LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Ogos 2008

DAKWAH DI KALANGAN MASYARAKAT CINA

DAKWAH DI KALANGAN MASYARAKAT CINA

Oleh

Ann Wan Seng
Setiausaha Kehormat MACMA


1. PENGENALAN

Masyarakat Cina membentuk lebih kurang 30 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Mereka bukan sahaja menguasai bidang ekonomi tetapi juga memainkan pernan yang penting di dalam politik dan pemerintahan negara. Kebanyakan daripada orang Cina tinggal di kawasan bandar dan membentuk komunitinya yang tersendiri sehingga terbentuk penempatan yang dikenali sebagai ?China Town? dan ?kampung baru?. Kedudukannya ini membolehkan mereka hidup berdikari dan mampu membentuk jaringan perniagaannya sendiri. Namun begitu, masyarakat Cina bukan merupakan satu masyarakat yang tertutup. Kalau dibandingkan dengan masyarakat yang lain, orang Cina adalah bersikap fleksibel, mudah menyesuaikan diri dan menerima perubahan yang berlaku. Sebab itulah, orang Cina boleh tinggal di mana-mana kerana keupayaannya mengadaptasikan dirinya dengan keadaan persekitarannya. Ini memberikan kita suatu petunjuk betapa orang Cina memiliki kesedaran politik dan sosial yang tinggi. Cuma dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan budaya dan bahasa mereka agak bersikap defensif.

2. SENARIO DAKWAH DI KALANGAN ORANG CINA

Orang Cina merupakan golongan yang paling ramai memeluk Islam di Malaysia berbanding dengan kelompok etnik yang lain. Kenyataan ini berdasarkan kepada jumlah pengIslaman yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERKIM, MACMA dan Persatuan Darul Fitrah. Kuantiti orang Cina yang memeluk Islam didapati semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Begitu juga daripada segi kualiti orang Cina yang memeluk Islam juga menunjukkan suatu tendensi yang amat positif. Kalau dahulu, orang Cina yang memeluk Islam terdiri daripada golongan kelas bawahan tetapi kini ramai yang datang daripada lapangan pekerjaan profesional dan menduduki strata sosial kelas pertengahan.

Walaupun faktor perkahwinan masih menjadi alasan utama seseorang memeluk Islam tetapi kefahaman dan penyebaran meluas informasi mengenai Islam menjadi di antara faktor yang turut mendorong orang Cina memilih Islam sebagai agama anutannya. Usaha-usaha terancang yang dilakukan oleh pihak barat untuk memburuk-burukkan Islam tidak memberikan banyak kesan terhadap proses dakwah di kalangan orang Cina. Sebaliknya ia menjadi satu rangsangan untuk mereka mendapatkan maklumat mengenai Islam daripada pelbagai sumber yang lebih berautoriti.

Orang Cina merupakan golongan masyarakat yang kritikal. Mereka sering membuat penilaian dan perbandingan sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, usaha-usaha untuk membetulkan persepsi masyarakat Cina harus dilakukan secara konsisten bagi menyakinkan mereka bahawa Islam tidak pernah cuba menghakis hak dan menghilangkan identiti mereka. Agama Islam adalah milik setiap manusia dan ia tidak terbatas kepada orang-orang Melayu dan Arab sahaja. Untuk menarik orang Cina kepada Islam memerlukan kesungguhan politik di samping gerak kerja dakwah yang tersusun dan menepati kehendak sasarannya.

Bagi merancakkansenario pengIslaman dan kegiatan dakwah di kalangan orang Cina, halangan bahasa dan budaya harus diatasi dengan umat Islam berusaha memahami dan mengenali kelompok etnik itu dengan lebih dekat. Apa yang lebih penting lagi umat Islam harus berusaha melihat daripada perpestif orang Cina supaya usaha dakwah yang dijalankan dapat disesuaikan denagn selera mereka tanpa mengorbankan prinsip asas yang terhapat dalam ajaran Islam.

3. CABARAN DAKWAH KEPADA ORANG CINA

Orang Cina sentiasa menganggap kebudayaannya lebih tinggi daripada kebudayaan bangsa yang lain. Justeru itu, tidak mudah untuk mereka menerima budaya masyarakat lain. Dalam hal ini, umat Islam perlu memajukan diri dan menunjukkan kemampuan yang tinggi di dalam kehidupan untuk menyakinkan orang perlu majudaripada segi ekonomi, pendidikan, sosial dan politik untuk menarik perhatian dan minat orang Cina kepada Islam. Dalam konteks di Malaysia, orang Melayu menjadi rujukan kepada agama Islam. Sekiranya orang Melayu sendiri tidak yakin dan tidak beramal dengan Islam, bagaimana kita hendak mengharapkan orang Cina untuk menerima. Orang Melayu seharusnya berada di saf yang paling hadapan dengan membawa pendekatan dakwah yang progresif. Mereka perlu menghapuskan prasangka berdasarkan ras dan etnik sebagai satu saluran untuk merapatkan jurang dengan orang Cina.

Usaha dakwah kepada orang Cina tidak mungkin akan berkesan kalau politik perkauman dan sentimen chauvanistik terus menjadi ideologi dan matlamat perjuangan. Islam harus disampaikan secara global dengan mengambil kira nilai-nilai yang wujud dalam masyarakat lain. Islam tidak pernah mengenakan sekatan yang keterlaluan sehingga menyebabkan orang merasa sukar untuk mendekatkan diri dengan para penganutnya. Umat Islam termasuk juga orang Melayu harus merapatkan diri mereka dengan orang Cina sama ada dalam bentuk yang formal atau tidak. Umat Islam harus bersikap terbuka kalau mereka hendak orang lain bersikap terbuka terhadap Islam. Sikap terbuka dan sederhana tidak sama dengan berfahaman liberal. Kedua-dua konotasi itu harus dibezakan supaya Islam tidak disamakan dengan fahaman-fahaman barat yang lain.

Orang Cina boleh menerima Islam kalau mereka dapat diyakinkan bahawa sosio-budaya, bahasa dan identiti keturunan meeka tidak hilang selepas mereka memeluk Islam. Soal akidah dan kepercayaan harus diletakkan pada kedudukan yang utama berbanding dengan hal yang remeh-temeh yang boleh membantutkan usaha-usaha dakwah seperti persoalan makan guna tangan dan penyepit, fesyen pakaian, bentuk masjid dan sebagainya. Dalam soal akidah, tidak ada kompromi dalam Islam. Tetapi dalam soal yang berkaitan dengan cara hidup wujud toleransi dalam Islam selagi mana ia tidak menjurus kepada keburukan, kejahatan, kemungkaran dan perkara-perkara yang negatif. Perasaan saling hormat menghormati perlu ada bagi memasti siratulrahim dan hubungan mesra antara kaum dapat diwujudkan. Ia menjadi kunci dan asas bagi merentasi segala cabaran yang merintangi perjalanan untuk menyampai dakwah kepada orang Cina khususnya dan masyarakat non muslim secara umumnya.

4.KESIMPULAN

Perbezaan bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya bukan merupakan halangan berdakwah kepada orang Cina. Masalah yang paling besar ialah sikap umat Islam yang tidak lagi mahu berdakwah dan tidak memahami apa perlunya berdakwah. Kejayaan dakwah kepada orang Cina akan membuahkan banyak hasil yang positif kepada umat Islam. Selain ia dapat meramaikan umat Islam, dengan kemasukan orang Cina ke dalam Islam ia dapat memperkuatkan kedudukan ekonomi orang Islam yang nampaknya masih jauh ketinggalan. Kekuatan ekonomi, semangat ukhwah dan persaudaraan Islam sejati akan membentuk satu kuasa yang maha hebat bagi memastikan proses perkembangan Islam terus mendapat momentumnya untuk menjadi alternatif dan solusi kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia sejagat tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Read More...

STRATEGI DAKWAH KPD MASYARAKAT INDIA

STRATEGI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT INDIA


Kertas kerja ini disediakan untuk membantu para pendakwah supaya dapat mengenali latar belakang keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat India di Malaysia. Perbincangan di dalam kertas kerja ini di fokuskan kepada masyarakat India yang menganut agama Hindu supaya para pendakwah dapat mengaplikasikan teknik dakwah yang khusus dan berkesan.

1.0 PENDAHULUAN

Migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi.

Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India. 70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.

2.0 PENGENALAN KEPADA AGAMA HINDU

Perkataan Hindu tidak ada di dalam kitab-kitab agama Hindu yang awal. Agama Hindu pada mulanya dikenali dengan nama Sanadhana Dharma (agama yang kekal). Penganut Hindu percaya kepada banyak dewa dan dewi yang jumlahnya sehingga ke 330 juta.

Agama Hindu telah disusun semula ke dalam enam mazhab (sub sects) yang besar oleh Athi Sankara Chariya yang mana setiap mazhab mempunyai dewanya tersendiri. Keenam-enam dewa ini pula dikatakan berasal dari Brahman (sumber) yang sama. Mazhab-mazhab tersebut adalah Sowram iaitu pemujaan matahari, Saivam bertuhankan Siva, Kowmaram bertuhankan dewa Subramaniam, Vaishnawam bertuhankan Vishnu, Ganapathiyam bertuhankan dewa Ganapathy dan Saaktham bertuhankan Sakthi (tuhan wanita). Semua mazhab mempunyai pengikut masing-masing kecuali Sowram. Setiap mazhab mempunyai cara beribadah, pemujaan dan mantra tersendiri.

Selain daripada itu, terdapat Trimurthi atau rangkaian tiga tuhan iaitu Brahma, Vishnu dan Siva. Setiap tuhan mempunyai tugas masing-masing iaitu Brahma tuhan yang mencipta, Vishnu tuhan yang memberi perlindungan dan Siva tuhan yang menghancurkan. Dinyatakan dalam kitab Hindu, Chandogya Upanishad (Chap 6 Sec 2 Verse 1) “Ekam Evad Vitiyam” yang bermaksud “Dia hanya satu dan bukan dua”. Dalam Rig Veda, Vol.6,45:16: disebut "There is only One God, worship Him."

Konsep ketuhanan Hindu berasaskan kepada penyembahan patung dan berhala yang mempunyai beberapa ciri tertentu. Ada tuhan disembah berupa manusia (seperti Rama, Subramaniam, Krishna, dll), haiwan (monyet, lembu, ular, dll) dan alam semula jadi (api, matahari, gunung-ganang, dll). Shwetashvatara Upanishad 4:19 menyatakan “Na tasya pratima asti” yang bermaksud “Tidak ada wajah atau rupa bagiNya”. Manakala dalam kitab Panniru Thirumurai/Thevaram yang lazim digunakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia disebut “karpanai kadantha jothi KARUNAI yeh uruvam aagi” yang bermaksud “Tuhan dalam bentuk Nur yang tidak dapat dibayang rupaNya, sifatNya berupa Rahman dan Rahim”.

Pada kepercayaan penganut Hindu, tuhan boleh menjelma menjadi manusia dan haiwan. Institusi ketuhanan Hindu sama seperti manusia, di mana mereka juga beristeri dan mempunyai anak. Walau bagaimanapun dalam kita suci awal agama Hindu, Shwetashvatara Upanishad 6:9 menyatakan “na casya kas cij janita na cadhipah” yang bermakna “Dia tidak dilahirkan atau tidak melahirkan”.

Manakala lembu pula merupakan binatang yang suci dalam agama Hindu dan diharamkan membunuhnya. Sebaliknya terdapat bukti di dalam kitab Rig Veda lembu pernah dikorbankan dan dipanggang dalam upacara keagamaan. Matha, Pitha, Guru, Deva pula merupakan konsep ibadah yang penting.

Kitab-kitab suci agama Hindu yang penting adalah seperti Veda (iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Soma Veda dan Atharva Veda), Upanishad, Mahabaratha, Bhagavadgita, Ramayana, Purana dan Tantaras serta kitab Panniru Thirumurai dan Thevaram.

Konsep ibadah dalam agama Hindu lebih kepada penyembahan berhala dan menyambut perayaan keagamaan seperti Deepavali, Ponggal, Thaipusam dll. Penganut Hindu percaya mereka akan dilahirkan semula setelah mereka mati. Walau bagaimanapun mereka tidak semestinya dilahirkan semula sebagai manusia. Ramai juga yang percaya tentang adanya syurga dan neraka.

Institusi sosial dalam agama Hindu banyak dipengaruhi oleh sistem kasta. Pada asalnya hanya terdapat empat kasta iaitu Brahmin, sudra, vyasa dan satria. Kemudian sistem kasta ini berkembang sehingga melebihi dua ribu kasta. Ada kasta yang bersandarkan pekerjaan turun temurun. Biasanya seseorang itu tidak boleh menukar kastanya. Akibat dari sistem kasta yang mendiskriminasi, adalah sukar untuk melihat kesamaan dan persaudaraan dalam masyarakat Hindu.

Wanita tidak mempunyai sebarang hak asasi. Sebelum berkahwin dia patuh kepada ibubapanya dan setelah berumah tangga terpaksa akur kepada suaminya. (Mahabharata 3:231.) Seorang wanita tidak boleh berkahwin semula setelah kematian suaminya. Wanita juga tidak boleh mewarisi harta keluarganya ataupun harta suaminya. Lazimnya wanita Hindu lebih suka mati sebelum suaminya mati.

3.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India merupakan satu kelompok manusia yang amat kaya dengan kebudayaan dan tradisi. Hampir kesemua amalan masyarakat India mempunyai nilai-nilai serta maksud yang tersirat. Namun kebudayaan dan keagamaan sering tidak dapat dipisahkan. Antara amalan-amalan yang popular di kalangan masyarakat India adalah seperti menyambut kelahiran, upacara memberi nama, menindik telinga, mencucuk hidung, meletak tanda pada dahi dan mencapai baligh. Selain itu makanan, perkahwinan dan kematian di kalangan masyarakat India juga berbeza dari kebudayaan masyarakat yang lain di Malaysia.

Pakaian tradisional masyarakat India adalah seperti sari, veesthi, pakaian Punjabi, gurtha dll. Pemakaian baju dan seluar moden diterima secara luas.

Memakan makanan di atas daun pisang merupakan salah satu adat asas masyarakat India. Daun pisang digunakan atas sebab kesihatan dan kebersihan. Manakala makanan popular orang India adalah seperti tosai, capatti, idli, vade, puri dll. Ramai orang-orang India mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian) di atas faktor keagamaan.

Pokok pisang mempunyai nilai tradisi yang tinggi. Biasanya pokok pisang digunakan di dalam upacara perkahwinan, menyambut hari kelahiran dan menyambut hari-hari kebesaran keagamaan. Pokok pisang melambangkan kesinabungan atau persaudaraan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Salah satu daripada tradisi orang India adalah kolem iaitu lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik. Kolem juga menggambarkan perasaan seseorang. Kolem dibuat dengan tepung beras atau beras yang dibancuh dengan warna.

Memecah buah kelapa di upacara keagamaan dan keramaian membawa maksud untuk menyelesaikan segala kebuntuan dan masalah. Di samping itu kelapa juga dipecahkan dengan diiringi doa supaya tuhan menghancurkan ketakaburan seseorang seperti mana kelapa itu berkecai, dan menyucikan hati mereka seperti isi kelapa yang putih.

Membunyikan loceng di kuil dan memainkan alat-alat muzik seperti melam (gendang) dan nadaswara adalah bertujuan untuk menarik perhatian penganut Hindu terhadap tuhan mereka dan menjauhkan suara-suara yang sumbang dari didengar oleh tuhan.

Pottu atau meletak tanda bulat di dahi mempunyai fungsi sosial dan keagamaan. Tanda merah (kum-kum) adalah simbol Dewi Sakti, tanda kuning atau cendana membawa maksud Dewa Siva dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir. Tanda hitam juga melambangkan seseorang itu masih dara. Kini pelbagai warna digunakan untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan. Biasanya abu putih diletak di dahi melambangkan kesucian.

4.0 TANGGAPAN PENGANUT AGAMA HINDU TERHADAP AGAMA ISLAM

i. Agama Islam adalah untuk mereka yang lahir di dalam keluarga Islam sebagaimana agama Hindu bagi mereka yang lahir dalam keluarga Hindu.

ii. Agama Islam dan agama Hindu adalah dari tuhan yang sama. Oleh itu kedua-dua agama ini adalah benar.

iii. Semua agama boleh diterima. Tidak salah seorang penganut Hindu mengamalkan ajaran agama lain termasuk Islam.

iv. Orang Islam yang megerjakan solat lima waktu, puasa dan haji serta mengamalkan sunnah dan berpegang teguh pada ajaran Islam kadang kala dilihat sebagai fanatik.

v. Akibat publisiti negetif oleh media barat, Islam dilihat sebagai agama keganasan. Kebanyakkan Negara Islam terlibat dalam peperangan.

vi. Orang Islam menyembah Kaabah. Orang Islam dilihat tawaf, rukuk dan sujud di hadapan Kaabah.

vii. Masyarakat Islam lemah/pasif dan sentiasa perlu dibantu. DEB dan RMKe9.

viii. Seseorang yang memeluk agama Islam akan dipaksa oleh orang Islam untuk meninggalkan keluarga dan kebudayaan asalnya.

ix. Satu kehinaan bagi keluarga apabila seseorang ahli keluarga memeluk agama Islam kerana dia tidak boleh menyertai upacara kematian keluarga Hindu.

x. Masuk Islam dilihat sebagai masuk Melayu. Pakai songkok dan baju Melayu serta bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu.

xi. Ajaran Islam menghina agama Hindu. Misalnya penyembelihan lembu secara besar-besaran. Lembu dianggap sebagai binatang yang suci.


5.0 KENAPA PERLU BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT HINDU

i Untuk memperkenalkan Islam kepada orang-orang Hindu sebagai agama yang sempurna.

ii. Untuk memberi gambaran yang baik tentang Islam supaya orang-orang Hindu bersikap positif terhadap Islam.

iii. Untuk menyampaikan Islam dengan hikmah supaya tidak mendatangkan perasaan takut.

6.0 PENDEKATAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT HINDU

i. Mengadakan dialog dan perjumpaan dengan pelbagai pertubuhan dan masyarakat Hindu seperti Persatuan Hindu Malaysia, Persatuan Belia Hindu, Kelab Bell Tamil, dll.

ii. Mengadakan kerjasama dengan pertubuhan Hindu dalam berbagai program dan perkara yang melibatkan kepentingan bersama seperti gotong-royong, Rukun Tetangga, kempen kesihatan, kem pendidikan, dll.

iii. Melakukan ziarah kepada masyarakat Hindu. Jika masyarakat Islam menziarahi rumah kematian orang Hindu atau menziarahi orang sakit, InsyaAllah, ia merupakan dakwah yang paling berkesan. Bawalah buah tangan untuk menambat hati mereka.

iv. Membantu masyarakat Hindu yang menghadapi pelbagai kesusahan seperti tidak mampu untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

v. Mendedahkan masyarakat Hindu terhadap realiti sebenar ajaran agama Islam, samada dari segi ajaran, tamadun dan pencapaian ilmu pengetahuan. Boleh menggunakan kaedah sains untuk membuktikan kebenaran al Quran.

vi. Penerangan dan penyebaran maklumat Islam perlu dibanyakkan dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Tamil.

vii. Sistem institusi kewangan Islam seperti perbankan, pajak gadai dan takaful perlu dijelaskan untuk menarik minat masyarakat Hindu terhadap agama Islam.

viii. Pendakwah perlu memahami sosio-budaya serta pemikiran masyarakat Hindu yang menjadi sasaran dakwah. Supaya tidak menimbulkan sebarang reaksi yang negetif.

ix. Memanjangkan masa siaran radio dan TV Islam dalam bahasa Tamil. Beri peluang yang lebih luas kepada saudara baru India untuk muncul di kaca TV.

x. Menyelitkan rancangan-rancangan bercorak propaganda untuk menarik orang-orang Hindu kepada Islam. Misalnya bukti-bukti dari kitab Hindu yang menolak penyembahan berhala serta bukti-bukti dalam kitab Hindu tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

xi. Agensi-agensi kerajaan perlu mengadakan penerangan secara terus terang berkaitan agama Islam. Kaedah ini memberi lebih banyak maklumat kepada masyarakat.

xii. Jangan sesekali sentuh isu kasta atau mempersendakan tuhan Hindu di hadapan penganut Hindu kerana ianya boleh mencetuskan keadaan ketegangan.

xiii. Mencampurkan pelajar/mahasiswa Hindu untuk tinggal bersama pelajar Islam di asrama di pusat pengajian tinggi. Dengan kaedah ini konsep ibadah dan akhlak Islam dapat dikenalkan kepada pelajar Hindu.

xiv. Pamerkan akhlak yang terpuji dan tawanlah kepercayaan mereka terhadap agama Islam.

xv. Jangan memperkecilkan agama Islam atau pemimpinnya di hadapan orang-orang Hindu. Misalnya mengatakan ‘hudud itu zalim’ atau menghina Nabi Muhammad s.a.w. Masyarakat Hindu tidak akan menghormati agama Islam di masa akan datang.

xvi. Jangan panggil orang Hindu dengan panggilan ‘keling’, ‘Hindu’, ‘India’, ‘pariah’ dsb. Adalah sukar untuk menambat kembali hati mereka sekiranya perasaan mereka tidak diambil kira.

xvii. Anjurkan kelas bimbingan bagi pelajar Hindu di estet dan di kawasan setinggan. Klinik bergerak NGO Islam perlu kerap ke kawasan-kawasan ini.

xviii. Jangan hidangkan daging lembu kepada orang-orang Hindu. Cuba elak dari makan daging lembu bila kita makan bersama mereka.

7.0 KESIMPULAN

Semoga kerta kerja ini dapat membantu kita untuk mengenali kepercayaan dan kebudayaan orang-orang India di Malaysia. Di samping itu membuka jalan untuk berdakwah kepada mereka. Adalah menjadi harapan penulis agar kita dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di Negara kita dan pada masa yang sama kita memperkenalkan budaya dan agama kita kepada mereka. Semoga perjumpaan kita ini dirahmati Allah s.w.t. Amin.

fitriabdullah@hotmail.com

76, Jalan Angsana
Taman Idaman
48200 Serendah
Selangor
012-3159262.

Read More...

Khamis, 14 Ogos 2008

REMAJA DAN BELIA HIDU GAM

Masalah Hidu Gam Dikalangan Pelajar

Masalah remaja hidu gam yang melibatkan pelajar sekolah semakin berleluasa. Ia melibatkan pelajar seawal usia 10 tahun. Pada 11 April 2000 pernah berlaku dimana tiga orang remaja berusia 14, 18 dan 20 tahun ditemui mati akibat gejala ini. Gam lebih mudah diperolehi dan lebih murah untuk dibeli menyebabkan gejala tidak sihat ini semakin menular. Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil sesuatu tindakan sebab sehingga kini tiada sebarang akta yang diperuntukkan bagi membendung dan mengatasi masalah ini. Tanpa akta maka masalah yang wujud bukanlah sesuatu yang salah disisi undang-undang. Sekurang-kurang, kerajaan perlu mewujudkan akta bahawa mereka yang dibawah usia 18 tahun tidak boleh membeli gam dalam kuantiti yang banyak.

Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak:

1. menjadi nyanyuk
2. hilang ingatan
3. psikotik atau gila,
4. hilang upaya deria dan
5. kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut.


Apakah cara untuk kita mengatasinya?

Ibu bapa perlu prihatin dan awasi tingkah laku anak-anak mereka. Semak bilik, laci dan beg sekolah anak. Awasi pergerakan dan rakan-rakan mereka.

Pendedahan tentang kesan dan akibat daripada gejala ini mesti diberikan bermula dari pelajar sekolah rendah lagi. Lebih efektif jika ditunjukkan video serta gambar-gambar agar timbul rasa gerun dan insaf.

Perlu ada akta bagi menghalang gejala ini agar boleh diadakan penguatkuasaan. Malah mungkin gam dijadikan sebagai barang kawalan yang tidak sewenang-wenangnya boleh dibeli, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak.

Perbanyakkan program motivasi di peringkat sekolah. Program motivasi ini pula perlu dilakukan secara berterusan dan lantik mereka yang pakar untuk menjalankan program-program ini.

Read More...

LANDAS 6

LANDAS 6

Sebaik bangun dari tidur, kepala terasa berat dan badan terasa panas. Tekak pula pedih, simptom-simptom demam. Tiba-tiba semangat saya yang berkobar-kobar untuk pergi ke program pagi ini luntur. Namun apabila mengenangkan tiada sahabat MT lain yang akan menyelaras peserta-peserta untuk program ini, digagahkan juga diri ini untuk bangun. Sebaik tiba tempat menunggu bas Indah Kembara, sudah ada dua orang peserta menunggu. Bilangan asal yang berminat menyertai program ini seramai 18 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Dalam tempoh sehari sebelum program, cuma tinggal 11 orang peserta sahaja. Dan pada pagi ini cuma 6 orang peserta perempuan, dan dua orang peserta lelaki yang akan menyertai program pada sesi petang. Seorang pelajar SUKSIS meng ‘sms’ saya meminta kami menunggunya hingga pukul 8pagi. Katanya dia mahu mendaftar kehadiran SUKSIS dan kemudian mengikut program kami. Malangnya dia gagal mendapat persetujuan sarjan untuk meninggalkan tempat mereka berkawad. Abang Shamsul yang memandu van untuk ke lokasi kelihatan agak terkejut melihat semua peserta adalah perempuan. Ketika di dalam van saya masih lagi menerima ‘sms’ dia yang masih lagi berharap dia berkesempatan untuk menyertai program ini.
Kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 9.30pagi dan menginap di Masjid Ibrahim. Kami disambut baik seorang wakil masjid dan abang Salman. Setelah abang Amir tiba, kami diberikan sedikit taklimat untuk memperjelaskan konsep sebenar ‘SOSIAL’.Kemudian kami telah dibawa ke Taman Jubli Perak untuk meninjau tempat yang agak popular dalam kalangan mereka yang ‘berdating’. Kami disuruh membuat diskusi ringkas dan berlatih bersembang agar tidak kelu apabila membuat program lapangan sebenar.

Kami telah digabungkan dengan kumpulan dari Merbuk dan beberapa orang penggerak Landas dari Sungai Petani. Kini bilangan kami menjadi ramai. Semua yang hadir kelihatan sangat bersemangat telah membakar semangat saya yang padam sebelum ini. Kami dibawa ke stesen bas Sungai Petani untuk melihat zon-zon yang menjadi tempat adik-adik remaja kita menghidu gam, minum arak dan melepak. Ketika meronda, kami terserempak dengan seorang pelajar yang masih beruniform sekolah.Ponteng! Wajah adik itu agak cemas dengan kehadiran kami. Kemudian kami dibawa melihat kawasan di sebelah sebuah sungai yang sangat busuk dan kotor. Kawasan tersebut kelihatan lengang dan lapang. Dulu tempat tersebut menjadi ‘port’ adik-adik kita berkumpul menghidu gam dan melepak. Namun setelah tempat duduk di kawasan tersebut di runtuhkan, adik-adik itu telah berhijrah ke tempat lain. Di manakah mereka membawa diri? Di manakah harus kami cari adik-adik itu? Siapakah yang akan datang menemui adik-adik itu untuk diberi nasihat agar mereka yang dahagakan kasih sayang itu sedar dan berubah menjadi baik?
Lokasi seterusnya ialah bangunan kosong yang menjadi istana saudara kita yang tercicir dari dunia kita yang pantas berlari. Di bangunan 8 tingkat itu kami temui jarum, pil, pakaian, tilam dan sedikit barang-barang peribadi yang jelas menunjukkan bangunan usang itu berpenghuni. Saya sebak membayangkan betapa ada insan lain yang bergelap di bangunan ini sambil melayan khayal sementara saya di dunia saya yang penuh dengan kasih sayang dan kecemerlangan hidup. Adik-adik PPM kelihatan begitu bersemangat meneroka mencari jejak yang ditinggalkan tuan rumah. Lawatan realiti ini bagus untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mereka dalam bergerak kerja untuk masyarakat. Kami meneruskan perjalanan ke Central Square yang menjadi tempat masyarakat setempat berkunjung untuk membeli belah dan berhibur. Kami dibawa ke tingkat teratas iaitu tingkat ‘karaoke’, permainan video dan pawagam.Huh.. saya teruja setelah sekian lama tidak ke tempat seperti ini. Dulu ketika zaman sekolah, lepas keluar keputusan peperiksaan emak akan beri saguhati. Saya dan adik-adik saya akan datang menghabiskan RM10 di tempat seperti ini. Tetapi rasanya tempat saya bermain dulu lagi banyak permainanya berbanding di sini. Dan setiap kali saya dan adik-adik ke sini, emak abah ikut sama. Mereka duduk menunggu kami main macam body ‘guard’. Saya tiba-tiba bingung, apa yang saya nak buat di sini? Sudahlah penampilan saya sangat luar biasa dari semua pengunjung ( bertudung labuh dan ber T-shirt labuh ke lutut). Banyak mata memandang, wah.. menjadi perhatian, tak sukanya :-( Saya ‘stop’ masuk tempat macam ni semenjak mula terlibat dengan kerja mendidik insan di sekolah menengah. Masa tu selalu pokai, sedangkan tempat ni menelan banyak duit. Kerja dakwah, kalau duit tak keluar dari poket sendiri, macam mana nak buat usaha dakwah.. Masa tu rasanya sia-sia habiskan duit di tempat macam ni.Kiranya saya tak adalah pandang serong pada tempat ni kecuali karaoke dan pawagam, yang tu memang mak tak izinkan langsung. Bila dah masuk matrikulasi, kawan-kawan selalu ajak ke tempat macam ni.. Tapi saya ni jenis tegas.

“Sorry.. its forbidden for me to step in cinema, lets go to other places..” kata-kata ini diucapkan pada mereka..dan selalunya kami beralih ke bowling..

Abang Amir bertanya “Tau tak nak buat apa di sini?” Saya menjawab jujur “Tak.” Abang Amir menjawab “Bersembang. Bersembang dengan sesiapa sahaja.”

Bersembang? Saya faham.. maksudnya korek maklumat.. kembali kepada objektif program, bertemu dan berkongsi dengan adik-adik yang dahagakan kasih sayang. Dengan muka yang tak malu, kami menegur mereka yang kami jumpa. Kemudian bersembang sedikit. Rata-rata semua nampak kami cepat-cepat bangun ke tempat lain. Adik-adik PPM saya kelihatan malu-malu dan agak tertekan dengan reaksi mereka.

“Tak boleh la kak.. kami tak tahu nak bersembang..”salah seorang dari mereka kelihatan berputus asa.

“Boleh.. mari ikut kakak, ” saya memujuk. Tidak lama kemudian datang sekumpulan ramaja perempuan, dalam 7 orang bersama seorang lelaki.

“Assalammualaikum dik..” dengan selamba saya menghulurkan tangan kepada adik-adik perempuan. Mereka terkejut.. Yelah, di tempat macam ni, ada ke orang bagi salam?

Kalau saya jadi adik-adik tu pun saya terkejut juga. Sambil sembang sambil korek maklumat. Mereka kelihatan resah. Mata mereka memeriksa kami dari hujung kaki hingga ke kepala.

“Hm.. kalau nak datang sini, berapa agaknya ‘budget’ yang perlu kita sediakan?” Ececeh.. saya buat-buat muka berminat dengan tempat ni. Si lelaki dengan tersenyum menjawab, “RM7 kak..”
“Oo.. berapa games dapat main tu?” saya meneruskan. Dengan penuh bangga si adik menjawab “Tujuh.” Saya mengangguk, semakin berminat, “Oh, satu games Rm1 ye dik..”. Si adik mengangguk.Harga masa zaman saya dulu 50sen untuk setiap games.. Seorang remaja perempuan kelihatan marah dengan saya.

“Akak ni datang sini ada program ke?” Suaranya tinggi dan kasar. Wajahnya kelihatan menyampah pada kami. Hahaha, saya ni kalau orang tu tak nak pada saya, lagilah akan saya berusaha mendekati..

“Akak datang sini nak jalan-jalan.. Hari ni kan Pulau Pinang cuti.. Akak tak pernah sampai sini, ni lah first time dik..” saya menyambung sambil senyum. Berkurang sedikit kerut di wajah adik perempuan itu. Barangkali berpuas hati dengan jawapan saya.

“Em dik.. Kat sini kan, mana lagi tempat yang best-best ye?” Saya menyambung. Sambil bersembang, saya melengahkan mereka dari masuk ke tempat games.

“Tak tau, saya pun jarang ke sini..” jawab dia. Hm, boleh percaya ke? Tadi semasa mereka masuk, mereka macam dah biasa dengan tempat ni.

Selepas berpisah dari adik-adik ini, saya dan adik-adik PPM meronda mencari kedai-kedai yang mempromosi budaya sonsang. Kami masuk keluar banyak kedai namun tidak menjumpai apa-apa tanda budaya sonsang.. Ataupun mungkin kami yang tak tau tanda-tanda budaya sonsang.. Nampak sangat yang saya ni tak peka dengan penyakit masyarakat..

“Kak, tumpang tanya..” biasalah kan, kalau tak tahu baik bertanya..

“Di mana kedai-kedai yang jual barang-barang brutal?” soal saya. Kakak tu terkejut. Dia menunjukkan beberapa kedai. Semua kedai tu saya dah masuk tadi. Tapi tak ada apa-apa yang saya jumpa boleh dikategorikan brutal di situ. Sebab kalau saya mengikut adik saya bershopping, dia bawa je saya masuk tengok barang di situ. Barang-barangnya agak mahal dan berkualiti.

“Kenapa akak kata kedai tu brutal?”
“Sebab penjual dia pun brutal..”jawab kakak tu sambil ketawa.
Yeke? Penjual tu brutal? La.. kalau ini dah masuk kategori brutal, adik saya pun kalau kakak tu tengok, kira brutal juga la ye? Dan kawan-kawan sekolah saya semua pun brutal la ye? Entah-entah saya pun brutal? “Tak.. lillah baik,”seorang teman memujuk. Hm.. tiba-tiba terasa rindu sangat pada 3 orang adik lelaki saya.

Beberapa kali lagi kami terserempak dengan adik-adik perempuan tadi tetapi mereka masih menunjukkan rasa tidak suka pada kami. Tetapi saya masih belum berputus asa. Adik-adik PPM saya kelihatan penat.

Selepas bersolat zohor di surau tiba-tiba seseorang menegur. Adik-adik tadi menegur. Suatu permulaan yang baik! ;-) Ketika makan tengah hari, meja kami bertentang dengan meja makan adik-adik tu. Mereka melambai sambil tersenyum. Makanan di sini agak mahal. Hati saya kuat mengatakan yang adik-adik tersebut tak akan mampu makan di sini kalau duit dah habis di tempat main tadi. Hm.. inilah masalahnya. Adik-adik ni datang sini tanpa pengawasan ibu bapa. Mereka guna duit tanpa kawalan. Semua duit dihabiskan ke games dan karaoke, apa yang tinggal untuk makan? Mereka masih belum matang untuk menerima kebebasan seperti ini. Masa ni terasa nak sangat ucapkan terima kasih pada mak sebab ‘control’ habis-habisan semasa membesarkan saya. Dalam adik beradik saya, saya seorang je yang bersekolah harian biasa, adik-adik saya semua ke asrama. Kemana saya pergi, memang mak akan hantar dan ambil. Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan, mak akan hantar dan ambil dengan kawan-kawan sekali. Kesannya, kawan-kawan saya rapat dengan mak saya.. asyik nak mak saya je, jeles! Kata sahaja nak ke mana, mak akan bawa.. Kawan-kawan saya suka sebab sure bila lunch time tiba, mak yang bayar.. selamat duit kami :-).. Itulah pengorbanan yang mak terpaksa lakukan untuk membesarkan saya dalam masyarakat yang dahagakan santapan jiwa. Mak tak mahu saya jauh dari mereka yang nakal kerana mak kata, kita perlu dekati mereka, ambil hati mereka dan nasihat mereka.. hasil pengorbanan mak, walaupun saya dikelilingi mereka yang brutal-brutal, tapi saya tak brutal.. sebab saya ada prinsip dalam pakaian, tingkah laku dan percakapan.. Simple je prinsip saya, apa yang Allah suka, saya akan buat. So, tak nampak lah macam brutal, nampak macam solehah je.. hahaha

“Adik dah makan?” Saya sengaja lalu di sebelah meja mereka.
“Nak makan macam mana, duit pun tak ada!”. Garangya.. Dah lapar, tak dapat makan..
“Kakak nak belanja ke?” Seorang lagi mengusik sambil ketawa. Saya pun ketawa. Boleh je nak belanja adik-adik ni, tapi sambil mereka makan, memang saya akan bagi tazkirah bab duit la..
“Habis biasanya adik tak makan la bila datang sini?”soal saya dengan muka simpati. Adik-adik menggeleng. Saya memegang bahu adik perempuan yang garang.

“Berlapar je la?”sambung saya..Adik-adik mengangguk sambil senyum..
“Kesiannya, bila nak makan?”soal saya lagi.

“Balik rumah nanti,” suara adik perempuan yang garang tadi sudah semakin manja..
“Ish, boleh slim nanti, akak pun nak cubala next time,”saya bergurau. Mereka ketawa. Kemudian datang sekumpulan remaja lelaki.. oh rupa-rupanya mereka sedang menunggu boyfriend masing-masing.. Boyfriend akan belanja makan.. Adik-adik ppm saya mengajak saya pergi meronda, terbantut hasrat nak bersembang dengan adik-adik tu. Dan ketika meronda, terserempak dengan ustaz Kamaruddin. Tersentuh hati melihat pendekatan ustaz yang ramah dan penuh kasih sayang terhadap tiga orang adik remaja yang duduk di tangga.. Dan sebaik mendapat pelua ng oleh ustaz, saya pun bersembang dengan adik-adik. Dua orang form 5 dan seorang form1.

“Lepas habis form 5 ni nak ke mana dik?”soal saya sambil senyum. Mereka tersipu-sipu.
“Tak tau la kak..” jawab si adik.. saya cuba meneka, mesti result tak berapa baik..
“Adik.. kakak cadangkan adik masuk form6.. ramai kawan-kawan kakak yang tak boleh nak skor di SPM boleh skor STPM. Yang penting diri kita. Kita kena baiki kesilapan kita. Kita kena ada semangat untuk berusaha gigih untuk berjaya.” Saya bercakap penuh semangat. Kelihatan mata si adik terkebil-kebil terkejut.Tangan saya memegang lengan mereka.
“Dik.. belum percubaan lagi kan..?”soal saya lagi. Mereka menggeleng.

“Masih ada peluang untuk adik uasahakan yang terbaik! Jangan putus asa dik.. Selagi ada masa, selagi itulah ada peluang untuk kita bagi yang terbaik dik..kakak dulu masa percubaab SPM, kakak fail addmath. Kemudian kakak pulun study sungguh-sungguh.. Dan Alhamdulillah dapat A1 masa SPM..” Wajah adik-adik berseri-seri mendengar cerita saya.. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tak berapa stabil datang dan duduk di belakang adik-adik perempuan. Dalam keadaan mamai, si lelaki memberi tazkirah ‘jangan pakai seksi’.. Apa kes dia ni? Kami kehairanan? Rupa-rupanya dia datang sebab ternampak ustaz dengan kami.. dan mungkin dia cakap macam tu sebab nak ambil hati ustaz.. wah.. saya sangat terharu melihat sudah wujud tautan hati antara lelaki yang tak stabil ni dengan ustaz.. Insya’Allah, kalau ustaz dah dapat hati si lelaki ni, ada peluang untuk ustaz nasihatkan dia.. Dan tak mustahil lelaki ni akan berubah menjadi lelaki soleh… Amin Ya Allah…
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Rasa penat sangat. Demam saya semakin kuat. Saya duduk di kafe menunggu solat asar. Dua ‘couple’ adik-adik tadi sedang bersembang. Hati saya nak sangat pergi kepada mereka. Rasa tak puas hati sebab still tak dapat nak sentuh hati mereka.. entah bila lagi dapat jumpa adik-adik ni.. Dengan muka tak malu, saya terus pergi duduk di meja sebelah adik-adik tu. Kacau orang dating, hahaha.. ;-) Yang lelaki tu, seorang 18 tahun, seorang 15 tahun. Yang 18 tahun tu warnakan rambut oren sikit dan macam mengantuk je.. yang 15 tahun tu smoking sambil main asap bulat-bulat.. menarik.. ;-0 Yang perempuan berumur 15 tahun.

Alhamdulillah, masa menjadi fasilitator dulu, banyak games yang saya belajar. Dan saya gunakan sebagai modal bersembang dengan adik berempat ni..Alhamdulillah, meja kami meriah. Tanpa saya sedari adik-adik tu bergerak rapat dengan saya hinggakan seorang adik tu duduk atas lutut saya. Yang lain berdiri sambil memegang bahu kawan di depan. Mereka kelihatan gembira. Saya tentulah lebih-lebih lagi gembira. Muncul dua orang perempuan datang dan beberapa kali menarik yang lelaki untuk mengikut mereka. Tetapi kena marah dengan si lelaki.
“Kak.. sambung-sambung!” si adik lelaki begitu berminat dengan games saya.

Selepas habis games, saya seperti biasa, memberi nasihat.. ala-ala wasiat.. dan mata si adik bergenang air mata. Masa peluk sebelum berpisah, sekali lagi nasihat diberikan..
“Dik.. walaupun lepas ni kita tak jumpa lagi.. adik ingatlah nasihat akak ye.. Walaupun kita sendirian, Allah ada dengan kita.. doa pada Dia, Dia mendengar..” my last word.. Si adik memeluk saya kuat dan lama. Mereka mencium tangan saya.. La, terasa tua pulak! Tapi entahlah, adik-adik junior PPM saya pun suka cium tangan walaupun dah bagitau tak perlu, segan kakak… ;-P

Selepas kami berpisah, seorang peserta memberitahu “Adik tadi macam nak cakap sesuatu.. Kalau kawan-kawan dia tak ada, mesti dia akan cakap sesuatu.. dia macam ada masalah..”
Petang tu sebelum maghrib, kami berkumpul di Taman Jubli Perak untuk buat analisis turun lapangan sepanjang siang. Group lelaki dari USM dah sampai, Saiful, Abrar, Meor dan Rahimie.
Malam tu, kami makan sambil berbincang dengan Ustaz Kamaruddin Kassim.. Ustaz belanja kami makan, Alhamdulillah, semoga ustaz dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki..amin..
Kemudian kami meneruskan misi mencari kupu-kupu dan musang-musang malam.. Mula-mula jumpa ‘ustaz hidu gam’ . Dia ni bekas pelajar Mesir.. dan kini di sini..




“Awat hang jadi macam ni.. hari tu tengok dah elok, awat hari ni dah macam ni?”Ustaz memeluk lelaki tu.. Terharunya saya masa tu. Agak kagum dan terpesona seketika. Dan sedih juga melihat hidup lelaki tu.. Tapi saya tetap yakin, lelaki tu masih ada peluang untuk berubah. Dan dia mungkin boleh berubah menjadi lebih baik dari semua lelaki yang ada di situ, insya’Allah.. hidayah itu milik Allah tersayang ;-D
Ustaz memujuk lelaki itu untuk berhenti menghidu gam.. Dalam keadaan khayal dia menjawab setiap kata-kata ustaz.
“Hang ada ilmu..”suara ustaz lembut sambil memeluk dia.

“Ilmu tanpa amal sia-sia”jawab dia. Saya rasa nak menangis waktu tu..tapi tahan-tahan..Sebak mengenangkan betapa gelap dunia dia dibandingkan dunia sebelum dia menagih. Alangkah sedih jika dia tak sempat kembali ke pangkal jalan.. alangkah kecewa bila setelah dia semakin pulih, dia kembali kepada tabiat lama.. Tapi saya yakin, ustaz tak akan putus asa.. Insya’Allah.. Hati manusia itu Allah yang pegang.. Seorang da’ie yang ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan.. menerima tanpa syarat.. dan mengharapkan agar insan itu sedar, walaupun masa tu da’ie tu dah tak ada lagi.. :’-)
Ustaz bertanya mahu tak lelaki tu beri kuliah pada mereka yang hidu gam.. dan malam tu kami mendengar kuliah ramadahan ‘oleh ustaz hidu gam’.. dari niat puasa hingga perkara membatalkan puasa. Ketika peserta lelaki sedang khusyuk, saya dan peserta perempuan berenam duduk jauh sedikit di bawah lampu. Datang dua orang remaja nak bersembang.. baru 17 tahun.. kata dia, dia lari dari rumah. Dulu dia tinggal di perak. Hati saya meronta-ronta rindukan adik-adik saya..Kemudian kami bergerak bertemu dengan couple-couple yang hangat berdating. Pendekatan ustaz yang santai dan berhikmah memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik mendekati kupu-kupu ini.

Keesokkan harinya, suasana agak kecoh sedikit gara-gara cubaan mencuri oleh seorang adik remaja yang kami bawa balik tidur di masjid. Ujian untuk si abang dan ujian dari si adik.. si abang masih bersabar dan menerima si adik. Saya yakin, jauh di sudut hati adik tu, dia dapat merasakan yang abang-abang ni menyayangi mereka tanpa mengharapkan apa-apa dari mereka.. dan abang-abang ni bersedia menerima mereka walaupun senakal mana mereka.. Alhamdulillah ya Allah.. ;-) Ustaz memujuk si adik untuk bersekolah semula. Tetapi si adik tak mahu..
Sebelum balik, slot abang nizam.. adik-adik tadi sedang tidur di belakang kami.
“Siapa yang nak peduli tentang mereka?”

“Mereka anak-anak jalanan.. Mereka dipaksa untuk mengejar kehidupan yang mereka tak mampu miliki..”

“Masyarakat perlu mengubah perspektif terhadap mereka. Dalam Islam, kita ada budaya menjaga tepi kain orang. Anak jiran buat salah, kita anggap macam anak sendiri, dan kita tegur..Ke mana harus anak-anak ni pergi? Hari ni, kita jumpa mereka, kita ambil dan bawa mereka tidur di masjid.. tetapi waktu biasa, mereka akan dihalau oleh orang..” Betul kata abang nizam. Tak ramai yang ada kesedaran untuk menyayangi mereka yang dahagakan kasih sayang ni.. kesiannya adik-adik ni.. :’-(
“Kalau bukan kita, siapa?”
“Kalau bukan sekarang, bila?”
“Kalau bukan di sini, dimana?”
Ada tiga target aktivis:

Kita kena jadi catalyst (pemangkin) yang ada element peneroka, pemimpin. Catalyst dia tak tunggu-tunggu, dia akan membuka jalan..

Multuplier effect, snowbowling effect.. membesarkan bilangan penggerak.. menambahkan jumlah mereka yang sedar dan bergerak kerja bersama-sama
Change.. berubah.. kita kena buat sesuatu yang menghasilkan perubahan.. perubahan pandangan masyarakat, keluarga dan qariah masjid… etc
Sebelum balik, setiap peserta membuat azam baru.. Walaupun tempoh program ni singkat, banyak yang saya belajar.. Ustaz berjuang mendidik insan, bukan sahaja insan yang sedang lemas terdidik, malah kami yang baru hendak belajar menjadi da’ie pun terdidik sama.. Kita belajar subjek kehidupan, decision of life, tentang nilai insan, erti kasih dan makna pengorbanan.. Berapakah nilai insan? Tidak ternilai..

Apakah erti kasih? Menerima tanpa syarat. Apakah erti pengorbanan? Memberi sepenuh hati tanpa mengharap balasan.

Ya Allah.. Jadikanlah kami penawar dalam ummat mu agar kami dapat berkongsi kasih sayangMu dengan adik-adik kami ini.. Berilah hidayah kepada kami semua Ya Allah.. Peliharalah kami Ya Allah...


Read More...

Jumaat, 27 Jun 2008

KUMPULAN BLACK METAL DAN IMPLIKASINYA TERHADAP MASYARAKAT

Muqaddimah

Isu Black Metal tidak banyak bezanya dengan gejala kumpulan Hippies, Blues, Punk, Skin Head, Hip Hop, Trash Metal, The Read Power dan lain-lain kumpulan dimana, mereka menjadikan muzik sebagai media utama dalam membawa pengikut mereka merasa ‘khayal, lalai dan menyeronokkan’. Kumpulan-kumpulan ini menjadikan Muzik Berat (Heavy Music) dan Band-Band Underground untuk menonjolkan muzik yang ‘keras, ganas, lucah, kurang ajar’.

Selain itu pengikut kumpulan ini juga mempunyai senarai pasukan penyayi heavy metal mereka tersendiri. Gaya, perlakuan, pergaulan serta pegangan pengikut kumpulan ini juga sering menggambarkan gaya ‘bebas, ganas, lucah, kurang ajar’. Yang jelas, melalui ‘muzik metal’ serta penampilan kumpulan ini, ia ternyata bertentangan dengan nilai agama Islam dan nilai adat susila ketimuran. Aliran kumpulan-kumpulan ini ternyata membawa musibah kepada umat Islam.

Apakah Sebenarnya Black Metal

‘Metal’ sebenarnya adalah pecahan elemen muzik rock yang diasaskan dari irama rock and roll serta blues. Pelbagai jenis muzik rock wujud sekian lama dengan peminat mereka yang tersendiri seperti Punk, Hard Rock, Alternatif dan sebagainya. Sekiranya kita mendalami aliran muzik metal ini, kita akan temui elemen-elemen seperti heavy metal, death metal, groove metal, black metal dan sebagainya. Ianya juga bermula dari era kegemilangan Chuck Berry, B.B. King dan Elvis Presly kemudian hingga ke zaman The Beatles, Rolling Stones dan lain-lain kumpulan seangkatan dengannya.

Kemajuan dalam segala bidang termasuk seni muzik, memperlihatkan dunia muzik mengalami proses improvisasi dan terus berkembang. Lalu muncullah irama rock dan blues kontemporari yang diadun dengan susunan muzik yang baru dan lebih segar. Walaupun tetap menggunakan gitar sebagai alat utamanya, namun ia telah dipelbagaikan dengan menggunakan berbagai ‘sound efect’.

Irama muzik yang dinamakan ‘hard rock’ ini pada mulanya masih sederhana. Melodinya tidak banyak berbeza dengan lagu-lagu komersil, namun susunan muzik serta gaya vokalnya mula menampakkan ciri-cirinya tersendiri. Ketika itulah lahir kumpulan-kumpulan seperti Grandfunk, Uriah Heep, Led Zapelin, Black Sabbath, Deep Purple dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa kumpulan rock seperti Santana serta El Chicano yang mengadunkan irama latin kedalam susunan muzik lagu-lagu rock mereka.

Salah seorang pemain gitar rock yang menjadi lagenda dalam muzik jenis ini ialah Jimmy Hendrix. Gitar handalan yang punya gaya tersendiri itu, mempunyai daya kreativiti yang hebat dalam melahirkan bunyi atau efek permainan gitarnya. Dalam salah satu lagunya, dia berjaya mencipta kesan bunyi kapal terbang, ledakan bom dan sebagainya melalui lagu-lagunya yang bertemakan ‘anti peperangan’.

Sebagaimana pihak Protestant dalam agama Kristian menentang nilai-nilai konservatif mengenai fahaman Katholik, para remaja di barat ketika itu mula memberontak terhadap nilai-nilai lama dalam adat resam dan cara berfikir masyarakat mereka. Akibatnya lagu-lagu rock secara tidak langsung dijadikan media untuk menyuarakan penentangan itu. Lalu lahirlah lirik-lirik lagu yang bersifat kritis, mempertikai malah mempersendakan apa juga yang tidak cocok dengan cara pemikiran atau nilai-nilai baru yang mahu mereka terapkan.

Lagu-lagu rock dianggap sinonim dengan nilai-nilai baru dalam kehidupan generasi muda di barat ketika itu. Malah ia turut menular ke dunia timur, termasuk ke dalam masyarakat kita. Antara yang mereka terapkan melalui nilai-nilai baru itu termasuklah amalan menagih dadah dan mengamalkan seks bebas. Ketika itulah lahirnya ‘hippes’, satu fahaman yang dilambangkan melalui gaya hidup, cara berpakaian, tabiat menghisap dadah, mengamalkan seks secara bebas dan sebagainya.

Di zaman budaya hippies menjadi amalan para remaja barat. Lagu-lagu rock turut menjadi muzik tema kehidupan mereka. Tidak hairanlah, dalam era itu berlangsung suatu pesta muzik rock yang dinamakan Pesta Woodstock, dimana dadah dan seks bebas turut ‘memeriahkan’ pesta yang berlangsung selama tiga hari tiga malam.

Lagu-lagu rock ketika itu benar-benar menjadi manefestasi cara berfikir dan budaya hidup generasi ‘hippies’. Kalau diamati lirik-lirik lagu seperti Smoke On The Water (Deep Purple), atau Hotel California (Eagles), jelas menggambarkan kecenderongan terhadap penagihan dadah, arak mahupun seks. Sebagaimana gerakan pemberontakan yang bersifat militan atau gerakan bawah tanah di negara mereka, lagu-lagu rock yang mempunyai ciri-ciri penentangan terhadap nilai-nilai lama juga dinamakan muzik underground. Ia benar-benar mencerminkan sikap kritis, agresif dan memberontak di kalangan generasi barat ketika itu.

Musik rock berkembang selari dengan zaman yang beredar. Muzik rock memasuki era baru dengan corak muzik yang dinamakan heavy metal. Tidak jauh berbeza dengan muzik hard rock atau underground, muzik heavy metal masih berasaskan muzik rock yang telah diubahsuai. Terdapat banyak kumpulan-kumpulan muzik rock yang hebat di era itu, antaranya Iron Maiden, Megadeth, Metalica, Scorpian, Nirvana dan banyak lagi.

Kemajuan sains dalam kehidupan sekular terus menguasai kehidupan umat manusia. Di barat, walau dalam bidang apapun, sikap berlumba-lumba adalah pemangkin dalam mengejar kejayaan. Setiap seseorang, tidak kira dalam bidang apapun, giat menghasilkan sesuatu yang baru. Dan pastinya, sesuatu yang bercorak baru itu, mengenepikan segala bentuk, gaya atau nilai-nilai lama.

Lantaran itulah yang berlaku dalam dunia muzik di barat. Para pemuzik berlumba-lumba mencari dan mengenegahkan pelbagai corak muzik baru yang merupakan ‘improvise’ dari ciri-ciri muzik lama. Dalam arena muzik pop kontemporari, para pemuzik banyak menggunakan sistem atau peralatan yang canggih. Adunan hasil kreativiti yang tinggi serta peralatan muzik teknik baru yang canggih, melahirkan muzik baru yang dinamakan Euro Pop dan seumpamanya.

Begitu juga dalam bidang muzik rock. Para pemuziknya berlumba-lumba mencari sesuatu kelainan yang lebih unik lagi tersendiri. Dalam mencapai tujuan itu mereka ghairah menghasilkan sesuatu yang menyimpang dari kebiasaan dalam usaha mengatasi atau memecahkan bentuk atau tradisi karya semasa. Mungkin dalam dunia muzik sebelumya, para pemuzik sebelumnya, para pemuzik bersuara lantang mengkritik pemerintah atau fahaman politik. Lalu mereka menunjukkan keberanian yang lebih hingga berani mempermainkan politik. Lalu mereka menunjukkan keberanian yang lebih hingga berani mempermainkan soal-soal ketuhanan atau keagamaan. Bertolak dari sikap itu lahirlah satu aliran dalam muzik underground yang dipanggil Black Metal. Ia dijadikan media segolongan manusia anti agama untuk menyebarkan amalan memuja syaitan sambil menggalakkan amalan seks bebas, perbuatan membunuh diri serta melakukan keganasan.

Para pengikut fanatik kumpulan black metal yang benar-benar bertekad untuk mengabdikan diri di dalam kumpulan sesat ini diwajibkan supaya melafazkan ikrar taat setia dengan mendahulukan syaitan sebagai landasan mereka. Ia ada kaitan dengan meminum darah ‘kambing hitam’, darah babi mahupun darah anjing hitam mengikut kepercayaan pengasas death metal iaitu Uncle Hammer John Doe yang berasal dari Northern Heritage Finland. Purata pengikut-pengikut asal kumpulan ini terdiri anak-anak muda yang tidak beribu bapa (anak gampang) tanpa didikan agama.

Disamping itu pemuzik mereka iaitu Brian Fleming turut menghasilkan kaedah simbolik kepada penganut death metal dengan alunan lagu bermaksud ‘Sijil Mati’ (Death Certificate) kerana selain dari kematian, ianya ada satu lagi yang lebih dahsyat dari mati. Stronger than death!!!.

Muzik juga merupakan frekuensi utama untuk memikat sesiapa sahaja. Ia diibaratkan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Pengaruh ajaran sesat black metal turut mengambil pendekatan dan kaedah ini bagi memburu penganutnya kerana golongan remajalah yang paling mudah terdedah dan terpengaruh dengan benda-benda baru. Jika diteliti dan diamati memang ada kebenarannya betapa unsur-unsur negatif yang kukuh telah berjaya dilakukan oleh golongan ajaran sesat ini bagi membanyakkan ahli mereka di seluruh dunia. Lagu terawal dikenal pasti telah dinyayikan oleh mendiang John Lennon dari album the beatles berjudul Imagine. Namun virus itu terus meresap kepada masyarakat dunia yang akhirnya semakin sukar disekati. Lirik lagu black metal yang popular dianggap tidak sesuai sama sekali untuk masyarakat timur dan wajib diharamkan serta merta oleh pihak berkuasa. Ia jelas menekankan sikap rakus ekstrim kepada anti mana-mana agama termasuk Kristian malahan bercanggah dengan agama Islam. Banyak lirik-lirik lagu mendorong kepada bentuk serangan kekerasan mahupun kematian dan pembunuhan yang tidak perlu dipesoalkan.

Sejak awal tahun 1970-an, aliran muzik black metal ini telah berkembang dengan mempunyai peminat mereka tersendiri. Melalui beberapa kumpulan muzik barat yang terkenal, muzik Black Metal ini mula dikenalpasti membawa beberapa unsur ganas, lucah serta menghina agama. Kumpulan Venom yang dilebalkan sebagai “Godfathers Of The Black Metal” serta lain-lain kumpulan muzik terkenal seperti Bathory dan King Diamond. Selain daripada unsur-unsur di atas, lirik muzik Black Metal ini juga menceritakan kisah-kisah tahyul atau misteri.

Muzik Black Metal ini hampir sama dengan muzik metal yang lain, sangat mudah dikenali atau dihayati melalui muzik yang bising dan ‘keras’, bunyi gitar dan ‘sound bass’ yang berat serta bising. ‘Growling vocal’ yang kasar dan sukar difahami. Sementara penyayi serta pemuzik mereka pula gemar mempamerkan pelbagai keanehan dan kegilaan melalui pakaian, penampilan serta aksesori yang dipakai semasa membuat persembahan.

Sungguh jelas, walaupun muzik, lagu dan melodinya seakan menjadi suatu seni dan khazanah setiap bangsa dan budaya di dunia, namun pengaruh buruk yang dibawa melalui lirik, penampilan pemuzik dan peminat mereka yang fanatik telah banyak membawa imej yang merosakkan. Apabila kita mendengar atau dihidangkan dengan muzik yang ganas dan kasar, liriknya yang memuja syaitan, menghina ketuhanan, menggalakkan seks bebas, apakah ianya harus dibiarkan sehingga mempengaruhi jiwa dan perlakuan remaja. Walaupun peringkat mulanya mereka sekadar mencuba atau ‘tidak memahami apa-apa’ namun akhirnya gejala buruk yang di bawa oleh Black Metal ini pasti merosakkan jiwa dan akidah remaja.

Kumpulan serta pengikut Black Metal ini ternyata lebih berani dan agresif kerana mereka membawa satu budaya yang lebih menyesatkan iaitu dengan menyeru pengikut mereka menentang Tuhan dan agama serta melakukan pemujaan syaitan. Mereka telah dipengaruhi oleh kumpulan pemuja syaitan yang meresapi ke dalam muzik atau aliran muzik heavy metal. Amalan pemujaan syaitan, menentang agama, menggalakkan seks bebas serta unggapan lucah, kurang ajar semakin lama semakin sebati antara muzik dan amalan pengikut kumpulan metal ini. Selain daripada itu mereka menggalakkan pengikut mereka seks bebas, merokok, minum arak dan lain-lain aktiviti yang meruntuhkan nilai-nilai moral.

Oleh yang demikian tidak hairanlah mengapa remaja di Malaysia yang asasnya beragama Islam terpaksa diheret supaya membakar, memijak al-Quran dan seumpamanya sebelum diterima menjadi penganut ajaran black metal atau death metal dalam erti kata sebenarnya sehingga menjuruskan kejadian murtad. Melalui perjumpaan dengan ahli kumpulan di pasaraya-pasaraya, mengadakan pesta liar serta pesta tertutup (gig), mereka berusaha memikat remaja lain bagi menambah keahlian.

Rata-rata remaja dan pelajar melayu yang fanatik dengan muzik seperti ini terus memburu dan saling bertukar email bagi mendapatkan lirik dan lagu-lagu terbaru dari kumpulan black metal luar Negara. Walaupun tiada di dalam pasaran tempatan namun dengan wujudnya kaedah high tec dari internet, mereka tidak ada masalah lagi untuk mendapatkan lagu yang dimaksudkan bagi keperluan hiburan semasa.

Memang benar ada kumpulan yang betul-betul popular melemparkan idea secara halus dan terang-terangan mengutuk Tuhan, agama dan nilai moral. Malah ada yang berani menggunakan unsur-unsur agama seperti azan, ayat suci Al-Quran (dengarkan lagu “Bohemian Rhapsody”, “Mustapha” nyanyian Queen dan “Blues for Allah” oleh The Grateful Dead) dan sebagainya dalam hasil seni mereka. Bukan agama Islam sahaja yang dijadikan sasaran malah agama lain dari Timur turut dipersendakan. Sebenarnya apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, konspirasi dalam muzik begitu tersembunyi. Hasil seni yang begitu indah rupanya tersembunyi racun! Kita patut sedar ia datang bukan sendirian. Ia datang dalam pakej. Dalam pelbagai bentuk hiburan yang ada pada hari ini baik dalam bentuk audio, muzik video, kensert, komik, majalah, permainan komputer, pakaian, imej dan merchandising. Semuanya telah digunakan untuk berdakwah baik bagi pihak Kristian, Zionist dan Satanist. Mungkin kini ia sudah berada bersama kita? (di bilik tidur, di ruang tamu, di pejabat, dalam kereta, dalam beg dan paling teruk dalam otak!).

Persoalannya di sini, kita masih dihidangkan dengan ‘hasil seni’ tempatan yang kurang kreatif (dah tu pemuzik pula tidak boleh buat seni muzik dan ada masalah moral) adakah kita selama-lamanya akan bergantung kepada hasil seni dan model dari Barat.

Bagi meningkatkan lagi keyakinan pengikut-pengikut kumpulan ekstrim Black Metal, beberapa buah lagu turut dicipta dengan pengertian mendalam betapa mereka yang telah mati tidak perlu ditangisi kematian itu, bukanlah suatu pemergian yang perlu dikesalkan. Pengikut Black Metal lebih yakin bahawa mati itu umpama seseorang itu hanya dipanggil untuk menjalani ‘kurusus’ yang lebih tinggi dan akan segera kembali untuk mendominasikan pengembaraan ahli-ahlinya dengan wadah baru.

Mati bukan satu azab sebaliknya ada suatu tekanan yang lebih hebat dari mati dalam pengertian mereka. Ungkapan ‘Stronger Than Death’ bagaikan suatu suntikan semangat betapa kematian itu tidak perlu digeruni oleh sesiapa. ‘Hidup Mati Ditangan Tuhan’ tidak lagi menjadi igauan yang menakutkan kerana pengikut black metal dan death metal tetap yakin betapa mereka akan kembali semula di dunia nyata dalam masa yang singkat dengan kejayaan membawa wadah baru kepada ahli-ahlinya.

Antara lain termasuklah kepercayaan yang diletakkan di dalam ribuan lagu ciptaan Black Metal yang berunsur negatif ini adalah seperti lagu “No escape from your fate” di mana lirik lagunya ini begitu menghairahkan serta menyeru ke arah seks sadistik. Sebahagian lirik lagu ini adalah seperti berikut:

Tied tight to the bed
Legs spread open
Bruised flesh, lacerations
Skin stained with blood
I’m the only you love
Feel your heart beating
My knife deep inside
Her croth is bleeding
My favorite part
She liked the way if felt inside her
Fucking her, harder, harder

Maksudnya adalah;

Terikat sepi di ranjang
Kaki yang terkangkang luas
Daging yang berkedut-kedut
Yang terdapat kesan darah
Akulah yang kau cinta cuma
Aku rasakan degupan jantungmu
‘Pisauku’ jauh di dalam
Barangnya berdarah
Bahagian kegemaranku
Dia suka akan rasanya
Tusuk dia, kuat dan kuat

Selain daripada lirik lagu yang menghairahkan serta menghalal melakukan seks bebas ini, terdapat juga lirik-lirik lagu yang menyeru untuk membunuh. Ini dapat dilihat di dalam lagu “Stripped, Raped and Strangled (Lucut, Rogol dan Gantung)” yang mana ianya dicipta dan ditulis oleh Webmaster, Owen, Barret dan Barnes:

She was so beautiful
I hed to kill her
Tied her up
And taped her mouth shut
Couldn’t scream
Raped violently
Rope tight around her throat
Her body twitches as she chokes
Strangulation caused her death
Just like all the others
Raped bofore and after death
Stripped, naked, tortured

Maksudnya adalah;

Gadis itu sangat cantik
Aku mesti bunuh dia
Aku ikat dia
Mengikat / tutup mulutnya
Supaya jangan menjerit
Dirogol dengan kejam
Kemudian mencekik leher dengan tali
Hingga badanya terkedu-kedu tersedak sesak nafas
Gantung sampai mati
Seperti juga yang lain
Dirogol sebelum dan selepas
Dilucutkan pakaian, dirogol dan diseksa.

Lain-lain lirik lagu juga boleh didapati umpamanya daripada lirik lagu “Pulverized” oleh Owen, Webmaster yang mana antara lainnya menyeru serta mengajak masyarakat untuk melakukan pembunuhan yang pada pandagan mereka membunuh itu adalah merupakan suatu kemestian dan menjadi kesukaan.

Asas Pengenalan Black Metal

Black Metal adalah salah satu genre muzik. Ia sama dengan genre muzik lain yang kita dengar hari-hari, Cuma mesej dan penyampaiannya saja yang berbeza. Ia adalah evolusi daripada muzik-muzik berat seperti heavy metal dan thrash metal (yang berakarkan muzik rock dan metal). Genre metal dipelopori oleh band dari Britain, Black Sabbth yang dianggotani oleh oleh Ozzy Osbourne (vokal), Tony Lommi (gitar), Geezer Bulter (bass) dan Bill Ward (dram) muncul dengan album sulung pada tahun 1970. Lirik lagu-lagu mereka banyak bermesejkan tentang ‘black magic’. , fantasi, dadah dan ‘accult’. Muzik mereka pula menampilkan riff-riff gitar yang ‘seram’.

Nama ‘Black Sabbath’ itu sendiri diambil daripada judul filem seram karya Boris Karloff. Kebanyakan lirik ditulis oleh Geezer Butler yang banyak dipengaruhi oleh Denis Wheatley, seorang novelis accult ..

Bermula dari situlah Black Sabbath akhirnya menjadi idola kepada hampir semua band-band muzik berat sama ada black metal, thrash metal, death metal, doom, grindcore, grunge sehinggalah ke alternatif! Black Sabbath lebih sinonim dengan muzik secara amnya. Namun yang betul-betul ‘mengaktifkan’ muzik Black Metal secara amnya. Namun yang betul-betul ‘mengaktifkan’ muzik Black Metal adalah Venom, juga band dari Britain yang muncul pada lewat tahun 1970-an dahulu. Venom telah dilabelkan sebagai ‘The Godfathers Of Black Metal’ dan ‘stanism’ (puja setan) adalah salah satu agenda dalam lirik-lirik mereka.

Dengan konsep sebegitu mereka muncul dengan album sulungnya iaitu ‘Welcome To Hell’. Perkataan Black Metal bermula apabila lahirnya album kedua Venom iaitu ‘Black Metal’ pada tahun 1982. Begitu juga dengan Bathory, band berasal dari Sweden. Mereka digelar ‘The Most Evil Group You Will Ever Hear’ kerana penangan ‘stanism’nya lebih hebat berbanding Venom.

Band-band terawal lain yang turut mengenegahkan konsep yang serupa ialah Mercyful Fate, King Diamond, Celtic Frost, Hellhammer dan Sodom. Band-band Black Metal seterusnya berkembang terutamanya di Norway seperti Mayhem, Darkthrone, Emperor, Burzum dan Immortal. Di Norway mereka dikenali sebagai ‘The Black Circle Of Norway’. Antara band Black Metal terkenal yang laian ialah Behemoth, Rotting Christ, Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Absu, Beherit, Beherit, Sarcofago, Samael dan banyak lagi.

Konsep kegelapan yang ditonjolkan oleh ‘Black Metal’ mewakili pelbagai mesej termasuklah satanism, lagenda gelap dan metos semasa zaman Messapotamia, Mesir Purba dan Sumeria, perbalahan, masyarakat, penderaan kanak-kanak, konflik politik, peperangan, anti ketuhanan dan agama.

Satanism

Mereka ini terdiri dari golongan berhaluan kiri. Sering melakukan upacara ritual (mistik) di gua-gua dan pengorbanan jiwa dan mendapat tentangan daripada pihak Kristian. Motif mereka selalunya ingin menjadi ‘magician’ dan ingin memanipulasi orang yang bermasalah untuk kepentingan peribadi. Lebih tepat lagi adalah mengamal ajaran sesat. Untuk sampai ketahap ini, ia memerlukan pengorbanan dan keseriusan meditasi yang ekstrim.

Pentagram

Ia telah wujud semasa zaman Mesir Purba tetapi telah disongsangkan semasa zaman Renaissance oleh pengkaji sihir pemuja syaitan. Begitu juga dengan simbol Baphomet (Makhluk Kepala Kambing) yang asalnya dilukis oleh Eliphas Levi untuk teori ‘satanism’nya. Teori tersebut kemudiannya disambung oleh pemuja syaitan paling terkenal iaitu Aleister Crowley. Kumpulan rock seperti Rolling Stones, Led Zeppelin, The Beatles dan Eagles juga banyak terpengaruh dengan Aleister Crowley sebenarnya!

Anti Kristian & Simbol Salib Terbalik

Sememangnya ada pemuzik Black Metal di Eropah yang kecewa dengan agama Kristian kerana mereka menganggap ia menyeleweng. Ini membuatkan mereka menentang dan menolakkannya. Pada tahun 1994 berlaku beberapa kes-kes ekstrim di mana pemuzik Black Metal membakar gereja dan melakukan pembunuhan. Kes ini telah mendapat liputan media yang luas di sana. Memakai salib terbalik adalah simbol kepada Anti Kristian dan tanda protes.

Kumpulan Band-Band Muzik Underground Tempatan

Terdapat banyak kumpulan muzik underground tempatan yang berkonsepkan thrash metal dan black metal. Mereka beraksi dengan memakai eksoseri serupa dengan kumpulan dari luar negara, meniru gaya mereka dan menyayikan lagu-lagu yang liriknya diceduk dari kumpulan tersebut.

Diantara kumpulan underground tersebut ialah: Samartari (Langkawi), Lark-Nart (Pahang), Morbitury (Sabah), Unothodox (Ipoh), Gondrong (Klang), Remunent (Sarawak), Distrust (Sabah), Nageleum (Kuantan), Evilyn Incarnate (Sabah), Shadoes (Sabah), Terkutuk (Johor), Deiventor (Perak), Black Priest (Arau), Tangkal Hitam (Sabah), Aggressions (Kuantan), Qiamat, Nasrahhak (Labuan), Worship (Sarawak), Extremist Impact (Kedah), Thy Only Knight (Sabah), Sil Khannaz (Kangar / KL), Nemesis (Kedah), Vulga (Perak), Colourfull Bullet (Pulau Pinang), Slapdeath (Kelantan), Waitdeath (Pahang), Dark Power (Sabah), P.R.O.V. (Terengganu), Betrayer (Johor), Senseless Death (Sarawak), Rator (Selangor), Tasyim (Kuantan), dan lain-lain lagi.

Mesej Tersirat Dalam Lirik Lagu

Tidak dapat dinafikan, mesej dalam lirik lagu yang datang dari Barat baik dari arena mainstream ataupun underground kebanyakan cenderung kepada isu cinta, seks dan tidak ketinggalan keagamaan. Pada masa yang sama juga mereka menegahkan isu perkauman, kebebasan membuat pilihan dan isu-isu lain termasuk propaganda pemikiran barat. Apa yang menariknya tentang mesej dalam lirik lagu dari barat ini ialah, tidak disampaikan secara formal dan biasa (maksud di sini bukan secara langsung, tapi penuh kerja seni dan kreatif). Album Pink Floyd “The Wall” (1979) ataupun “Devesion Bell” (1993), pelbagai teknik telah digunakan untuk menyampaikan mesej. Dari sleeve album, lukisan, gambar, simbol, susunan muzik hinggalah kepada teknik rakaman kerja kreatif. Malah ketika dunia internet mula diperkenalkan mereka telah merintisnya sebagai salah satu media untuk berkomunikasi, berbincang dan memandu pendegar kepada mesej yang ‘tersembunyi’ dalam album mereka. Kini kumpulan popular Marilyn Manson dan seangkatannya pula merintis teknologi sebegini.

Situasi di Malaysia

Pembabitan golongan remaja dengan gejala Black Metal & Death Metal sekaligus begitu ekstrim hingga menjadi murtad merupakan tamparan hebat kepada semua pihak. Kita sedia maklum, kumpulan ini lengkap dengan segala aktiviti negatif yang lebih dahsyat lagi dari isu bohsia (belen), penagihan dadah, ghotic, tora (penagih gam), punk, skin head, hip hop, the read power, penagihan arak, gadis topup, apache sereng kerana ianya adalah lengkap.

Perbuatan memijak, membakar dan kencing Al-Quran sudah lama berlaku dan menjadi suatu amalan biasa ahli kumpulan yang ekstrim ini. Disamping itu mereka akan mengiringi lafaz ikrar sambil menyebut: “dengan nama iblis kami murtad”.

Mereka juga digalakkan menukar agama kepada agama lain selain Islam. Beragama Islam bermakna tidak sehaluan dengan perjuangan kumpulan tersebut. Ini kerana setiap ahli dibiasakan dengan minuman keras dan pergaulan luar batasan tetapi bergantung juga kepada jenis kumpulan yang dianggotai. Pusat-pusat hiburan dan pasaraya-pasaraya di seluruh malaysia menjadi tumpuan dan pertemuan hujung minggu mereka.

Cabaran Globalisasi

Memang sukar dinafikan, kita adalah sebahagian dari masyarakat dunia. Kita tidak mungkin memencilkan diri dari terlibat dalam kancah pergolakan bersifat kebendaan mahupun rohaniah. Hanya sekadar berbicara isu di tempat-tempat yang telah disediakan dan dilengkongi oleh audien-audien setia tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Mahu tidak mahu kita harus turun padang berada dilokasi mereka dan beraksi secara realiti.

Dalam konsep globalisasi, kita perlu membina dan memperkuatkan daya tahan remaja Islam masa kini. Tanpa daya tahan jati diri muslim dan kemampuan untuk bersaing secara posotif, remaja kita akan terus dihantui rasa rendah diri dan kecundang. Akibatnya mereka akan terus berkiblat ke barat. Ketika itu siapa akan dipertanggungjawabkan apabila para remaja kita menganggap diri mereka sebagai warga dunia dan bebas berpegang kepada apa saja ideologi mahupun agama yang mereka pilih. Akhirnya para remaja kita akan turut memuja syaitan dan menolak ketuhanan serta mengamalkan cara hidup kebaratan.

Strategi Menanganinya

Masalah dan fenomena gejala sosial remaja dan belia tidak akan dapat diselesaikan hanya dengan membuat penyataan di atas kertas dan di pentas-pentas ceramah saja. Strategi menanganinya mestilah bersifat ‘integrated’ atau bersepadu dengan mengambil kira beberapa strategi penting:

1. Pembinaan Insan.
2. Pembentukan keluarga sejahtera.
3. Pembentukan persekitaran positif, sihat dan bersih.
4. Penyelidikan dan pengembangan.

1.1. Pembentukan Insan

Pembangunan individu cemerlang dan berketrampilan bukan sahaja dari aspek lahiriah tetapi juga memiliki kekuatan dalaman yang dapat menghindarkan diri dari terjebak dengan masalah gejala tersebut. Mungumpul individu terlibat untuk menjalani proses pemulihan dan kaunseling perseorangan untuk penyelesaian konflik diri. Kaunseling berkelompok dalam satu sidang bersama rakan sebaya dan mengadakan bengkel-bengkel pendedahan serta pemulihan untuk yang sudah terlibat dan berisiko untuk terlibat.

1.2. Pembentukan Keluarga Sejahtera

Keprihatinan dalam membentuk keluarga bahagia, cemerlang dan sejahtera sering menjadi fokus semua pihak dengan slogan ‘Rumahku Syurgaku’. Keluarga perlu memastikan dalam proses sosialisasinya teras dan tiang kehidupan adalah agama. Ilmu mendidik anak-anak zaman ini perlu berkembang dan bersesuaian dengan norma timur dan budaya hidup Islam. Keluarga dituntut untuk memiliki cara gaya didikan terkini sesuai dengan perkembangan masa, pemikiran dan budaya anak-anak seperti mengamalkan ciri-ciri supportive, demokratik atau authoritative, mempunyai sistem komunikasi yang melahirkan permuafakatan keluarga secara berkesan, ceria dan bahagia.

1.3. Pembentukan Persekitaran Positif

Persekitaran remaja dan bukan sahaja merujuk kepada tempat tinggal secara fizikal tetapi juga melibatkan persekitaran sosial dengan teman sebaya di luar rumah dan sekolah, tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja, persekitaran manusia yang ingin dijadikan model kepada remaja (biah solihah), program dan aktiviti, institusi dan organisasi formal dan tidak formal. Pembangunan komuniti atau apa-apa juga program yang berteraskan komuniti menjadi keutamaan.

Program pembangunan komuniti atau apa-apa juga program yang berteraskan komuniti menjadi keutamaan untuk digerakkan kerana ianya amat berkait rapat dengan fenomena yang dibincangkan, supaya dapat mencorakkan persekitaran remaja yang baik dengan disediakan buku-buku pedoman harian.

Ketiga-tiga strategi dalam pembinaan manusia, pembentukan keluarga dan persekitaran memerlukan penglibatan menyeluruh dan seterusnya memerlukan perubahan besar yang dipikul oleh sekurang-kurangnya empat agensi perubahan besar iaitu:

1. Institusi pendidikan.
2. Institusi keluarga.
3. Institusi Kariah (Masjid) dan badan bukan kerajaan (NGO’s).
4. Agensi kerajaan.

Kesemua agensi perubahan mestilah mengambil kira empat sasaran strategi berikut:

1. Maklumat.
2. Aktiviti dan program.
3. Kemudahan.
4. Dasar, peraturan dan undang-undang.

· Maklumat hendaklah berbentuk informative untuk memahami dengan betul dan tepat, menanam dan membentuk minda yang sihat. Maklumat hendaklah mampu meramalkan masa depan gemilang, cemerlang dan sejahtera yang membolehkan remaja bertindak kepada perubahan yang lebih baik, juga mampu membina jati diri yang kental sebagai remaja Muslim yang tidak mudah tergelincir aqidahnya hanya dengan ganjaran material yang sementara.

· Penyelidikan aktiviti, program, kursus, modul dan lain-lain mestilah sesuai dan membolehkan remaja dan belia merealisasikan pembentukan dan perkembangan identiti diri dan jati diri yang diingini sesuai dengan norma masyarakat dan budaya luhur. Sesuai dengan tema perbincangan program Remaja dan belia Masjid, Remaja dan belia Rabbani dan seumpamanya perlu dalam kegiatan masa lapang kehidupan remaja dan belia.

· Menyediakan kemudahan yang cukup dan sesuai agar aktiviti dan program merealisasikan identiti remaja dapat dicapai secara maksimum. Dalam proses mewujudkan program pembangunan komuniti, kawasan penempatan mestilah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas sama ada secara fizikal mahu pun secara kerohanian.

· Mempastikan peraturan, akta, undang-undang dan dasar yang sedia ada dapat dilaksanakan dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ‘accountable’, disamping pengubalan dasar dan peraturan baru yang sesuai dan releven untuk kesejahteraan semua tanpa ragu-ragu atau dianggap ‘double standard’. Kita harus prihatin walau pun seorang, ia adalah suatu realiti sosial kerana dalam perkara-perkara tertentu kita mampu melakukannya.

Penyelidikan terhadap kumpulan dan kawasan yang berisiko tinggi perlu mendapat keutamaan dan bersifat ‘on going’. Penyelidikan mestilah dijalankan secara sistematik dan saintifik dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersepadu. Penemuan kajian menjadi asas pembuatan dasar dan peraturan agar ia dapat dipertahankan kewajarannya.


Kesimpulan

Merancang, menyelidik, pengembangan, pemantauan, penilaian, mendalami apa juga realiti manusia dan seterusnya melaksanakan program mengikut modul yang sedia ada. Kepelbagaian pendekatan juga dapat memperkayakan kefahaman dan strategi tindakan. Suatu harapan yang cukup tinggi agar ianya tidak tamat di sini sahaja, tetapi dapat dilakukan dalam bentuk perlaksanaan yang dapat dilihat dan dihayati dengan penuh kerjasama secara ikhlas, amanah dan iltizam agar individu yang terjebak dapat dipulihkan dan individu-individu yang lain dapat tercegah daripada melakukannya. Semoga Allah s.w.t. memberkati segala usaha murni ini, InsyaAllah.

BERTINDAK SEKARANG .... JANGAN BERLENGAH LAGI !!!
SERTAILAH GERAKAN MENYELAMATKAN GENERASI MUDA KITA UNTUK MENYERTAI URUSETIA MENANGANI GEJALA SOSIAL KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

1. PEMBENTERASAN

· MEMANTAU kes berkaitan Kumpulan Black Metal dan lain-lain kumpulan secara menyeluruh di semua kawasan.

· MELAPOR kepada pihak berkuasa apabila melihat sesuatu yang mencurigakan dilakukan oleh kumpulan tertentu.

· MENYIASAT sebarang aktiviti, pergerakan dan perkembangan kumpulan ini dan mengenalpasti dalang yang terlibat.

· MENANGKAP (tindakan pihak berkuasa) remaja yang dikenalpasti terlibat.

2. PEMULIHAN

· MENGUMPUL individu yang terlibat untuk menjalani proses pemulihan.

· KAUNSELING PERSEORANGAN remaja dan belia yang memerlukan penyelesaian konflik diri.

· KAUNSELING BERKELOMPOK untuk remaja dalam satu sesi atau sidang kaunseling bersama rakan sebaya.

· KEM PEMULIHAN untuk remaja-remaja yang sudah terlibat dan berisiko untuk terlibat.

3. PENCEGAHAN

· SIASATAN di kawasan yang dikenalpasti menjadi pusat kegiatan.

· PENDEDAHAN melalui media, edaran risalah dan ceramah.

· PENERANGAN melibatkan aktiviti ceramah, bengkel taklimat dan siaran media.

· PENGHARAMAN (tindakan pihak berkuasa); muzik-muzik, majalah, VCD, kaset, penjualan eksesori dan bahan berkaitan dengan kumpulan ini.

· MENELITI kumpulan-kumpulan muzik yang berunsurkan Black Metal dll.

4. PENGGEMBELINGAN

· PENGAWASAN di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja dan belia bermasalah oleh masyarakat setempat.

· MEMBENTUK KUMPULAN BERTINDAK TEMPATAN yang terdiri daripada kalangan penduduk tempatan atau Jawatankuasa Kariah Masjid.

· MELANCARKAN GERAKAN PENDIDIKAN MASYARAKAT untuk mendidik masyarakat tentang bahaya gejala black metal, punk, skin head, hip hop, trash metal, the read power, apache sereng, gothic, tora dll.

· MENGGUBAL MEMORANDUM untuk tindakan bersama.



Disediakan oleh:

Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah,
EXCO Belia dan Sukan,
Kesenian dan Warisan Kebudayaan, Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman.

Telefon / Faks : 04-4216087 / 019-4782708
E-mail : urusetialandas@yahoo.com / urusetiags@yahoo.com
Read More...
 

Pengikut