LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Isnin, 19 Mac 2012

Khatib sedang berkhutbah Jumaat
Ustaz Sharir Long
Jamaah sedang mendengar khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat pada 16 Mac2012 / 23 Rabi'ul Akhir 1433 telah disempurnakan oleh al-Fadzil Ustaz Sharir Long, Pengerusi Tahfiz Mutmainnah di Masjid Taman Intan, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.  Kesimpulan ringkas seringkas-ringkasnya, tiga perkara yang melayakkan seseorang itu masuk syurga dengan Rahmat Allah SWT ialah: (1) Iman (2) Berhijrah (3) Berjihad.  Semuanya ini telah dikupas oleh khatib dengan fakta dan hujah al-Quran dan Hadis Nabi saw.
Read More...

Ahad, 18 Mac 2012

KEMBARA DAKWAH DI KEMBOJA


Tanah wakaf ini lebih kurang 3 ekar di Kemboja yang telah dibeli dan diwakafkan oleh sahabat ana yang tinggal di Sungai Petani. Beliau telah amanahkan kepada ana untuk majukan tanah wakaf ini untuk membina Maahad Tahfiz dan Projek Ekonomi Mandiri Masyarakat Islam di Kemboja. Oleh itu, ana letakkan amanah dan tanggungjawab ini di bawah Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP). Untuk membanugunkan tanah ini sudah pasti memerlukan dana yang besar. Jadi ana minta cadangan dan idea rakan-rakan FB untuk tujuan ini ... cadangan untuk urusan awal amanah ini, kami bercadang untuk ke Kemboja tanggal 8-11 Jun 2012. Sebarang cadangan dan untuk mendapatkan informasinya boleh hubungi ana, Ustaz Kamaruddin Kassim 019-5228455 @ email: kama54us@gmail.com (Ketua Lajnah Dakwah PUMWP dan Ketua Jurulatih & Jaringan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia - UNGGAS MALAYSIA) atau Ustaz Khairul Anuwar Mustaffa SU PUMWP 013-6714932. Sumbangan awal untuk ke sana bolehlah hubungi ana atau Ustaz Khairul. Harap maaf, kota sponser ke Kemboja sudah penuh.  Jika anda berminat hendaklah menggunakan perbelanjaan sendiri sepenuhnya.

Read More...

Selasa, 6 Mac 2012

LANGKAWI SATURDAY FEST - Bala Datang Lagi



LANDAS LANGKAWI - Langkawi bakal dijadikan Hub Hiburan tanpa had. Malam Sabtu yang lepas adalah hari pertama perancangan berkenaan. Ia akan diadakan dua kali seminggu. Amat malang sekali kerana ia adalah hiburan yang melampau dimana para penari menarik tangan para pengunjung untuk menari bersama-sama mereka.

Pekan Rabu yang sememangnya terkenal dengan aktiviti maksiatnya akan dikeruhkan lagi dengan adanya majlis tarian. Apa nak jadi dengan kerajaan khususnya LADA. Program ini adalah dibawah naungan LADA.

Landas Langkawi pernah memohon memasang layar besar disini dalam usaha mengubah landskap lokasi ini dari menjadi tempat maksiat kepada dataran ilmu namun permohonan kami tidak dilayan. Di lokasi ini juga terdapat karaoke yang menjadi tumpuan anak muda orang Islam minum arak dan hayal dalam kemabukan.


Tergejut pada malam Sabtu yang lalu dimana Pekan Rabu dijadikan tapak pesta yang diberi nama "Langkawi Saturday Fest". Acara ini akan diadakan 2 minggu sekali.  Antara aktivitinya ialah pertandingan bunyi speaker, berniaga dan konsert, yang paling malang sekali dimana penari mengajak orang ramai yang hadir menari bersama-sama. Si penari betina akan menarik tangan si jantan sepertimana gambar di atas pentas.    

Kami bimbang dengan situasi hiburan sedemikan akan mengundang bala Allah swt sepertimana amaran dalam Hadis Nabi saw di bawah ini :

 عن أبى هريرةَ رضى اللهُ عنهُ يَقُوْلُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يقولُ : سيصيب أمتى داءُ الأمم فقالوا :  يارسول اللهِ وماداءُ الأمم قال : الأشر والبطر والتكاثر والتناجش فى الدنيا والتباغض والتجاسد حتى يكونَ البغض – رواه الحاكم 

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu, Sahabat bertanya, apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?.  Nabi saw menjawab, penyakit-penyakit itu ialah: (1) Terlalu banyak seronok (2) Terlalu mewah (3) Menghimpun harta sebanyak mungkin (4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) Saling bercakaran (6) Hasad dengki, hasud menghasud sehingga berlaku zalim menzalimi

 
عن أبى مالك الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :  ليشربن ناس من أمتى الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات , يخسف الله بهم الأرض ويجعل منهم القردة والخنازير -  رواه ابن ماجه


 
Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-As’ariy r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya ada sebahagian umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.  Allah swt akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merobah mereka menjadi kera dan babi.

 عن على بن أبى طالب رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اذا فعلت أمتى خمس عشرة خصلة حل بها البلاء , قيل وما هى يارسول الله ؟ قال : اذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات فى المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمور ولبس الحرير واتخذت القيان والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها , فليرتقبواعند ذلك ريحا حمراء أو خسفا أو مسخا .  رواه الترميذي

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

 
1.Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
2.Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
4.Suami taat pada isteri.
5.Anak mendurhakai ibunya.
6.(sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7.(dan) menjauhkan diri dari bapanya.
8.Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
9.Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
10.Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
11.Arak diminum di merata-rata tempat.
12.Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
13.Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
14.Banyak jenis muzik dimainkan.
15.Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. 

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”


Landas Langkawi


Read More...

Khamis, 1 Mac 2012

KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)


1 HARIBULAN MAC 2012 BERSAMAAN 8 RABIUL AKHIR 1433

MEMBANTAH GERAKAN UNTUK MENERIMA DAN MENYEBARLUASKAN KANDUNGAN RESOLUSI 17 JUN 2011, PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERKENAAN ORIENTASI SEKSUAL & IDENTITI GENDER DAN HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Pada 17 Jun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia (HAM) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan suatu resolusi berkenaan apa yang didakwa sebagai pencabulan hak asasi manusia berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender. Walaupun mendapat sokongan yang kecil (hanya 23 negara yang menyokong), resolusi ini telah diluluskan dan bakal menzahirkan akibat yang sangat besar terhadap kelangsungan tamadun manusia dan kehidupan beragama. Resolusi ini terhasil dari tafsiran yang dangkal dan dimanipulasi mengenai fitrah seksual manusia, norma-norma kehidupan beradab serta menafikan peranan dan pengaruh agama di dalam kesejahteraan manusia. Resolusi tersebut meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai-nilai sebenar kemanusiaan.

PEMBELA mengikuti dengan prihatin beberapa perkembangan yang berlaku susulan tindakan meluluskan resolusi tersebut, termasuk meneliti aktiviti-aktiviti serta tindaklaku NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) tempatan yang bertopengkan perjuangan anti-diskriminasi untuk menyemarakkan kandungan resolusi tersebut. Ini termasuklah penganjuran siri-siri program seperti Seksualiti Merdeka yang kononnya memperjuangkan mereka yang ditindas sebagai minoriti oleh kerana mengamalkan orientasi seksual di luar tabie.

PEMBELA sebagai gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam yang insaf dan bertanggungjawab terhadap kedaulatan Perlembagaan Persekutuan, menegaskan bahawa latarbelakang yang membentuk Perlembagaan Persekutuan adalah didasarkan pada sistem nilai yang mempunyai kerangka jelas, berwibawa serta telah disepakati umum di sepanjang sejarah pembinaan Negara. Islam sebagai Agama Negara (the religion of the Federation) merupakan INTIPATI UTAMA yang mewarnakan sistem nilai tersebut, di samping aspek asas-asas sejarah dan kebudayaan masyarakat yang telah disepakati sekian lama. Justeru sebarang usaha untuk mengenegahkan nilai-nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan sepertimana yang cuba dibawa menerusi Resolusi PBB tersebut hendaklah ditentang sehabis-habisnya bagi mengelakkan kekeliruan serta gangguan terhadap kemaslahatan masyarakat secara umum.

PEMBELA merakamkan rasa kekhuatiran yang sangat mendalam berkenaan penyertaan Malaysia di dalam Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland. Melihat pada respons serta tindaklaku mereka yang memperjuangkan hak-hak LGBT, proses ini bakal dijadikan landasan bagi NGO-NGO HAM tempatan mengambil kesempatan untuk terus mengelirukan masyarakat menerusi tekanan yang dikenakan terhadap Kerajaan Malaysia untuk tunduk mengikut apa yang kononnya dikatakan sebagai “international standards and laws” untuk membenarkan nilai dan amalan orientasi seksual dan identiti gender yang songsang dan bertentangan dengan semangat dan aspirasi Perlembagaan Persekutuan disebarluaskan di kalangan masyarakat umum.

PEMBELA mendesak pihak Kerajaan Malaysia agar meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Resolusi PBB tersebut. PEMBELA juga mendesak masyarakat Malaysia agar menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya bukan sahaja terhadap Resolusi PBB tersebut, tetapi juga terhadap sebarang usaha untuk mengenengahkan orientasi songsang LGBT ini sebagai suatu cara hidup masyarakat Malaysia.

PEMBELA komited dalam meneruskan kempen kesedaran untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat terhadap bahaya kesan resolusi PBB ini terhadap masyarakat serta melibatkan NGO-NGO Islam di dalam proses membantah pelaksanaan resolusi tersebut di pelbagai peringkat.

PEMBELA juga mendesak Kerajaan Malaysia agar lebih serius dalam menegaskan kedudukan kebebasan beragama yang dinikmati oleh semua pihak di Negara ini. Hak kebebasan beragama yang dinikmati oleh penganut-penganut agama-agama bukan Islam mengatasi hak kebebasan yang diberikan oleh negara-negara lain di dunia termasuk negara-negara maju yang kononnya mengagungkan hak kebebasan beragama. Malaysia adalah satu-satunya negara yang meraikan hari perayaan agama-agama lain sebagai cuti umum. Malaysia juga adalah satu-satunya negara yang bertoleransi hingga ke tahap tempat-tempat ibadat agama lain dari agama Negara lebih besar dan lebih tinggi berbanding masjid. Malah tempat-tempat sembahan yang didirikan secara menyalahi undang-undang juga dihormati dan tidak dirobohkan sesuka hati tanpa mematuhi prosedur.

PEMBELA menuntut supaya kumpulan-kumpulan yang sengaja mengada-adakan cerita dengan tujuan jahat untuk menjatuhkan imej hak asasi Negara di mata dunia ditangani secara berkesan termasuk mengambil tindakan undang-undang secara serius sekiranya mereka bergantung kepada pembiayaan pihak luar demi mencemarkan nama baik dan kedaulatan Negara.

PEMBELA juga menuntut supaya semua pihak untuk menghormati kedaulatan sistem perundangan Negara yang telah memutuskan bahawa hak kebebasan beragama di negara ini TIDAK TERMASUK HAK UNTUK MURTAD bagi seseorang yang beragama Islam.

PEMBELA juga menuntut supaya semua penganut agama lain untuk menginsafi bahawa kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati secara jujur dan sebarang usaha untuk mencemar dan menghina Agama Islam sebagai Agama Negara mesti dihentikan bagi menjamin kelansungan kehidupan harmoni rakyat Negara ini.

PEMBELA juga menuntut supaya semua penganut agama lain menginsafi bahawa tidak semua amalan beragama yang sedang mereka kecapi di Negara ini dapat dirasai oleh penganut seagama dengan mereka di negara asal agama mereka, sehinggakan terdapat amalan-amalan keagamaan yang diamalkan di negara ini hanya dapat diamalkan di Negara ini sahaja. Justeru, sebarang usaha untuk memburukkan rekod toleransi beragama di Negara ini adalah pengkhianatan terhadap Negara dan perlu dibenteras hingga ke akar umbi.


Aminuddin Yahya

Pengerusi
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Pertubuhan-pertubuhan yang bersama menyokong bantahan ini:

Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Haji Mohamed Jamaluddin Shamsuddin, Pengerusi, Ikatan Badan Amal Islami Wilayah Persekutuan (IKATAN).
Dato’ Ahmad Haji Ismail, Pemangku Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).
Haji Abdul Latif Shataran Abdullah, Presiden, Persatuan Dakwah & Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah).
Mohd Hafiz Nordin, Presiden, Gabungan Bela Hak Insan (GABUNGAN).
Hj. Shamsul Ma’arif bin Hj. Ismail, Yang Dipertua, Pertubuhan IKRAM Selangor.
Haji Ismail Mina Ahmad, Presiden, Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI).
Hj. Shaari Ahmad Junid, Bendahari, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH).
Haji Shafie Patt, Setiausaha Agung, Persatuan Darul Fitrah.
Azril Mohd Amin , Pemegang Amanah, Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI).
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia.
Kamaruzaman Mohammad, Presiden, Front Anti Murtad (FORKAD.)
Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Presiden, Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia.
Haji Mansoor Ahmad, Presiden, Pertubuhan Profesional Muslim & Ukhuwah Ummah (Pro-Muslim).
Hajah Sabariah Abdullah, Setiausaha Agung, Islamic Information and Services Foundation (IIS).
Karim Omar, Pemegang Amanah, Khalifah Institute.
Mohammad Nizam Mahshar, Pengerusi, Pergerakan Penyelidikan & Pembangunan Komuniti (KOMUNITI).
Nurfitri Amir Mohd, Presiden, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial (UNGGAS).
Salman Abdul Rahman, Setiausaha Agung, Pertubuhan Belia Islam Nasional, (PEMBINA).
Syed Hassan bin Syed Ali, Setiausaha Agung, PERKASA.
Mohamad Raimi Abd Rahim, Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Norman Toha, Setiausaha Agung, Pertubuhan Jalur Tiga (JATI).
Datin Reny Rahayu Mohd Ishak, Presiden, Gabungan NGO Malaysia (gabungan 600 NGO).
Izzat Anwari Hasni, Naib Yang DiPertua, Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API).
Ustaz Rosli Osman, Naib Yang DiPertua, Persatuan Ulamak Malaysia, Pulau Pinang.
MS Anuar Mahmood, Presiden, Pertubuhan Kebajikan & Sosial Malaysia, (PRIHATIN).
Ustaz Kamaruddin Kassim, Urusetia, LANDAS Malaysia.
Aziz Man, Presiden, Muafakat Warga Desa Kedah (RURAL).
Kamarul Irzwan bin Busu Piah, Penolong Setiausaha Agung, Perwaris Malaysia.
Mohd Hilmi Ramli, Timbalan Pengerusi, Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).
Musa Awang, Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Kapt. Dr. Shamsuddin Moner, Penyelaras, Sukarelawan Al-Falah (SAF) YADIM.
Dato Dr. Maamor Othman, Presiden, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Haji Naser Disa, Pemegang Amanah, Dewan Amal Islami (DAMAI).
Ustaz Mohd Fitri Abdullah, Pengarah Unit Dakwah, Persatuan Perubatan Islam Darul Syifa’.
Dato’ Haji Hasbullah L. Isa, Setiausaha Kerja, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Dato Dr. Haji Mat Yasir Ikhsan, Presiden, Majlis Gabungan NGO Selangor.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, (PKPIM).
Ustaz Shahrin bin Awaluddin, Pengarah Eksekutif, Perhimpunan Belia Muslim Sedunia (WAMY) Malaysia.
Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
Feriz Omar, Presiden, Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris).
Badan Anti Liberal Islam (BADAi).
Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM).
Pusat Pemulihan Raudhatul Huda (RH).
Forum Penyelarasan Ummah (FORUM).
Dr. Yusri Mohamad, YDP, Yayasan Sofa.
Read More...

Rabu, 29 Februari 2012

KEMPEN MENUTUP AURAT ANTARABANGSA


Read More...

Khamis, 23 Februari 2012

VAKSINASI DARI ISRAEL MASUK KE MESIR



Mesir - Vaksinasi yang diselundupkan dari Israel ke Mesir telah menginfeksi ayam dengan virus, sedangkan celana jeans Israel menyebabkan kemandulan, pejabat dan media Mesir mengatakan.

Seorang pejabat Kementerian Kesehatan Mesir mengatakan bahawa bahan kimia yang diselundupkan dari Israel menginfeksi unggas di Mesir dengan virus berbahaya, Ynet melaporkan Senin kemarin (20/2).

Osama Selim, kepada otoritas veteriner Mesir, telah meminta Majelis Rakyat untuk menekan asosiasi petani unggas lokal untuk melawan penggunaan vaksinasi impor illegal dan serum darah, yang ia klim membuat unggas Mesir terkena penyakit sehingga mengancam kesehatan masyarakat.  Ia menambahkan bahawa ia tidak mengesampingkan kemungkinan perang biologis yang dilakukan oleh negara Yahudi.

Dr Suhair Hassan, seorang pejabat obat pencegahan penyakit hewan, mengatakan kepada Komite Kesehatan pada hari Minggu lalu bahawa studi yang dilakukan pada sekitar 200 peternakan ditemukan bahawa 75% persen dari unggas yang diobati dengan produk-produk Israel, banyak yang menderita penyakit virus flu burung.  Dalam beberapa kasus bahan kimia menurunkan produksi telur atau menyebabkan hewan mati.

Tapi memberi penyakit terhadap unggas bukan hanya sekian banyak sabotase yang dilakukan Israel, sumber-sumber di Mesir mengklaim.

Bahkan panel “Kebenaran” menuduh Israel memasok barang-barang beracun ke Mesir.

Sebuah acara televisi yang disebut “kebenaran,” disiarkan di saluran TV Darim, meluncurkan kampanye media awal bulan ini yang bertujuan untuk mencegah masuknya produk-produk itu menyebabkan kanker dan kemandulan.
Beberapa dari produk yang ditampilkan selama acara itu termasuk coklat, kopi, biskut dan yoghurt.  Semua barang-barang yang umumnya diseludupkan melalui penyeberangan perbatasan.

Tidak hanya itu, seorang anggota suku Badui Sawarka, Muhammad al-Mani’i, yang diwawancarai di acara tersebut, juga menuduh produk manufaktur Israel berupa celana jeans bias menyebabkan kemandulan.  Dia menyatakan negara Yahudi menjualnya kepada negara-negara Arab dalam upaya mengurangi pertumbuhan penduduk.

Anggota suku itu mengatakan bahawa celana jeans buatan Israel dilengkapi dengan sabuk yang mengandungi magnet, yang merupakan sumber racun.
Al-Mani’i menuduh “entitas Zionis” merencanakan untuk menyebarkan penyakit di antara suku Badui dengan mendistribusikan produknya di pasar Sinai.

Dia mengatakan bahawa warga lebih suka membeli produk asing karena mereka berpikir produk asing memiliki kualitas yang lebih baik daripada produk lokal.

“Warga membeli air Israel karena air yang kita miliki di Sinai terasa asin,” katanya.  “Mereka membeli sabun Israel karena busa sabun Israel yang dijual tanpa hambatan di bawah mata polisi.

Dia kemudian meminta suku Badui untuk memboikot produk-produk Israel.
Kita kemudian meminta suku Badui untuk memboikot produk-produk Israel.
“Kita harus memahami bahawa entitas Zionis adalah orang yang membunuh anak-anak kita dan merampok dari wilayah kita,” katanya menegaskan.

“Produk Israel mengandung racun mematikan,” kata pembawa acara dalam acara televisi tersebut.  “Ada kemungkinan bahawa Anda tidak merasakannya sekarang, tapi Anda tidak bisa lepas merasakannya di masa depan.  (fq/imo)



Read More...

Jumaat, 10 Februari 2012

UNGGAS BERSAMA 10 NGO ANJUR KEMPEN TUTUP AURAT


NGO Pulau Pinang anjur Hari Gerakan menutup aurat menjelang Hari Kekasih


10 Februari 2012
 GEORGE TOWN - Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan menganjurkan hari Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) bagi mendidik umat Islam menutup aurat.
Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) Asti Toba berkata kempen itu membabitkan 10 NGO dan akan berlangsung dari Sabtu ini sehingga 14 Februari.
GEMAR yang diadakan sejak 2009 ini juga bertujuan mendidik umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Asti berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, anggota NGO terbabit akan mendekati umat Islam di kawasan sekitar Pantai Jerejak, Bayan Baru dan Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, bagi menyampaikan dakwah.
Katanya tinjauan mendapati dua kawasan terbabit sering menjadi tumpuan umat Islam terutama golongan muda yang bercinta memadu kasih dan melakukan maksiat.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengagihkan tudung secara percuma kepada masyarakat Islam. - Bernama

Read More...

Khamis, 9 Februari 2012

KEM SEMARAK KASIH كيم سمارق كاسيه


Read More...

Selasa, 7 Februari 2012

KEMPEN MENUTUP AURAT


Read More...

Selasa, 31 Januari 2012

Valentine's Day



MENYAMBUT HARI VALENTINE DAY MENURUT PANDANGAN ISLAM

Mulai sekarang banyak pihak sudah mulai membicarakan isu menyambut VALENTINE DAY pada setiap 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini, namun ianya seperti menuang air ke daun keladi.

Oleh itu kita melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram dan boleh menjejaskan Aqidah Islam serta merosakkan Akhlak Islam.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan Hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat Pertama - Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua - Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama - Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.

Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua - Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat Ketiga - Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat Keempat - menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ ۖ فَلا يُنَازِعُنَّكَ فِي الأَمْرِ ۚ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ ۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُسْتَقِيمٍ – الحج : 67

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus”

To every nation We appointed acts of devotion which they observe, therefore they should not dispute with you about the matter and call to your Lord; most surely you are on a right way.


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah ana paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا – الإسراء : 32

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

“And go not nigh to fornication; surely it is an indecency and an evil way”

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya:

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”. – Al-Baqarah : 120.

“And the Jews will not be pleased with you, nor the Christians until you follow their religion. Say: Surely Allah's guidance, that is the (true) guidance. And if you follow their desires after the knowledge that has come to you, you shall have no guardian from Allah, nor any helper.”

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman Nya Iblis berkata:

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ – الحجر : 39


“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,”

(“He said: My Lord! because Thou hast made life evil to me, I will certainly make (evil) fair-seeming to them on earth, and I will certainly cause them all to deviate”)

إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ – الحجر : 40

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.”

(“Except Thy servants from among them, the devoted ones.”)

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Read More...

Khamis, 26 Januari 2012

Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah Chana Senggora




·         ด้วยความรักและเคารพ ขอเรียนท่านร่วมสมทบทุน เพื่อสร้างอาคารเรียน และจัดซื้อที่ดินเพื่อสร้างอาคารละหมาดหญิง(มูซอลลา) โดยใช้งบประมาณ 6,000,000 บาท ในงาน "รวมน้ำใจ ด้วยศรัทธา นำรุ่งโรจน์วิทยาสู่ทศวรรษที่ 6" ในวันอาทิตย์ที่ 26 กุมภาพันธ์ 2555 ณ โรงเรียนรุ่งโรจน์วิทยา (ปอเนาะลางา) อำเภอจะนะ จังหวัดสงขลา หรือ เชิญร่วมบริจาคผ่านบัญชีธนาคาร กรุงเทพ สาขาจะนะ ประเภทออมทรัพย์ เลขที่บัญชี 471-0-55471-0 หรือธนาคารกรุงไทย สาขาสงขลา ประเภทออมทรัพย์ เลขที่บัญชี 901-1-49630-2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena menjelang 60 tahun kearah membina ummat. Kami Ahli Jawatankuasa Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah (Rungrotewittaya School) Daerah Chana, Wilayah Songkhla Thailand. Berbesar hati menjemput tuan/puan ke Madrasah kami, serta menghulurkan bantuan khairat bagi menyudahkan pembinaan bangunan yang masih belum siap sepenuhnya dan membina sebuah Musolla (Surau) pelajar perampuan yang menelan perbelanjaan lebih kurang 6 juta bath (RM600,000).

Perayaan Ulang Tahun tersebut akan berlangsung ada hari Ahad 26 Februari, 2012 bersamaan dengan 3 Rabiulakhir 1433H (4 Rabiulakhir 1433H-Malaysia). Bertempat di Madrasah kami Al-Falahiah Al-Islamiah Chana Songkhla. Atau masukkan sumbangan ke dalam Akuan Bank berikut :- Bangkok Bank Chana No. 471-0-55471-0 atau Krungthai Bank Songkhla 901-1-49630-2

Semoga dengan kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan/puan dapat menjayakan cita-cita suci kami. Sebelum dan sesudahnya diucapkan jutaan terima kasih.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا


Ustaz Nasroodin Kaji - Pengurus Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah
Read More...
 

Pengikut