LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Selasa, 10 Januari 2012

مدرسة الصالحية


Mufti Kedah – ‘Lebih Senang Saya Bercakap Dengan Orang Cerdik Di Mahkamah’

 
Harga semasa RM800 ribu tapi pampasan diberi RM1.48 juta

Alor Setar – Mufti Kedah Dato’ Syeikh Baderudin Haji Ahmad memberitahu, beliau lebih senang untuk mengemukakan hujah yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung isu cadangan istibdal tanah wakaf Madrasah Salihiah di mahkamah.


“Lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah dengan membawa segala hujah dan bukti,” katanya.


Bercakap kepada wakil Wakil Warta Darul Aman di pejabatnya, beliau berkata apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan apa yang diminta oleh pihak jawatankuasa Madrasah Salihiah. Malah, katanya, apa yang diberi lebih besar dari apa yang diminta.


“Nilaian semasa tanah wakaf itu cuma RM800 ribu tetapi pihak terbabit setuju bayar RM1.48 juta. Begitu juga surau ganti dibuat dengan lebih besar di tingkat bawah bagi memudahkan jemaah memasukinya,” terang Dato’ Syeikh Baderudin.


Sebelum ini Mufti Kedah itu telah mempelawa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) untuk bertemunya bagi menjelaskan perkara sebenar tetapi BBSMS enggan sebaliknya mengemukakan tuntutan di mahkamah.


Berhubung pemakluman fatwa terhadap SPB Yang DiPertuan Agong, beliau menjelaskan bahawa secara rasmi pihaknya belum berbuat demikian dan akan menghantar empat orang wakil Majlis Fatwa Negeri untuk bertemu baginda bagi memperjelaskan keputusan fatwa secara terperinci.


“Tetapi secara tidak rasminya saya telah menjelaskan kepada Tuanku dan baginda bersetuju terhadap fatwa tersebut,” ujarnya.


Sumber : Warta Kedah
Read More...

Jumaat, 6 Januari 2012

MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ BAKAR ARANG







Jumaat 12 Safar 1433 / 06 Januari 2012 - Solat Jumaat di Masjid Abu Bakar As-Siddik, Kampung Baru, Sungai Petani. Khatib jemputan telah menyentuh tajuk berkaitan Hubbul Watan.  Cinta watan dan negara adalah sebahagian dari iman.  Negara umat Islam tidak akan lama sekiranya jika tidak ada fatwa menghukumkan haram orang Islam menjual tanah miliknya kepada orang bukan Islam.  Tidak salah bermuamalah dengan orang bukan Islam kecuali yang boleh menjejaskan keselamatan dan membahayakan umat Islam.
 
Sudah banyak tanah milik umat Islam terjual kepada orang bukan Islam terutamanya di bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan lain-lain negeri.  Tidak akan tertegaknya negara Islam jika fatwa pengharaman tersebut tidak diwartakan di peringkat negeri-negeri dan para ulama tidak menjelaskan hukum hakamnya. Fatwa pengharaman menjual tanah dikeluarkan di Palastin setelah hampir semua tanah terjual kepada bangsa Yahudi Israel.  Fatwa tersebut seudah terlambat.  Apakah kita umat Islam di Malaysia ingin jadi macamana di Palastin menjual tanah kerana ingin orang kaya segera sepertima juga berlaku di Langkawi.

Umat Islam sudah dihinggapi penyakit wahn (الوهن), seperti peringatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, bermaksud:  "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.  Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati-hati kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "الوهن".  Seorang sahabat bertanya: Apakah wahn itu wahai Rasulullah?.  Nabi menjawab: "Cinta dunia dan takut mati".  
Read More...

Rabu, 4 Januari 2012

Kedua-duanya manusia pintar di Malaysia tetapi apa bezanya antara AMALINA dengan SITI FATIMAH



 
Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang 


Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau.  Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran.


Sumber : 
 

Read More...

Selasa, 3 Januari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PEJABAT ZAKAT DAERAH KUALA MUDA

SUNGAI PETANI - Majlis penyampaian dan penyerahan borang bantuan awal persekolahan telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah bersama kakitangan pejabat zakat Daerah Kuala Muda di perkarangan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya pada 3 Januari 2012 mulai jam 8.30 - 10.30 pagi.  Sebanyak 2,600 borang telah habis dibahagi-bahagikan kepada ketua keluarga yang layak menerimanya setelah disisasat kelayakannya.  Pihak pejabat zakat tidak dapat melayan bagi mereka yang lewat hadir disebabkan kehabisan borang.

Semasa tinjauan dilakukan, didapati ada setengah pihak yang datang terlalu awal sebelum subuh dan bila ditanya kenapa datang awal, mereka menjawab takut tak dapat borang dan berada jauh dibelakang barisan.  Malangnya ada yang datang awal tidak solat subuh apabila azan dan qamat dikumandangkan.  Mereka ini bukan sahaja miskin harta benda tetapi miskin ilmun dan amal ibadah.  
Banyak jenis bantuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman termasuk bantuan rumah, perbaiki rumah, modal bisnes kecil-kecilan, makanan bulanan, bantuan tahunan, bantuan bulanan, bantuan IPT dan sebagainya.  Pada kali ini hanya bantuan awal persekolahan sahaja disediakan sebanyak RM300.00 satu keluarga yang layak seperti berikut; bagi anak yang bersekolah mula tahun 1 hingga tingkatan 6 atas yang mempunyai ibu dan ayah dengan syarat mempunyai anak 3 orang ke atas.  Manakala bagi ibu tunggal dengan syarat mempunyai anak 2 orang ke atas.

Read More...

Apa isu sebenarnya di sebalik carita Madrasah Salihiah Kancut.  Apa itu istibdal?, Suruh pi mengaji agama bab hukum hakam tak mau.  Dok kalut berpolitik kebudak-budakan, berpolitik tak matang sehingga merosakkan perpaduan ummat Islam.  Bagimana pula isu yang sama keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah pasal istbdal meroboh Masjid Alor Malai. Apakah ketika itu berlaku demontrasi membantah berlaku.  Setahu saya, ketika saya membuat survey di Madrasah Salihiah, hanya terdapat ruang solat di sebelah atas dan di ruang bawa sudah dijadikan pejabat bisnes khususnya Syarikat Insuran Takaful Ikhlas. 

Mengaku saja kita bodoh dan janganlah perbodohkan orang lain.  Berpolitiklah di Jalor dakwah dan berdakwah di Jalor politik, baru politik itu menjadi harmoni.  Banyak lagi isu yang sepatutnya sama-sama kita tangani dan mempertahankan.  Ingatlah, kita sudah berada dihujung usia dan tempat kita akan diganti dengan generasi muda Islam yang sudah ramai tersasar.  Apa akan terjadi barisan pimpinan negara dan negeri yang akan mengantikan kita itu. Adakah kita rela yang akan mengantikan kita itu penagih dadah, penagih arak, penagih rokok, penagih gam, penagih seks, tidak solat, tidak amanah, tidak beraqidah Islam, tidak berakhlak Islam, peraswah, penzina, tidak amanah mengurus dana negara dan negeri dan sewaktu serta seumpamanya.

Anda yang diberikan amanah oleh rakyat menjadi wakil rakyat hanya sebagai khadam rakyat tidak lebih daripada itu.  Kita hanyalah hamba Allah dan bukan tuan kepada rakyat.  Anda sedang diperhatikan, perangai buruk, adu domba, khianat, suka buat fitnah, bersifat kemunafikan sehingga tidak takut dengan siksaan alam qubur dan siksaan di alam akhirat.  Anda sudah dihujung usia, jangan bersifat tamak haloba sehingga lupa akan kematian yang sentiasa mengamik anda. Sifat hasad yang ada pada diri seorang itu ibarat api memakan sekam dan akhirnya membakar diri sendiri itu api neraka Allah yang akan membakar kita.

Sudahlah ... jom kita perkemas dakwah untuk menyelamatkan generasi mudah kita dah jadi apa? ... kenapa kita dok penting diri sendiri yang sudah dihujung usia yang tak lama lagi akan mapos jika kita guna bahasa kasar dan bahasa marah.  Saya nampak kita-kita yang sudah dihujung usia ini semacam tak akan mati dan tak takut malaikat maut.  Saya tahu anda tak berminat sebut pasal dakwah mendidik ahli politik beraqidah Islam dan berakhlak Islam.  Akhir kalam "hidup bersyariah hidup bertambah indah". 
Read More...

Isnin, 2 Januari 2012


Read More...

DR ASRI WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).



Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin

Read More...

Isu Madrasah Salihiah - Exco Penerangan tampil mengemukakan penjelasan terhadap 10 dakwaan yang dilemparkan


ALOR SETAR - Setelah dikritik hebat pihak tertentu berikutan Kerajaan Negeri bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah untuk dibangunkan Kompleks beli belah Aman Central, Kerajaan Negeri tampil mengemukakan penjelasan terhadap 10 dakwaan yang dilemparkan.

Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, penjelasan dibuat supaya rakyat dapat membuat penilaian sendiri, dan tidak terpedaya dengan dakwaan yang dilemparkan atas tindakan Kerajaan Negeri.

Merujuk dakwaan yang mengatakan Kerajaan Negeri bertindak zalim kerana mahu merobohkan madrasah, Abd Ghani berkata, keputusan dibuat bukan sewenang-wenangnya, sebaliknya dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah, diketuai Mufti Kedah, Datuk Sheikh Badaruddin Ahmad.

“Majlis Fatwa bermuzakarah dan putuskan surau itu boleh dirobohkan berdasarkan kaedah istibdal, iaitu pindah wakaf kepada manfaat yang lebih baik. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) selaku pemegang amanah surau untuk dapatkan wakaf yang baru,” katanya.

Menurutnya, di lokasi yang dirobohkan pula dibina surau baru yang mampu menempatkan 400 jemaah, berbanding 200 jemaah di madrasah itu.

“Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baru diberi. Makna, roboh satu dapat dua madrasah, bukankah lebih manfaatnya,” katanya.

Dakwaan kedua kononnya Mufti Kedah dipaksa turut kehendak Kerajaan Negeri turut disangkal Abd Ghani.

“Mufti Kedah dan Majlis Fatwa berada bawah kuasa Tuanku Sultan, yang kini Yang di-Pertuan Agong, bukannya lantikan Menteri Besar. Justeru, tuduhan itu tidak berasas. Mufti juga tidak buat keputusan berseorangan tetapi secara muzakarah,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota Majlis Fatwa terdiri dari kalangan ulama dan ilmuan agama dan ketokohan mereka tidak wajar dipertikai.

Abd Ghani berkata, menjawab tuduhan ketiga, iaitu surau baru dalam kompleks sukar diakses, katanya, surau itu dibina di aras bawah dan boleh diakses dari luar pada bila-bila masa.

“Jika kompleks itu ditutup, orang ramai masih boleh masuk surau dari laluan lain yang disediakan. Ia juga akan menampakkan syiar sebuah surau seperti kubah dan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat,” katanya.

Menurutnya, berbanding Madrasah Salihiah, hanya dibuka pada waktu Zuhur dan Asar, manakala pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak diimarahkan sepanjang lima waktu.

Dakwaan keempat yang mengatakan madrasah itu bernilai 100 tahun dan mempunyai nilai sejarah, Abd Ghani berkata, bangunan asal madrasah sudah diroboh pada 2007, dan bangunan sedia ada adalah bangunan baru sebagai ganti.

“Sebahagian besar bangunan adalah ruang pejabat yang disewa kepada syarikat insurans, hanya satu ruang untuk bersolat. Dianggarkan bangunan baru itu berusia empat tahun dan pampasan yang diberi dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan,” katanya.


Tiada anak kariah solat Subuh berjemaah di madrasah

Mengulas dakwaan kelima, mengaitkan seluruh bangunan madrasah sebagai rumah Allah, Abd Ghani menyangkal dan menegaskan, rumah Allah hanya untuk surau atau masjid yang menepati syarat, antaranya, tandas mesti terpisah dari bangunan utama musala, seperti
mana kesemua masjid di dunia ini.

“Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang untuk surau, seperti mana status surau di bangunan lain,” katanya.

Abd Ghani turut menafikan dakwaan keenam, iaitu lebih 200 jemaah memakmurkan madrasah itu setiap waktu solat kerana didapati hanya ada beberapa rumah orang Islam berdekatan.

“Ramai yang memilih Masjid Zahir untuk tunai solat. Jika benar surau itu ada 200 anak kariah, mengapa tiada seorang pun datang solat Subuh di situ? Mereka yang demonstrasi mengaku anak kariah, tetapi mereka sebenarnya penduduk Taman Wira Mergong,” katanya.

Menurutnya, bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insurans berbanding sebuah madrasah.

Tuduhan ketujuh yang mahu ganti wakaf (surau) dibuat sekitar lokasi berkenaan, Abd Ghani berkata, cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya, bagaimana mahu memenuhi surau ganti wakaf itu kelak, sedangkan kawasan itu bukan perkampungan orang Islam.

“Bukankah lebih baik fikirkan untuk penuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang akan dibina, lebih manfaat juga kita guna pampasan bina surau baru di kawasan ramai penduduk,” katanya.

Mengulas dakwaan kelapan yang mengaitkan sebuah gereja berdekatan tidak dirobohkan, Abd Ghani berkata, gereja itu tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan.

“Jika gereja sengaja mahu dimasukkan, maka perlu buat ganti gereja dalam kompleks itu juga. Adakah rakyat negeri ini bersedia melihat sebuah gereja dalam kompleks yang sama dengan surau?” katanya.

Dakwaan kesembilan pula menyebut, mengapa beri peluang kepada pemaju Aman Central yang bukan Islam majukan ekonomi negeri?

Abdul Ghani berkata, Aman Central adalah usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju, Bellview Group, bukannya projek milik pemaju semata-mata.

“PKNK milik Kerajaan Negeri, projek ini akan beri manfaat kepada rakyat Kedah, seperti peluang pekerjaan. Realiti dunia kini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat bangunkan iktisad tanpa bantuan bukan Islam. Tidak boleh ada sikap
‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya’,” katanya.

Menurutnya, jika begitu, orang Islam tidak boleh menunaikan haji untuk elak bukan Islam yang mengusahakan kapal terbang mendapat untung.

Mengulas dakwaan terakhir, tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, rumah Allah (masjid/surau) dirobohkan untuk bina kompleks beli belah, Abd Ghani berkata, ianya tidak benar.

“Masjid Alor Malai pernah dirobohkan untuk bangunkan kompleks Al-Bukhari, yang menempatkan kompleks perniagaan. Sebuah masjid baru dibina bukan atas tapak lama, tetapi di lokasi lain dengan kaedah istibdal, sama seperti kaedah Madrasah Salihiah,” katanya.

Menurutnya, ianya tidak dijadikan isu kerana ketika itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, dan Pas selaku pembangkang tahu hukum hakam dan tidak membantah.


“Sekarang isu Madrasah Salihiah jadi panas sebab pembangkang (BN) kini berasa lebih arif daripada ulama dalam Majlis Fatwa, dan buat pelbagai kenyataan dan dakwaan,” katanya.


Sumber : Kedahlanie

Read More...

Jumaat, 30 Disember 2011

JUMAAT 30/12/2011 DI MASJID TAMAN INTAN


TAKRIF TAQWA (تقوى)

Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa (تقوى).

Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa (تقوى) tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata. Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.


Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.

TAKRIF

Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf (خَوْفً) atau khasya (خَشْيَة).

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah (وقى – يقى - وقاية) yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
ياأيهالذين ءامنوا قواأنفسكم أهليكم نارا ...
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu (إِتَّقُ) atau yattaqi (يَتَّقِ). Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.

Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara- perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.

Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Allah SWT. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.

Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Allah SWT. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Allah SWT. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.
Apa yang dapat disimpulkan isi khutbah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Subri Hj Arshad Mudir Ma’had Ad-Da’wah A;-Islamiyyah berhubung sifat orang yang bertaqwa yang disebut oleh Saiyidina Ali karramallhu wajhah ialah; takut akan Allah ketika berhadapan denganNya di hari akhirat, membuat persiapan yang cukup di dunia ketiak berangkat ke alam qubur dan seterusnya menuju ke alam mahsyar dan ridho akan dan rasa kecukupan rezeki yang Allah telah berikan. 
Lawan dari sifat taqwa ialah; manusia tidak pernah rasa takut dengan meninggalkan solat, melakukan maksiat, menggambil harta orang dengan jalan yang haram, terlibat dengan raswah walaupun memiliki harta berjuta-juta ringgit dari peringkat pimpinan negara sampai ke peringkat rakyat biasa, khianat terhadap amanah rakyat mengurus negara dan lain-lain.



Read More...
 

Pengikut