"Haram berdoa kepada bukan Islam" kata Tan Sri Harussani sementara Mufti Kedah Datuk Syeikh Badaruddin mengatakan ia di bolehkan".
Saya bukanlah mahu mencampuri urusan politik tetapi sebagai umat Islam saya merasa terpanggil untuk turut memberi reaksi. Saya juga berasal dari keluarga bukan Islam. Nama asal saya ialah Ali anak Jimie. Memeluk Islam semasa dalam sekolah menengah. Memeluk Islam melalui kajian. Saya tidak memeluk Islam berdasarkan akhlak orang Melayu Islam tetapi melalui perbandingan kepercayaan kepada Maha Pencipta. Setelah saya memeluk agama Islam, saya masih berkawan seperti biasa dengan rakan-rakan yang masih beragama Kristian atau yang masih beragama cacamerba.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, salahkah saya mendoakan sahabat saya yang masih kafir supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka dan mengikuti jejak langkah saya. Saya sayang sahabat saya dan saya juga mahu mereka selamat di dunia dan di akhirat. Malahan ramai saudara mara saya yang telah memeluk agama Islam sedangkan keluarga mereka masih kafir. Adakah salah mereka mendoakan agar kesemua keluarga mereka juga memluk Islam. Saya tak boleh terima jika seorang mufti mengatakan haram mendoakan orang bukan Islam agar Allah memberi hidayah kepadanya. Nabi kita juga pernah berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada salah seorang Abu Lahab yang memberikan tentangan yang sangat hebat kepada dakwah beliau. Akhirnya Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Saidina Omar al Khatab. Saidina Omar akhirnya menjadi benteng kepada Islam dan Rasulullah s.a.w.
Banyak kenyataan Mufti ini lari dari matlamat Islam. Kalau dulu beliau mengatakan haram berkhutbah yang menyentuh hal politik. Bagi saya bukan menyentuh hal politik tetapi membetul atau menegur setiap yang salah. Masjidlah medannya kerana pada masa itu semua orang Islam berada di masjid kecuali mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat. Impak pemimipin yang tidak bercakap benar adalah besar kerana ia akan mempengaruhi mereka yang jahil. Ustaz Zakaria Ahmad bukanlah orang jahil. Walaupun saya tak pernah mendengar kuliah beliau secara langsung namun saya pernah mendengarnya melalui kaset-kaset ceramah. Beliau juga merupakan adik kepada mufti Pulau Pinang.
Mereka yang jahil janganlah mempolitikkan isu doa kerana ia bakal mengundang rasa benci orang bukan islam terhadap Islam. Apalagi jika mereka yang mempolitikkannya langsung tidak menggambarkan bahawa dia adalah ilmuan Islam.
Ali Abdullah
Bekas penganut Kristian
0 ulasan:
Catat Ulasan