Rabu, 29 Februari 2012
Khamis, 23 Februari 2012
VAKSINASI DARI ISRAEL MASUK KE MESIR
Mesir - Vaksinasi yang
diselundupkan dari Israel ke Mesir telah menginfeksi ayam dengan virus,
sedangkan celana jeans Israel menyebabkan kemandulan, pejabat dan media Mesir
mengatakan.
Seorang pejabat Kementerian
Kesehatan Mesir mengatakan bahawa bahan kimia yang diselundupkan dari Israel
menginfeksi unggas di Mesir dengan virus berbahaya, Ynet melaporkan Senin
kemarin (20/2).
Osama Selim, kepada otoritas
veteriner Mesir, telah meminta Majelis Rakyat untuk menekan asosiasi petani
unggas lokal untuk melawan penggunaan vaksinasi impor illegal dan serum darah,
yang ia klim membuat unggas Mesir terkena penyakit sehingga mengancam kesehatan
masyarakat. Ia menambahkan bahawa ia
tidak mengesampingkan kemungkinan perang biologis yang dilakukan oleh negara
Yahudi.
Dr Suhair Hassan, seorang pejabat
obat pencegahan penyakit hewan, mengatakan kepada Komite Kesehatan pada hari
Minggu lalu bahawa studi yang dilakukan pada sekitar 200 peternakan ditemukan
bahawa 75% persen dari unggas yang diobati dengan produk-produk Israel, banyak
yang menderita penyakit virus flu burung.
Dalam beberapa kasus bahan kimia menurunkan produksi telur atau
menyebabkan hewan mati.
Tapi memberi penyakit terhadap
unggas bukan hanya sekian banyak sabotase yang dilakukan Israel, sumber-sumber
di Mesir mengklaim.
Bahkan panel “Kebenaran” menuduh
Israel memasok barang-barang beracun ke Mesir.
Sebuah acara televisi yang disebut
“kebenaran,” disiarkan di saluran TV Darim, meluncurkan kampanye media awal
bulan ini yang bertujuan untuk mencegah masuknya produk-produk itu menyebabkan
kanker dan kemandulan.
Beberapa dari produk yang
ditampilkan selama acara itu termasuk coklat, kopi, biskut dan yoghurt. Semua barang-barang yang umumnya diseludupkan
melalui penyeberangan perbatasan.
Tidak hanya itu, seorang anggota
suku Badui Sawarka, Muhammad al-Mani’i, yang diwawancarai di acara tersebut,
juga menuduh produk manufaktur Israel berupa celana jeans bias menyebabkan
kemandulan. Dia menyatakan negara Yahudi
menjualnya kepada negara-negara Arab dalam upaya mengurangi pertumbuhan
penduduk.
Anggota suku itu mengatakan
bahawa celana jeans buatan Israel dilengkapi dengan sabuk yang mengandungi
magnet, yang merupakan sumber racun.
Al-Mani’i menuduh “entitas Zionis”
merencanakan untuk menyebarkan penyakit di antara suku Badui dengan
mendistribusikan produknya di pasar Sinai.
Dia mengatakan bahawa warga lebih
suka membeli produk asing karena mereka berpikir produk asing memiliki kualitas
yang lebih baik daripada produk lokal.
“Warga membeli air Israel karena
air yang kita miliki di Sinai terasa asin,” katanya. “Mereka membeli sabun Israel karena busa
sabun Israel yang dijual tanpa hambatan di bawah mata polisi.
Dia kemudian meminta suku Badui
untuk memboikot produk-produk Israel.
Kita kemudian meminta suku Badui
untuk memboikot produk-produk Israel.
“Kita harus memahami bahawa
entitas Zionis adalah orang yang membunuh anak-anak kita dan merampok dari
wilayah kita,” katanya menegaskan.
“Produk Israel mengandung racun
mematikan,” kata pembawa acara dalam acara televisi tersebut. “Ada kemungkinan bahawa Anda tidak
merasakannya sekarang, tapi Anda tidak bisa lepas merasakannya di masa
depan. (fq/imo)
Sumber berita : http://www.eramuslim.com/berita/dunia/laporan-vaksin-israel-racuni-unggas-mesir-dan-celana-jeans-israel-membuat-mandul.htm
Jumaat, 10 Februari 2012
UNGGAS BERSAMA 10 NGO ANJUR KEMPEN TUTUP AURAT
NGO Pulau Pinang anjur Hari Gerakan menutup aurat
menjelang Hari Kekasih
10 Februari 2012
GEORGE TOWN - Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan menganjurkan
hari Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) bagi mendidik umat Islam
menutup aurat.
Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) Asti Toba
berkata kempen itu membabitkan 10 NGO dan akan berlangsung dari Sabtu ini
sehingga 14 Februari.
GEMAR yang
diadakan sejak 2009 ini juga bertujuan mendidik umat Islam agar tidak meraikan
sambutan Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari, katanya dalam
kenyataan, di sini hari ini.
Asti berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, anggota NGO terbabit akan
mendekati umat Islam di kawasan sekitar Pantai Jerejak, Bayan Baru dan Hentian
Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, bagi menyampaikan dakwah.
Katanya tinjauan mendapati dua kawasan terbabit sering menjadi tumpuan umat
Islam terutama golongan muda yang bercinta memadu kasih dan melakukan maksiat.
Beliau
berkata pihaknya juga akan mengagihkan tudung secara percuma kepada masyarakat
Islam. - Bernama
Khamis, 9 Februari 2012
Selasa, 7 Februari 2012
Selasa, 31 Januari 2012
Valentine's Day
MENYAMBUT HARI VALENTINE DAY MENURUT PANDANGAN ISLAM
Mulai sekarang banyak pihak sudah mulai membicarakan
isu menyambut VALENTINE DAY pada setiap 14 Februari merupakan hari yang
dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang
dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap
sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan
masing-masing.
Maka pada 14 Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini, namun ianya seperti menuang air ke daun keladi.
Oleh itu kita melihat begitu pentingnya untuk
mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan
muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang
berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine
tidak ada kena mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram
dan boleh menjejaskan Aqidah Islam serta merosakkan Akhlak Islam.
SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan Hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Ø Pendapat Pertama - Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa
Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor
anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap
paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu
mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran
yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang
berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan
berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya
akan menambahkan kesuburan mereka.
Ø Pendapat kedua - Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama - Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.
Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan
beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14
Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh
penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau
terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap
oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,
beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir
hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada
gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada
Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk
meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St.
Valentine.
Versi kedua - Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Ø Pendapat Ketiga - Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Ø Pendapat Keempat - menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
لِكُلِّ
أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ ۖ فَلا يُنَازِعُنَّكَ فِي
الأَمْرِ ۚ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ ۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُسْتَقِيمٍ – الحج : 67
“Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus”
To
every nation We appointed acts of devotion which they observe, therefore they
should not dispute with you about the matter and call to your Lord; most surely
you are on a right way.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah ana paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
وَلا
تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا – الإسراء : 32
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan)”
“And
go not nigh to fornication; surely it is an indecency and an evil way”
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya:
وَلَنْ
تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ
قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ
بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ
وَلا نَصِيرٍ
“Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah
petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun)
yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”. – Al-Baqarah : 120.
“And
the Jews will not be pleased with you, nor the Christians until you follow
their religion. Say: Surely Allah's guidance, that is the (true) guidance. And
if you follow their desires after the knowledge that has come to you, you shall
have no guardian from Allah, nor any helper.”
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyalurkan perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman Nya Iblis berkata:
قَالَ رَبِّ
بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ
أَجْمَعِينَ – الحجر
: 39
“Iblis berkata:
Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,”
(“He
said: My Lord! because Thou hast made life evil to me, I will certainly make
(evil) fair-seeming to them on earth, and I will certainly cause them all to
deviate”)
إِلا
عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ – الحجر : 40
“Kecuali
di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang
syirik.”
(“Except
Thy servants from among them, the devoted ones.”)
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para
ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi
seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005
memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan
oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya
yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh
Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama
Islam”.
Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
Khamis, 26 Januari 2012
Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah Chana Senggora
·
ด้วยความรักและเคารพ ขอเรียนท่านร่วมสมทบทุน เพื่อสร้างอาคารเรียน
และจัดซื้อที่ดินเพื่อสร้างอาคารละหมาดหญิง(มูซอลลา) โดยใช้งบประมาณ 6,000,000 บาท ในงาน "รวมน้ำใจ ด้วยศรัทธา นำรุ่งโรจน์วิทยาสู่ทศวรรษที่ 6" ในวันอาทิตย์ที่ 26 กุมภาพันธ์ 2555 ณ โรงเรียนรุ่งโรจน์วิทยา (ปอเนาะลางา) อำเภอจะนะ จังหวัดสงขลา หรือ
เชิญร่วมบริจาคผ่านบัญชีธนาคาร กรุงเทพ สาขาจะนะ ประเภทออมทรัพย์ เลขที่บัญชี 471-0-55471-0 หรือธนาคารกรุงไทย สาขาสงขลา ประเภทออมทรัพย์ เลขที่บัญชี 901-1-49630-2
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sempena menjelang 60 tahun kearah membina ummat. Kami Ahli Jawatankuasa Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah (Rungrotewittaya School) Daerah Chana, Wilayah Songkhla Thailand. Berbesar hati menjemput tuan/puan ke Madrasah kami, serta menghulurkan bantuan khairat bagi menyudahkan pembinaan bangunan yang masih belum siap sepenuhnya dan membina sebuah Musolla (Surau) pelajar perampuan yang menelan perbelanjaan lebih kurang 6 juta bath (RM600,000).
Perayaan Ulang Tahun tersebut akan berlangsung ada hari Ahad 26 Februari, 2012 bersamaan dengan 3 Rabiulakhir 1433H (4 Rabiulakhir 1433H-Malaysia). Bertempat di Madrasah kami Al-Falahiah Al-Islamiah Chana Songkhla. Atau masukkan sumbangan ke dalam Akuan Bank berikut :- Bangkok Bank Chana No. 471-0-55471-0 atau Krungthai Bank Songkhla 901-1-49630-2
Semoga dengan kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan/puan dapat menjayakan cita-cita suci kami. Sebelum dan sesudahnya diucapkan jutaan terima kasih.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا
Ustaz Nasroodin Kaji - Pengurus Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah
Read More...
Jumaat, 20 Januari 2012
JUMAAT 26 SAFAR 1433 H
| KHATIB JEMPUTAN MASJID TAMAN INTAN |
| USTAZ MOHD KHAIRUL IKHWAN BIN MAT ZAKI AL-HAFIZ - PENGARAH URUSAN MAHAAD AL-AKHYAR, KG RAMBUTAN REDANG, JLN PANJI, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN |
Read More...
Langgan:
Catatan (Atom)










