00 pagi

kumpulan 5 turun padang dekati Mak Nyah, Pub, Disco dan Karaoke

peserta outreach sedang menyusun strategi dekati Mak Nyah, pelacur,
Pub, Disco dan Karaoke

taklimat diberikan oleh ketua Mak Nyah di Bandar Kuantan

meeting strategi outreach untuk Mak Nyah

peserta outreach slot kemahiran Temu Seru

Timbalan Kadi (Pegawai Hal Ehwal Islam)










Read More...

Rabu, 27 April 2011


KUANTAN - Lelaki Cina dalam gambar di bawah ini bernama WONG LOI atau dikenali dengan nama Islamnya MUHAMMAD ALIF ABDULLAH, mengikut laporan kematiannya terdapat dalam akhbar Berita Harian pada 27 April 2011. Sebelum beliau memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Alif. Maklumat yang didapti, beliau bukan mendapat penganugerahan Dato’ dari mana-mana negeri di Malaysia.


Maklumat lengkap beliau ialah: WONG LOI, No. KP : 570726-01-5055 (5208286), Alamat asal di Gelang Patah, Sekudai, Johor.YIP FAT CHOY, No. KP : 510727-10-5269 (7684690). Buat masa ini, beliau masih belum mendaftar kad islamnya dan masih mengekalkan nama asalnya dalam kad pengenalan.


Ketika perjalanan saya ke Kuantan, seorang wanita berbangsa cina yang pernah bekerja dengan Dato’ Alif menghubungi saya, mengatakan Dato’ Alif meninggal dunia membunuh diri di Melaka dalam akhbar berbahasa cina. Sebelum beliau mati pun ramai orang yang mencari beliau dan membuat report polis atas sebab penipuan yang agak licik. Menurut beberapa rakan cina yang sentiasa hubungi saya memberi maklumat supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan tipu helahnya. Mereka juga mengatakan, mungkin Dato’ Alif ini membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan kewangan juga banyak pihak sedang mencari beliau kerana hutang dan penipuan.


Alamat lain Dato’ Alif di Jalan Padang Walter Grenier, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Alamat Rumah No. 260, Lorong 10, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah (setelah disiasat didapati alamat ini tidak wujud).


Read More...

Datuk Maut Jatuh Hotel

2011/04/27


MELAKA TENGAH : Seorang lelaki bergelar Datuk, ditemui mati di sebuah resort di Tanjung Kling, dekat sini, pagi kelmarin, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan berkenaan.

Mangsa yang juga mualaf keturunan Cina, Datuk Mohd Alif Abdullah, 53, dari Skudai, Johor ditemui pekerja resort itu pada jam 10.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah.


Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata Datuk terbabit yang juga peniaga ayam di Pasar Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah ditemui dengan berpakaian kemeja-t putih dan berkain pelekat.


“Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian,” katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, semalam.

Chua berkata, siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit tidak mempunyai unsur jenayah, tetapi tidak menolak kemungkinan berpunca daripada masalah kewangan.


Sumber Berita Harian


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Datukmautjatuhhotel/Article

Read More...

Jumaat, 22 April 2011

Pihak LANDAS Langkawi membuat laporan di IPD Langkawi

Mohd Ali Abdullah bersama aktivis LANDAS di hadapan
Ibu Pejabat Polis (IPD Langkawi)


LANDAS Langkawi telah membuat satu laporan polis berkenaan kegiatan mubaligh Kristian yang mengedar risalah ajaran Kristian secara terbuka di Langkawi baru-baru ini. Pada 21 April 2011 jam lebih kurang 3.15 petang, seramai 6 orang aktivis LANDAS Langkawi telah berbuat demikian di IPD Langkawi. Walau bagaimana pun laporan polis tertangguh akibat Balai Polis mengalami masalah gangguna bekalan elektrik. Pihak LANDAS sekali lagi membuat laporan polis pada sebelah malamnya lebih kurang jam 10.30 malam. Walaupun bekalan elektrik telah kembali pulih namun masalah komputer pula menjadi penghalang.Walau bagaimana pun pihak polis bersedia menerima laporan pihak LANDAS memandangkan laporan yang pihak LANDAS buat telah siap dan hanya perlu dikepilkan dalam senarai laporan. Salinan laporan polis tak dapat diserahkan kepada mereka kerana masalah printer dan scanner yang tak berfungsi. Sekali lagi mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak IPD Langkawi.


Pihak LANDAS difahamkan oleh pihak polis bahawa ada dua laporan polis telah dibuat sebelum ini. Salah satu laporan polis dibuat oleh saudara Ahmad Sidek selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan selaku AJK PAS kawasan Langkawi.

Walau apa pun yang berlaku, ini semua menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya menjadikan dakwah lapangan Nabi Muhammad SAW sebagai satu-satunya cara yang berkesan untuk menyampaikan ilmu dan Islam kepada masyarakat. Dengan adanya ribuan sekolah pondok, puluhan ribu ustaz dan cendikawan Islam mengapa umat semakin hari semakin rosak. Jawapan yang berlegar dalam minda Mohd Ali Pengerusi LANDAS Langkawi, ialah cendikawan dan ilmuan Islam berlumba-lumba mahu berada di pentas selesa. Kuliah agama,forum perdana, seminar dan khutbah Jumaat adalah cara yang hanya difikirkan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ilmuan Islam yang bekerja pula hanya sibuk dengan kerja, sementara ustaz sekolah pula terlalu penat kerana bebanan kerja yang terlalu banyak. Akhirnya tiada siapa yang sempat memikirkan kaedah yang terbaik bagaimanakah cara yang paling berkesan membawa kembali masyarakat Islam ke era kegemilangan.

Institusi yang memegang urusan agama diharapkan membantu NGO Islam yang bergerak aktif membawa masyarakat kembali mengamalkan cara hidup Islam. JAKIM khasnya hendaklah menawarkan bantuan kepada mereka yang sedia memikul beban menyebarkan dakwah. Semoga kita semua mengambil iktibar dari segala kelemahan bagaimana Kristian berani menyebarkan dakyah mereka di tengah-tengah masyarakat Islam.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi

Read More...

Khamis, 21 April 2011

OUTREACH DAKWAH LANDAS LANGKAWI

LANGKAWI - Malam paling bersejarah bagi kami aktivis LANDAS Langkawi di mana pada malam Jumaat yang lepas 14/04/2011 merupakan kali pertama kami memasuki karaoke Langkawi Idol, Pekan Rabu semenjak ia beroperasi lebih kurang tiga bulan yang lepas. Agak berdebar rasanya kerana kami tidak mengetahui selok belok pusat hiburan tersebut. Tumpang semangat para sahabat yang sanggup meluangkan masa, maka rasa gementar berlalu begitu sahaja. Kami sampai di karaoke ini lewat jam 2.00 pagi di mana sebelumnya kami menaiki karaoke Jeti Point. Di Jeti Point kami menziarahi pemilik karaoke tersebut. Saya dan rakan akan menceritakan apakah itu Islam dan pemilik karaoke tersebut sedia menerima penerangan kami. InsyaAllah jika dibukakan hati dia akan memeluk islam.


Di karaoke Pekan Rabu kami memasuki satu bilik yang dipenuhi oleh tujuh orang anak muda Islam. Mereka agak hayal dengan lagu karaoke yang dikuatkan volumnya. Kami meminta mereka memperlahankan bunyi pembesar suara dan memohon beramah mesra. Pada mulanya agak tegang kerana ada di antara aktivis yang tidak boleh menahan rasa marah. Saya menasihatkan kawan-kawan agar menahan perasaan emosi walau apa jua situasi, kerana tujuan kita adalah untuk berdakwah dan ingat-mengingati. Pendekatan kita menerang dan bukan menyerang.

Kami memulakan hemoi dengan bertanyakan masalah yang mendorong mereka mencari tempat yang haram. Kesemua mereka menyatakan yang mereka datang ke karaoke adalah untuk menenangkan fikiran. Kami memberikan mereka peluang untuk bercakap hingga habis barulah kami pula bercakap. Suasana teramat sayu apabila salah seorang dari mereka menangis teresak-esak dan mengucapkan rasa kesyukuran yang tak terhingga di atas kunjungan kami. "saya telah banyak kali cuba melepaskan diri dari cengkaman arak tetapi tak berjaya dan malam ini saya berjanji saya tak akan menjadi hamba arak lagi" kata pemuda tersebut sambil isterinya yang berada di sebelah mengusap-ngusap belakangnya tanda memberikan semangat untuk berubah menjadi hamba Allah.


Laporan Daripada: LANDAS Langkawi





Read More...
 

Pengikut