MAJLIS RAMAH MESRA & JAMUAN 'IDUL FITRI MASJID AL-MUHSININ
KUALA LUMPUR - 02 Oktober 2010 : Perjalanan saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur menggambil masa lebih kurang 4 jam tanggal 01 Okt 01 jam 12.00 malam dan sampai di Hentian Jalan Duta lebih kurang 04.00 pagi. Saya menaiki bas Transnasional dengan tambang RM34.10 dan menaikik teksi dari hentian Jalan Duta ke Masjid Al-Muhsinin Danau Desa Jalan Klang Lama KL RM33.00. Setelah Solat Subuh, saya diminta untuk menyampaikan tazkirah di masjid tersebut. Saya sempat menyentuh Hadis Nabi SAW mengenai penyakit umat terdahulu yang melanda umat sekarang. Hadis dari Abu Hurairah r.a yang disebut oleh Nabi SAW ada 6 penyakit. Pertama, terlalu banyak berseronok-seronokan. Kedua, terlalu bermewah-mewahan. Ketiga, menggumpul terlalu banyak harta. Keempat, saling tipu menipu dalam rebutan harta dunia. Kelima, saling marah-memarahi (bergaduh) dan Keenam, hasad dengki yang menyebabkan timbulnya kezaliman. Selain itu saya menyentuh peringatan Allah swt dalam Surah At-Takasur. Manusia sering lalai dengan anak pinak banyak, harta menimbun dan pangkat darjat yang tinggi sehingga mereka menziarahi kubur dan akhirnya mereka akan ditanya mengenai kemana digunakan ni'mat-ni'mat Allah. Juga mereka dihinggapi penyakit wahn الوهن yang bererti terlalu cintakan dunia dan takut mati (materialisme, individualisme, komersalisme dan elitisme).
Sempena Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Sempena Idulfiri, pihak Masjid Al-Muhsinin juga, telah meminta saya untuk memberikan sedikit tazkirah sambil menjamu selera. Masjid telah menjemput masyarakat sekeliling kebanyakkan bukan Islam dari kaum cina dan india serta anak kariah sendiri. Saya mengupas ayat al-Quran mengenai Allah menciptakan manusia dari lelaki dan perempuan, kemudian dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku hanya untuk berkenal-kenalan, bukan bermusuh-musuhan. Ukuruan kemuliaan manusia bukan bangsa, tetapi ketaqwaannya. Juga manusia harus mengenal asal usul kejadiannya yang sangat hina dan unsur-unsur tanah yang busuk dan akhirnya Allah angkat manusia hingga kedarjat yang tinggi lagi mulia.
Persembahan Nasyid anak-anak Kariah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Masjid Al-Muhsinin Ustaz Hassan - Imam Masjid Al-Muhsinin
0 ulasan:
Catat Ulasan