LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Februari 2010

Turun Padang di Kawasan Chow Kit


KUALA LUMPUR – Program turun padang aktivis UNGGAS-LANDAS bersama-sama JAKIM, JAIS, MAIS, PT FOUNDATION dll mendekati golongan maknyah, penagih dadah dan pekerja seks di kawasan Chow Kit dan Jalan Raja Laut antara jam 6.00 petang – 10.00 malam. Kami sempat meninjau suasana kehidupan mereka dan mendekati mereka serta berintraksi dengan mereka. Apa yang kami dapati kawasan tersebut telalu ramai mereka yang masih menjalani kehidupan mencari dana untuk meneruskan kehidupan mereka dengan menjual tubuh dan terdapat juga penagih dadah yang berkeliaran di sana sini. Para pendakwah tak ramai yang sanggup mendekati mereka dan membawa mereka keluar dengan menyediakan keperluan pekerjaan yang sesuai dan halal. Ramai orang boleh menghukum dan menyalahkan mereka ini, tetapi apakah peluang pekerjaan yang boleh mereka lakukan sebagai ganti pekerjaan yang sedang mereka lakukan dengan pendapatan tidak halal. Kawasan ini juga terdapat ramai samseng-samseng yang sentiasa mengawasi mereka dan para aktivis juga kena lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan suasana tidak kondusif. Aktivis dakwah dan sosial yang berminat untuk turun pandang di kawasan seperti ini, memerlukan terlebih dahulu persiapan kemahiran berintraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Juga perlu faham kehidupan mereka ini, jaga sesitiviti mereka supaya tidak berlaku kekecohan yang menyebabkan campur tangan pihak samseng-samseng yang sentiasa berkeliaran di lokasi tersebut.

0 ulasan:

 

Pengikut