LANDAS

Chicklet Chooser

Add to Google Reader or Homepage

FeedBurner FeedCount

Cari Blog Ini

Rabu, 21 September 2011

BUAT YANG BERKUBU DI UHUD .. JANGAN KERANA GHANIMAH ...



Peringatan penting, artikel ini hanya sesuai dibaca oleh ahli Pas atau bukan dengan 1 syarat iaitu mahu menyelami jiwa perjuangan Islam kerana Allah Taala!! jika tidak klik saja untuk keluar..

بسم الله الرحمن الرحيم ... الحمد الله ... والشكر لله



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kepada PR ku ucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menawan 5 negeri dan menghilangkan majoriti 2/3 yang disangka kebal selama ini oleh UMNO/BN !!


Terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih kepada semua jentera, petugas dan pengundi sekalian. Buat julung kalinya mahu aku berpesan dengan pusaka ini kepada diri sendiri dan sekaliannya supaya sentiasa mencari ilmu, beriman, beramal soleh. Berusahalah menjadi golongan al muhsiniin
(المحسنين) dan bertakwa.


Dalam laungan takbir dan tahmid .. Sedarkah kita pada hari ini yang baru melepasi beberapa hari PRU12, sudah ada segelintir di antara kita semakin leka dengan kemenangan demi kemenangan kerana melihat perjuangan yang didokong bersama kini semakin bersinar. Namun sedarkah kemenangan hari ini sebahagian besarnya adalah hasil gabungan yang berwajahkan 'tahaluf siyasi' secara demokrasi yakni bukanlah lagi kemenangan Islam dalam erti kata sebenarnya kerana lebih kepada perkongsian kuasa. Bukankah begitu hakikatnya?


USAH sekali-kali yang diamanahkan membantu pentadbiran negeri bercakap-cakap mengenai ghanimah/habuan..


Sedarkah kita di kedai-kedai, di warung-warung.. TOk² guru Jenin yang selama ini takut mula tunjuk taring dan berlebih-lebih pula membacakan ayat pertama dari surah an-Nasr terhadap mat² Jenin yang sememangnya jahil tafsir. Mat² Jenin ni yang sememangnya tidak pernah berusaha dalam perjuangan terus rasa naik toncang. Maka mat² jenin ini terus pukul canang dan jaja berkampung kerana syok yang tak ketahuan dan sememangnya mereka tak fahami keadaan sebenar. Mereka mula menghadirkan diri ke tapak² ceramah atau kuliah hanyalah untuk menambahkan ilmu khayal-mengkhayal kemudian pulang ke kampung halaman masing² sambil bercerita mengikut pemahaman sendiri, apa yang bakal dapat setelah menang, ada yang dah mula nak teroka tanah-tanah tak bertuan kerana alasan ini negeri sudah jadi hak kita.


Dalam kepala mereka hanya ghanimah/habuan..ghanimah/habuan..ghanimah/habuan.. Mereka bukan bercerita apa perlu buat untuk negeri mereka..mereka duk tertanya-tanya apa yang negeri boleh beri kepada mereka. Astagfirullahal adzim, inikah adab dan adat pejuang mat-mat jenin apabila rasa kuasa yang ada sudah cukup berkuasa? Ini bukan sikap pejuang Islam, ini sikap umnowi yang penuh dengan duniawi menolak mentah ukhrawi..


Alangkah baik kalau jadi umnowi jika duniawi yang dicari, jilat betul² sesapa je calon masa PRU akan datang, bukan takat kedai kopi malah dengan tokeynya sekali pun confirm dapat, hah tu mula nak marah bila disindir!


Kalau benarlah alasan bahawa berjuang atas tiket Islam bukan untuk keuntungan dunia & akhirat kenapa tidak bercakap pasal zuhud atau qanaah atau bercakap je mengenai kekayaan akhirat di kedai kopi dan berilah kerjasama untuk bangunkan negeri. Habuan biarlah untuk orang susah bukan untuk orang yang memang nak cari susah.


Al Quran & Hadis serta ijma' ulama' dan qias adalah perlembagaan kita yang sebenar. Nafikan sama sebahagian akal kita, pandangan dari akal amat terbatas.. tak reti, maka bertanya! jangan asyik main hentam keromo je! Islam lengkap sempurna dari segala perkara hatta macammana cara nak buat roti canai dan apam balik pun di ajar dalam Quran dan Hadith Nabi ... nak tau belajar.


Jangan lupa untuk sentiasa menambah ilmu dan tetap dalam jama'ah, berjama'ah hari ini bukan hanya sebagai medan dakwah yang menjadi alat kepada pengenalan Islam yang sebenar, bukannya sekadar sebagai medan untuk mendapatkan Daulah Islamiyah.. kalu lemah hari ini, medan yang sebenar macammana pula?


Parti yang ada dalam dunia ini hanya 2 sahaja HizbuLlah (Parti Allah) atau Hizbus Syaiton (Parti syaitan) maka diharap janganlah kerana kejahilan dan kelakuan kita bakal menjerumuskan parti yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan bertukar kepada parti yang menurut hawa nafsu (parti syaitan). Akhirnya mengundang bala Allah seperti kata Nabi dalam Hadis dari Ali bin Abu Talib: “harta Negara beredar di kalangan pihak2 tertentu (pimpinan Negara/negeri) dan amanah dijadikan sumber keuntungan (Ghanimah)”.


Biarlah dipesan berulang² kali bahawa kemenangan Islam yang sebenar adalah apabila segala hukum hakam yang diturunkan Allah dapat dilaksanakan secara kaafah... sabarlah kemenangan sebenar akan datang jua.. ayuhlah berusaha supaya penggal depan terus menjadi milik kita dan akhirnya negara ini seluruhnya ditadbir secara Islam dan mendapat keberkatan serta rahmat dari ALLAH.
(بلدة طيبة ورب غفور)


Wahai saudaraku mat-mat jenin sekalian berhentilah daripada menjadi mat jenin yang jatuh dari pohon kelapa, ayuh memperjuangkan Islam secara kaafah!!


Kenapa perlu bercakap mengenai ketuanan bangsa melayu. Hentikanlah bercakap mengenai hak Melayu, jangan lekakan diri lagi. Sedarkanlah minda..sedarlah dari khayalan umnowi.!! tidak menjadi Melayu kalau menolak Islam yang kaafah.. ingat itu. Jangan terpengaruh dengan umno..yang sudah, sudahlah. teruslah bercakap mengenai Islam... Islam..Islam. Sesunguhnya Islam sahaja yang akan memelihara bangsa mana pun tanpa kecuali.


Al-Hujurat ayat 13 : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Apakah takut untuk kita menyebut Islam sebagai agama yang sebenar (Islam hadhari tak termasuk) dan muslimin adalah bangsa kita? takutkah untuk melaungkan daulah Islamiyah secara lantang?? janganlah bimbang dan takut sesungguhnya Allah bersama kita.


Bukankah kita majoritinya dilahirkan kemudian diazankan ke telinga dengan lafaz yang pertamanya kedengaran kalimah Allah, bukan dengan semangat nasionalis, kerana kita bukan dinyanyikan dengan lagu negaraku... masyaAllah.


Sesungguhnya hanya Islam yang dipandang di padang mahsyar esok ..hatta Arab sekalipun tidak dipandang jika bukan beragama dan berbangsa yang beragama Islam apatah lagi inikan bangsa Melayu, takkan hilang melayu di dunia ..ini adalah kata² yang mengasyikkan, yang membuat kita perasan bahawa kita seolah² kekal! kekal bangsa buat apa kalau agama dalam diri sudah hancur, jasad Melayu tapi gaya pakaiannya, pergaulannya dan segala tindak tanduk seperti bukan Melayu.. bukankah itu menafikan bahawa Islam itu agama rasmi bangsanya!!! itu belum lagi dikira ibadat, munakahat, muamalat dan jinayah dalam ilmu syariat .. apa lagi jika nak dibicara tentang tariqat, hakikat dan makrifat.


Ya Allah anugerahkanlah kepada kami akan kefahaman dan kasih kepada Islam sebagai agama yang satu²nya diredhoi oleh Kamu.


اللهم اغفرلنا ذنوبنا


Jangan lupa Ramadhan kita sudah pergi meninggalkan kita dan kini kita berada dalam bulan Syawal (& Selamat Hari Raya!) biarlah sekurang²nya ada pembaharuan dalam akhlak perjuangan kita setelah melalui pengajian dan latihan di madrasah Ramadhan, sebagai muslimin apa lagi yang bergelar para 'aamiliin (
عاملين) dalam perjuangan Parti Islam Se-Malaysia seharusnya kita sedar dan insaf akan diri kita, muhasabah diri kita.. adakah kita telah menyahut seruan pimpinan supaya kita berjuang dengan seluruh kekuatan yang ada?


Jangan banyak alasan dalam perjuangan, kita hanya ada satu alasan bila dalam melaksanakan kebenaran iaitu "tidak ada alasan dalam melaksanakan perjuangan".


Maka strategi lama dilaksana dan strategi baru mesti terus di atur kerana ujian dakwah amat banyak, bukanlah mudah ke arah pembentukan daulah Islamiyah.. kasihanilah diri kita sendiri, bakal zuriat yang lahir pada masa akan datang bakal mengatakan Islam hari itu hancur kerana kemalasan dan kebodohan diri kita hari ini! fikirkanlah, apakah kita bersedia menangkis soalan dan hukuman Rabbul Jalil akibat perbuatan kita yang bersikap sambil lewa dalam perjuangan menegakkan kalimahNya!!


Berkatalah ibnu Taimiyah r.a ;

سيأتى زمان كثيرالخطباء وقليل الفقهاء

Bermaksud : akan datang suatu zaman ramai yang reti berpidato (lisan/penulisan) dan sedikit sahaja yang mengerti (fiqh) .. waLlahu-a'lam.. Ya Allah selamatkanlah kami dari menjadi golongan yang hanya reti berbicara sahaja.


Jika betul kamu kerana kemenangan kecil ini dah rasa berkuasa & kamu dah rasa hebat & mahu mengamalkan perkara makruf me'nahi'kan perkara mungkar .. jom ke sini jumpa aku yang gila!


Kita bukannya sudah memiliki kerajaan Umar al Khattab, kamu semua termasuk aku tidak bergelar al-Farooq, syaitan masih mengejar kamu seperti syaitan mengejar aku, kepala otak kita bukan seperti tapak kaki Umar yang syaitan pun tidak melintas di mana ada kesan laluannya!


Walaupun begitu Umar yang hebat ditegur rakyat dengan mata pedang kerana mahukan keadilan Islam diperjuangkan..


Allahu akbar!!!

Allahu akbar!!!!

Allahu akbar!!!!


Artikal terpilih dan ehsan : http://ustazthrash.blogspot.com/

Read More...

Jumaat, 16 September 2011

KHUTBAH JUMAAT 16 SEPTEMBER 2011 DI MASJID TAMAN INTAN



MERDEKA JIWA & NEGARA RAYAKAN KEMENANGAN

Khutbah Jumaat dan Imam Jumaat telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Ibrahim di Masjid Taman Intan Sungai Petani Kedah.

الحمد لله الذى أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولوكره المشركين أشهد أن لاإله إلا الله وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد فيا عباد الله ! اتقواالله حق تقاته ولاتموتن إلاوأنتم مسلمون

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian!!

Firman Allah dalam ayat 123, Surah Al-Baqarah:

واتقوايوما لاتجزي نفس عن نفس شيئا ولايقبل منها عدل ولاشفاعة ولاهم ينصرون

Maksudnya: "Dan takutlah kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sangsara).

Suasana sambutan hari raya masih begitu terasa dengan pelbagai cara sambutannya termasuk rumah terbuka silih berganti bagi meraikan anugerah hari raya oleh Allah s.w.t. setelah sebulan melalui ujian hawa nafsu dengan tarbiah Ramadhan.

Ketika menyamabut ketibaan Syawal 1432H maka marilah kita sama-sama menghitung diri sama ada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan.

Bagaimana dengan Solat jamaah dan masjid semakin meriah atau kembali lengang kosong. Bagaimana dengan zikrulLah dan amalan sunat yang lain semakin bertambah atau ditinggal terus.

Bagaimana kita dengan al-Quran sama ada semakin rapat atau sudah disimpan dan dilupakan. Bagaimana dengan makan minum kita sama ada berhati-hati dengan menjaga halal haram dan tidak berlebihan atau lebih suka melempias nafsu makan hingga melebihi had dan membazir.

Adakah kita layak melaungkan takbir kemenangan dengan kedatangan Syawal, sedangkan kita tewas pada hawa nafsu dan syaitan terutama ketika kita menyambut hari raya. Ini jauh bezanya dengan pejuang Islam dahulu yang bukan sahaja berjaya menewaskan hawa nafsu malah berjaya mengalahkan musuh di medan perang seperti dalam peperangan Ahzab, Hunain yang berlaku dalam bulan Syawal.

Sebagai meneruskan usaha dalam melahirkan kita sebagai hamba Allah yang taat sepanjang tahun bukan setakat menjadi hamba Ramadhan yang baik pada bulan Ramadhan sahaja, maka marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa 6 hari di bulan Syawal bagi menyahut sabda Nabi s.a.w.:

من صام رمضان تم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر - رواه مسلم

Maksudnya: "Sesesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudia diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun."

Abu Said Al-Khudri r.a.: Rasulullah sa.w. dengan sabdanya:

من صام يوما فى سبيل الله بعد الله وجهه عن النار سبعين خريفا - رواه البخارى

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah s.w.t. menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan."

Firman Allah s.w.t. dalam ayat 34, Surah al-Namlu:

قالت إن الملوك إذا دخلوا قرية أفسدوها وجعلوا أعزة أهلها أذلة وكذلك يفعلون

Maksudnya : "Raja perempuan itu (Ratu Balqis) berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan."

Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini dalam suasana sambutan hari kemerdekaan negara kali ke-54, maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan antara 2 golongan yang menyambut 2 perayaan ini di mana orang yang berjaya dalam tarbiah Ramadhan akan menyambut hari raya penuh kesyukuran dengan memperbanyakkan amal ibadah, sedangkan golongan yang gagal dalam tarbiah Ramadhan biasanya akan memenuhi hari raya mereka dengan maksiat.

Golongan yang betul-betul menghayati erti kemerdekaan maka mereka terus bersemangat untuk mengisikan kemerdekaan dengan Islam sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Rub'i bin Umar ketika menjawab pertanyaan Rustam panglima Parsi ketika berlakunya peperangan al-Qadisiah: "Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa.

Memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam." Manakala golongan yang kedua dan gagal dalam menyambut kemerdekaan ialah golongan yang hanya mendabik dada seronok sambut merdeka dengan cara hiburan penjajah, berpakaian dan bergaul bebas seperti penjajah, mengagungkan pemikiran dan sistem perundangan penjajah. Golongan ini hanya tahu melaungkan kalimah merdeka sedangkan dirinya terus dijajah.

Penjajahan sesebuah negara dan bangsa kebanyakkannya membawa satu perubahan yang besar kepada rakyat dan keadaan negara yang terjajah. Kebiasaannya setiap penjajah kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa kepada 3G yang menjadi matlamat utama penjajahan iaitu:

(1) God iaitu Tuhan atau agama penjajah
(2) Glory iaitu kemasyhuran dengan kejayaan penjajahan yang dilakukan dan;
(3) Gold iaitu mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan.

Kedatangan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Empayar Kesultanan Melayu memulakan era penjajahan di negara kita. Penjajahan kuffar ini bukan sahaja mengubah syistem politik, sosial dan ekonomi Islam kepada ciptaan manusia malah penjajah turut berjaya melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah melalui syistem pendidikan yang begitu memberi kesan besar hingga hari ini.

Penulisan sejarah yang diajar di sekolah dan universiti tidak banyak menyentuh berkenaan matlamat menghancurkan Islam melalui penjajahan sebaliknya lebih banyak disentuh hanya untuk mengaut emas dan rempah sahaja. Malah peranan ulama' dan pejuang kemerdekaan yang betul-betul melawan penjajah digelapkan sebaliknya anak buah penjajah British diagung-agungkan.

Sejak akhir-akhir ini suara marah kepada komunis begitun kuat bergema sedangkan cara pemikiran komunis terus subur antaranya menganggap agama sebagai candu masyarakat iaitu merbahaya dan boleh memundurkan negara jika agama dipegang kemas oleh rakyat. Golongan ini begitu takut jika rakyat kembali kepada Islam yang boleh mmenggugat kuasa mereka.

Kebanyakan Negara umat Islam yang sudah merdeka tetapi terus dipenjara. Mereka bangun melaungkan bahawa mereka telah bebas sedangkan mereka terus diberkas. Benarlah kata-kata seorang tokoh Islam "bahawa kita tidak sepatutnya bergembira dengan kembalinya penjajah ke Negara mereka sebaliknya kita sepatutnya bergembira bila pemikiran, roh dan undang-undang penjajah hilang daripada terus membelenggu umat Islam dan Negara kita."

Kita dapat saksi sendiri walaupun sudah 54 tahun kita merdeka namun penjajahan musuh Islam terus berlangsung tanpa tentangan malah dialu-alukan terutama melalui Propaganda Yahudi yang dinamakan senjata 5S.

Senjata 5S dimaksudkan ialah;

(1) Song iaitu hiburan yang melalaikan yang menghancurkan akhlak umat Islam termasuk ketika kita menyambut hari raya dan merdeka. Cara hidup bebas daripada pegangan agama merupakan antara senjata paling licik sebagaimana yang pernah disebut oleh Zwimmer: "Kita telah berjaya melahirkan Negara Islam generasi belia yang tidak mengetahui hubungannya dengan Allah malah tidak ingin untuk mengetahuinya. Kita berjaya mengeluarkan orang Islam daripada Islam walaupun tidak memeluk Kritian, seterusnya kita akan lahirkan generasi yang diingini oleh penjajah iaitu tidak lagi mempedulikan isu besar sekeliling mereka sebaliknya lebih suka berehat dan malas serta matlamat hidup mereka hanya untuk memenuhi nafsu syahwat semata-mata."

(2) Spirit iaitu mabuk arak dan dadah sehingga Negara kita sampai hari ini gagal membersihkan nama sebagai Negara pengguna arak nombor 10 paling tinggi di dunia, malah apa yang terbaru bila cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad (ESSO) dan syarikat-syarikat berkaitannya kepada sebuah syarikat arak dari Filipina.

(3) Sex iaitu meluasnya zina sehingga baru-baru ini akhbar memuatkan berita bagaimana sekolah mengandung di Melaka perlu tambah bangunan kerana semakin ramai mereka yang mengandung luar nikah ingin memasukinya. Islam sentiasa mengarahkan umatnya agar menutup pintu zina termasuk melalui pergaulan bebas.

Amaran Nabi s.a.w. dalam suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi:

لأن يطعن فى رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لاتحل له

Maksudnya: "Lebih baik seorang daripada kamu menikam kepalanya sendiri dengan jarum besi daripada dia menyentuh perempuan yang tiada halal baginya."

(4) Sport iaitu sukan sehingga yang gila sukan tanpa rasa salah meninggalkan solat malah negara mengiktiraf Israel kerana sukan.

(5) Smoke iaitu amalan merokok kerana kebanyakan syarikat rokok milik yahudi sedangkan yahudi begitu bersungguh-sungguh melarang penganutnya daripada merokok ketika mereka menggalakkan orang lain untuk cepat mati dengan amalan merokok disamping menambah keuntungan dengan hasil jualan rokok.

Oleh itu sempena berada pada hari mulia dan bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memerdekakan diri kita daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan serta musuh Islam. Biarlah takbir yang kita laungkan menyambut kemenangan menjadi hamba Allah bukan kembali menjadi hamba hawa nafsu dan syaitan. Biarlah laungkan merdeka yang kita laungkan menyambut kemenangan dalam menghalau syistem dan pemikiran penjajah keluar dari diri dan negara tercinta bukan mulut kata benci penjajah sedangkan tindakan terus memuja penjajah.

Islamkanlah sambutan hari raya kita. Islamkanlah sambutan hari merdeka negara kita. Islamlah kita dalam semua cara hidup kita berjaya dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam Surah Al-A'araf, ayat 97-98:

أفأمن أهل القرى أن يأتيهم بأسنا بياتا وهم نائمون . وأمن أهل القرى أن يأتيهم بأسنا ضحى وهم يلعبون

Maksudnya: "Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

Read More...

Khamis, 15 September 2011

Saudara Baru

Wednesday, September 14, 2011


Kerja baik SETPOL bantu sahabat memeluk agama Islam.. Kita bila lagi..???


Panthera Tigris

Assalamualikum... ana ni mohd firdaus leow bin abdullah.ana memeluk agama islam dgn anak saya nur ilyas bin mohd firdaus sekali d tahun 2010 d johor.skrg ana dan anak telah dhalau oleh keluaga.ana skrg megaji dan tinggal pondok nami...dan ana cuba minta petologan dgn tn.jika tn iklas nak bantu kami.dan ana bru ni ada mohon bantuan d pej zakat kedah.tapi kena tunggun 3 bulan bru blh dpt jawapan.harap tn blh tlg kami hari ni.ana dan anak d pondok mmg x ada duit lgi nk beli brg dapur. - Jika tuan2 ade yg nk mampu bolehla msg beliau di +60 12 572 1808

Top of Form


Panthera Tigris nampaknya masalah Pusat zakat bukan saja di selangor malah di kedah dan tak mustahil di semua negeri. 2 x 5 je.

mohon saudara2 di kedah utnuk mengesahkan perkarah ini dan melakukan tindakan susulan. bantu saudara kita.

Mohd Rizal Mohd Taher mana gambaq hang


Amri d'Great tunjuk la gambaq betui...


Luwoh Abd Rashid YB Nasir Zakaria - mtk beri perhatian.. insyaAllah ..


Amri d'Great Harap YB dapat membantu saudara kita ini....


Panthera Tigris info ni saya baru dpt, saya sendiri bkn berada di kedah, justru amat berharap saudara2 di Kedah mengesahkannya.

saya sendiri telah menelefon, dan org yg jawab mengesahkan dirinya Mohd Firdaus Leow dan memerlukan bantuan saudara muslim.


Ahmed Ibn Aziz Muhammad Sanusi Md Nor...boleh tolong?


Muhammad Sanusi Md Nor Esok kita pi cari sahabat kita ni di pondok Nami, InsyaAllah...


Panthera Tigris alhamdulillah, semoga Allah permudahkan usaha tuan dan saudara2 yg lain.

kita kena proaktif, ketepikan kePartian. bekerjalah untuk Tuhan.


Muhammad Sanusi Md Nor Nak confirm, firdaus ni dok pondok Nami ka pondok TG Hj Salleh?


Muhammad Sanusi Md Nor Haaa..dah dpt bercakap dgn dia, sekarang dia ada di stesen bas butterworth...nak cuba balik Melaka cari duit. Sat lagi dia akan sms no akaun bank islam dia, saya akan pi bank- in seberapa yg mampu. Terima kasih semua. Ops! Nanti dapat no akaun, saya tulis kat sini, kawan2 pun boleh tolong laaa.


Muhammad Sanusi Md Nor Anak ada 3 org, 15, 12 dan 8 tahun... No akaun bank Islam 02 066 02 3414 664... Hutang kedai runcit RM680...


Muhammad Sanusi Md Nor Baru masuk Islam 9 bulan... Lepas ni insyaAllah kita ligan pejabat zakat pulak.


Amri d'Great tahniah tuan... sama2 la kita pakat2 tolong...


Muhammad Sanusi Md Nor Dah berjaya boh dalam akaun

dia RM1500 syer dgn kawan2... InsyaAllah dapatlah tunggu berita pejabat zakat sari dua lagi...


Sumber:


http://www.kedahlanie.info/2011/09/kerja-mulia-setpol-bantu-sahabat.html

Ulasan LANDAS

Dapatkan maklumat masuk Islam di Jabatan Agama Islam Johor dan di Pondok tempat mereka belajar agama. Cuba buat kerjasama dengan PUSBA di Sungai Petani untuk tempatkan mereka belajar agama selama 3 bulan tahap pertama. PUSBA di bawah seliaan Jabatan Zakat Negeri Kedah. Cara begini dapat kita elakkan daripada penipuan sadara baru yang pernah kita alami sebelum ini. Masalah saudara baru ini juga boleh kita salurkan maklumatnya kepada PERKIM, MACMA dll. LANDAS/UNGGAS juga telah membina rangkaiannya dengan NGO-NGO saudara baru dan mereka boleh mengesan salahguna status saudara baru supaya nama baik saudara baru tidak tercemar. InsyaAllah dengan informasi lengkap terhadap sudara baru ini akan dapat kita selesaikan segala masalahnya.

Petang tadi saya telah berkali-kali menalifon Mohd Firdaus Leow tetapi macam dia matikan ... selepas itu beliau hantar mesej dan tanya saya siapa. Saya memperkenalkan diri dan hantar semula sms serta tanya beliau berada di mana. Beliau bagi tau saya dia berada di Nami. Saya rasa semacam ada sesuatu yang tak kena dan pohon mana-mana pihak yang ingin membantu terlebih dahulu menyiasat secara teliti bermula dari tarikh mereka masuk Islam dan latar belakangnya.

Read More...
 

Pengikut